Saturday, February 28, 2009

Happy B'day to my sweet Ebriza





HAPPY BIRTHDAY SIS!...
Entah suratan atau kebetulan, setiap kali aku merancang nak jumpa Ebriza, ada aje halangan. Selalunya bila dia turun KL, setiap itulah aku berada di luar KL. Ingatkan this year dpt celebrate b'day my sweetie, tp last minute hubby tkr plan. Supposed dia yg turun KL, tapi aku pulak yg terpaksa turun TI. Selain nak uruskan pertukaran sekolah Fakhri, we all nak celebrate b'day dia......
Anyway sis, i harap b'day this year akan membawa seribu sinar kebahagiaan dlm hidup u. Semoga segala impian kan menjadi kenyataan. & yg paling penting, u dah bertemu sidia yg benar2 memahami & menerima u seadanya. Senyuman u adalah kebahagiaan bg kami yg menyayangi diri u......

Kes Fakhri lagi

Semalam, segala urusan pertukaran sekolah Fakhri selamat diselesaikan. Sejurus kelulusan dari PPD, Teluk Intan diperolehi, aku terus ke sekolah baru Fakhri. Insyaallah hari Isnin nanti Fakhri akan mula sekolah di TI. Dia akan aku tinggalkan dgn hubby. Meski berat hati, aku terpaksa berkorban sebabnya dia dah tak nak sekolah di KL. Mudah2an bila berada dlm kawalan ayah dia, byk perubahan positif yg akan berlaku. Aku hanya mahukan yg terbaik untuk anakku.

Thursday, February 26, 2009

HAPPY B'DAY HONEY!!



"HAPPY B'DAY" untuk hubby tersayang. Kata hubby, umur sekadar angka. Tua ataupun muda bukan perkara penting, asalkan hidup kita selalu ceria & bahagia. Aku mendoakan agar kehidupan kami akan selalu bahagia. Hari ni aku masih di KL & hubby di TI. Malam tadi aku dah wish HB to hubby. Cian dia tak dpt celebrate dgn aku & anak2 b'day dia. Tapi tak per, Friday moring aku akan balik TI. Selain bertemu hubby, aku juga akan menguruskan pertukaran sekolah Fakhri (sekali lagi!). Harap2 perubahan angin ke TI akan membawa perubahan positif kepada Fakhri.
UNTUKMU SAYANG.....
Sayang,
Cinta kita pernah dilanda badai
Namun kasihmu terus utuh
Menambat semula hati ini yg kian luluh
Sayang,
Cinta tanpa kejujuran
Akan hilang manisnya
Cinta tanpa kesetiaan
Akan hilang seri warnanya
Sayang,
Biarkanlah kepahitan itu berlalu
Demi kebahagiaan yg pernah sama2 kita rencanakan
Untukmu sayang,
Selamat ulangtahun kelahiran...
(Tetiba jer aku nak tulis puisi untuk hubby. Sure dia gelak bila baca puisi 3 minit (ala masak maggie) yg aku karangkan khas untuk dia..... hehehe)....

Tuesday, February 17, 2009

Opss..... macam2 cerite....

Semalam aku uruskan pendaftaran Fakhri ke sekolah baru. Mula2 dia nampak OK. Tapi, bila cikgu bawa dia ke kelas 4 Marikh, muka dia dah berubah. Aku tgk mata dia merah. Time cikgu suruh masuk kelas, dia pandang muka aku & terus memeluk aku erat. "Adik malu"... slow jer suara dia aku dgr. Then, guru Hal Ehwal Murid datang kepada aku. Aku menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan MUHAMMAD SYAZRUL FAKHRI ni. Kemudiannya, guru tersebut mencadangkan aku membawa Fakhri ke kelas pemulihan. Katanya guru di kelas pemulihan punyai kelebihan yang tersendiri untuk memantau murid seperti Fakhri. Ke hulu ke hilir lah jugak aku time tu. Dari pejabat ke kelas, kemudian ke kelas pemulihan, pusing ke pejabat, balik ke kelas... tup tup, kaki yg dah longlai bagai tak terpijak lagi dah. Bayangkanlah, entah macam mana aku boleh jatuh kat depan bebudak sekolah menengah yg tgh perhimpunan. Malunyer..... Time tu aku agak mesti SHAHRUL ZULFAZLY nampak aku jatuh sebabnya dia diantara pelajar yg sedang dalam perhimpunan tu. Ah lantaklah!, dah nak jatuh kan, aku nak buat macam mane. Tapi dek "keterjatuhan" yg dah memalukan tu, terus badan yg longlai jadi segar balik..... hehehe.....

Aku tinggalkan Fakhri bersama guru di kelas pemulihan. Hampir pukul 3 baru aku masuk office. Petangnya, aku kembali semula ke sekolah untuk mengambil Fakhri seperti yg dijanjikan. Menurut guru kelas pemulihan, Fakhri tidak layak untuk terus berada di kelas itu. Katanya lagi, IQ Fakhri tidak lemah. Segala latihan yg diberi dapat disempurnakan. Cumanya, guru tersebut memaklumkan kepada aku yg Fakhri ada masalah emosi. Dia seakan trauma dengan herdikan guru.

Sebabnya guru tersebut (Cikgu N) mengatakan demikian, selepas Fakhri berjaya melepasi ujian di kelas pemulihan, Cikgu N telah menempatkan Fakhri ke kelas 4 Marikh. Salah seorang guru kelas tersebut (memang seorang yg tegas) telah memarahi seorang student di kelas Fakhri. Kemudiannya, serta merta Fakhri berlari keluar dari kelas dan terus menuju semula ke kelas pemulihan. Wajahnya jelas ketakutan. Beberapa minit kemudian, barulah dia menjelaskan rasa takutnya kepada Cikgu N. Cikgu yg garang tadi turut terkejut & dia telah meminta maaf kepada Fakhri. Tetapi Fakhri enggan kembali semula ke kelas. Sudahnya sehingga ke petang dia duduk bersama Cikgu N.

Sebelum pulang, aku nampak Fakhri benar2 serasi dgn Cikgu N. Aku sampaikan ucapan terima kasih tidak terhingga kerana Cikgu N mampu "tackle" anak aku tu. Sampai ke rumah Fakhri asyik bercerita tentang Cikgu N yang baik, Cikgu N yang cantik.... & beberapa perkara yg baik2 tentang Cikgu N. Kata Fakhri dia mahu teruskan persekolahan dengan Cikgu N. Permintaan Fakhri itu adalah sesuatu yg mustahil untuk aku tunaikan. Mudah2an secara perlahan2 Fakhri akan membiasakan diri di sekolah baru & bergaul dgn teman2 yg baru.

Hah! Berbalik kisah aku jatuh.... Fazly sampai jer rumah, terus tanya macam mana aku boleh jatuh.. Sah! memang dia nampak aku jatuh!.. Pergh,.... malunye aku...... aku pun buat muka seposen....."inilah pengorbanan seorang ibu, nak uruskan hal2 anak, tak ingat makan minum, sampai terjatuh2... kalo anak2 tak hargai kasih sayang & perngorbanan ibu, tak tahulah nak cakap ape...."..... (hehehe,.... luahan perasaan nak cover malu!!)..... kikikiki...

Saturday, February 14, 2009

Memuaskan hati sendiri

Dah lama benor aku tak berjalan kat jalan TAR. Hari ni, aku teman Ros (tunang cousin aku) bershopping kat Jalan TAR. Dia mencari beberapa barang utk majlis perkahwinan yg tak lama lagi. Cantek2 belaka design2 barangan utk majlis perkahwinan masa kini. Geram pulak aku tengok. Ros pulak asyik komplen yg duit dah banyak habis. Hehehe........ Teringat pulak time aku nak kawin dulu. Mementang aku kahwin masa umur tak sampai 20 tahun. So, aku tak penat memikir pasal duit nak berbelanja itu ini. Semua duit tu ibu & hubby yg sediakan. Yg aku tahu, dorang bawa aku pilih bebarang ajer. Senang jer kan???.....



Honestly aku cakap, bila tengok barang2 kat kedai tadi, aku rasa teringin nak buat majlis perkahwinan sekali lagi!.... kuang3x......... (dalam mimpi jer la kot!!)......



Lepas berejam mengghabiskan masa memilih brg2 utk majlis Ros, aku ajak dia pulak teman aku "perabih" duit kat Sogo. Ini adalah adengan lepas geram. Supposed last week aku nak g cari new handbag dgn hubby. Dek sebab kebzan dia yang tak bersempadan, aku g sendiri la kan. Nasib baik Ros ada kat KL, ada gak kawan aku merambu. Yahooo.............



Kekadang aku ni memang tak faham dgn diri aku sendiri. Bila bengang atau sakit hati dgn "si dia", aku akan perabihkan duit (membeli barang2 aku la kan!!). Dialog Ros yg melalikan telinga aku hari ni... "biar betul Kak Su?"....Hahahaa, dia pasti terkezut bila aku sambar 3 handbag sekaligus & 4 pasang kasut!!!!.... eleh,.... itu sikit jer..... tak sampai 10 pasang pun!. Apa yg penting lepas dpt jer brg2 tu, aku sengih kepuasan. Sebab marahkan hubby, duit yg dia bagi last week aku "laburkan" kat Sogo hari ni!!..... (Mujur dia tak nampak apa yg aku buat hari ni).

Hari ni aku tersenyum kepuasan kerana berjaya "memujuk" hati aku sendiri.

Friday, February 13, 2009

Special gift

Penat berkejar kesana kemari membuatkan hari Jumaatku terasa begitu singkat sekali. Namun, bila sahaja sampai ke rumah, ibu kata ada parcel dari Penang. Aku tersenyum meleret. Hilang penat tgk nama pengirim parcel yg special tu!!...


Sungguh aku berterima kasih pada Ebriza yg manis atas ingatannya yg tidak pernah padam pada aku. Kasih sayangnya telah menyinari hidupku. Nona manis itu selalu memberi semangat & kekuatan padaku. Disaat aku rasa terpinggir dari kasih syg & perhatian seseorang, dia senantiasa memberi harapan & keyakinan bahawa kebahagiaan yg melingkari hidupku tidak akan hilang hanya kerana secebis kekecewaan.


Buat Ebriza, terima kasih krn tidak pernah jemu berkongsi rasa & kasih sayang. Semoga persaudaraan yg terjalin antara kita kekal selamanya.............. Luv u so much!!!!... Muahhhh...


Special card & rantai "A". (Blouse comey, aku x nak tayang kat sini..... hehehe.....) Pemberian yg sungguh bermakna dr insan yg teramat istimewa....

Tukar sekolah

Beberapa hari ini aku byk memerhatikan sikap Fakhri. Kemurungan dia semakin berkurangan. Setelah beberapa hati tidak kesekolah, semalam dia bertanya kepada aku bila dia akan memulakan persekolahan di tempat baru. Aku tersenyum pada dia. Dalam hati aku berkata mungkin dia rindukan alam persekolahan. Sengaja aku katakan pada dia yg dia boleh ke sekolah pada bila2 masa. Kembali dia memandang ke arah lain. Kala itu jelas pada raut wajahnya yang dia tidak mahu kembali ke sekolah lama. Dia ingin ke sekolah baru, sekolah yang lain dari yang sekarang ini.
Setelah mengambil kira beberapa nasihat terbaik serta kepentingan emosi Fakhri, pagi ini aku ke sekolah dia untuk menguruskan pertukarannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Insyaallah hari Isnin nanti Fakhri akan memulakan persekolahan di tempat baru. Semoga penghijrahan ini akan memberi sinar baru buat anakku ini. Apa yg penting perkembangan emosinya akan sentiasa positif & dia bisa keluar dari kemurungan yg melanda dirinya.

Wednesday, February 11, 2009

Jiwa kaco.....

This year, tahun ke-6 aku keje dgn AP. Sehingga ke hari ini aku masih memanggilnya "bos", meski dia dah bergelar "Tuan Haji". Geli geleman nak panggil "haji" kata dia!... hehehe. Itulah bos aku, seorang yg low profile. Sikap sporting dia membuatkan hubungan kami makin akrab. Malah, ramai dikalangan teman2 yg dah mengenali bos aku ni, tak sangka kepala dia yg "ting tong".....

Lately, byk masalah yg menimpa aku. Keje yg semakin menambun, memikirkan hal anak, runsing dgn kesihatan ibu yg semakin merosot... Segalanya menyesakkan dada. Keadaan dah berubah. Dulu, masa ada hubby, at least bebanan yg aku tanggung berkurangan bila dikongsi bersama dia. Sekarang ni bukan bermakna aku & hubby tidak berkongsi masalah, tetapi kejauhan membataskan sesetengah perkara. Aku tidak mahu menambah bebanan hubby dgn masalah aku.

Alhamdulilah, bos begitu memahami. Dia tidak pernah berubah. Senantiasa meminjamkan telinganya untuk aku. Nasihatnya sungguh bernilai. Hinggakan aku rasa, aku tidak mampu untuk bertahan, tetapi dia senantiasa memberi harapan. Katanya, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Dia yakin aku seorang yg kuat. Dugaan kali ini mungkin terselindung hikmah yg tidak aku ketahui.

Hari ini aku rasa bersalah sgt2 dgn bos. Aku hanyut dgn emosi sendiri. Melayan perasaan memikirkan hal Fakhri & beberapa faktor lain yg menyesakkan dada. Malah berkali2 airmata ini mengalir tanpa disedari. Aku juga tidak menyedari betapa kelalaian aku telah membuatkan prestasi kerjaku terganggu. Hari ini sahaja, lebih dr 5 kali bos menegur kesilapan demi kesilapan yg aku lakukan. Ya Allah.... kenapa dgn aku ni? Bukan aku mengatakan yg selama ini aku cukup perfect hinggakan tidak pernah melakukan kesilapan. Tetapi teguran bos hari ini adalah untk beberapa perkara yg kecil yg selama ini pejam mata pun aku settlekan tanpa silap!..

Teguran bos tidak menyakitkan hati. Malah penuh dgn senda gurau. Tapi aku malu dgn diri sendiri. Tidak sepatutnya aku terus melayan perasaan hinggakan segalanya jadi tak menentu. Sudahnya, aku sahut usikan bos yg sememangnya sedaya upaya berusaha tidak menyinggung perasaanku dgn teguran ikhlasnya. Jawabku.... "biasala bos, budak jiwa kaco memang macam ni!. Insyaallah, esok bos dpt balik sexytari bos yg hilang hari ni!!!..."

Aku nekad untuk bangkit dr lena. Aku tidak mahu kalah dgn emosi yg lemah. Aku perlu kuat untuk memastikan aku tidak akan gagal dlm hidup!!!!....

Tuesday, February 10, 2009

Dugaan buat seorang ibu...

Pernah tak kalian bayangkan, anak kesayangan anda yg disangka sudah pulih masalah psikologinya, dimaklumkan pernah cuba membahayakan nyawanya? Atau paling mudah, anak yg disangka sudah sihat, cuba mengakhiri nyawanya... Ya Allah, nauzubillah....!!!

Namun itulah yg terjadi padaku. Hampir luruh jantung aku bila berita ini dimaklumkan. Serta merta airmataku menitis, saat seorang guru mengkhabarkan berita ini lewat sehari dari hari kejadian. Aku tidak dpt membayangkan, andai malapetaka itu benar2 meragut nyawa anak aku...

Aku simpati pada Fakhri. Dia kelihatan seperti anak2 normal yg lain. Tapi ternyata, psikologinya tetap ada gangguan. Yg pasti, selepas Fazly bertukar sekolah, Fakhri tidak ceria lagi. Dia kesunyian, hilang mood utk ke sekolah. Mungkin selama ini, abangnya sentiasa dekat dengannya. Pergi dan pulang sekolah bersama-sama. Namun hakikat sebenar, anakku ini merasa kehilangan. Keyakinannya semakin goyah & membuatkan dia semakin murung.

Aku salahkan diri sendiri, krn sangkaku aku benar2 mengenali anakku ini. Namun ternyata tidak. Doktor juga sahkan anakku sudah pulih, tidak perlu menjalani terapi lagi. Tapi keadaan Fakhri sebenarnya tidak berubah. Bahkan semakin parah. Kerana baru2 ini, tanpa pengetahuanku, dia nekad terjun dari jambatan dihadapan sekolahnya. Apa masalah anakku ini? Paginya aku hantar ke sekolah. Dia salam tangan aku. Selepas dia masuk ke dalam kawasan sekolah, baru aku berlalu. Memang langkahnya longlai & tidak bersemangat, tapi aku memang tidak pernah menyangka dia menanggung tekanan yg maha hebat hingga membuatkan dia nekad bertindak demikian.

Apa yg membuatkan aku tidak berpuas hati dengan sikap guru2 sekolahnya adalah perkara seserius ini tidak dimaklumkan kepada aku. Kebetulannya, sehari selepas kejadian, Fakhri enggan ke sekolah. Aku pula tidak berpuas hati dengan keengganannya & bercadang utk bertemu guru utk mengetahui permasalahan yg melanda anak aku. Rupanya kehadiran aku ke sekolah Fakhri pagi itu mengundang cerita yg mengejutkan. Terbongkar segala kejadian yg hampir meragut nyawa anak aku! Aku kesal, mengapa gurunya tidak boleh menelefon aku sewaktu kejadian semalam. Alasannya, nombor telefon aku tiada dlm simpanan. Alasan tersebut tidak dapat aku terima, krn setiap tahun aku pasti melengkapkan borang maklumat data pelajar, (malah baru2 ini borang data pelajar yg lengkap tlh aku isi & htr).

Fakhri masih trauma. Dia tetap enggan ke sekolah. Guru meletakkan kesalahan atas bahunya. Pastinya aku turut disalahkan krn anakku bertindak mengikut emosi. Sepatutnya golongan profesional sperti itulah yg membantu aku, berkongsi beban anakku supaya tekanan tidak terus mengimpit dirinya hingga menjatuhkan dia lagi. Namun ternyata mereka tidak sanggup menambah beban dibahu, membantu aku sama2 menyelamatkan anak aku.

Aku sedih, sungguh sedih dgn sikap guru yg membidas anak aku menggunakan bahasa kasar. Memang tidak semua guru bersikap sedemikian. Ada seorang guru yg sudi menghulurkan tangan. Namun disaat Fakhri temui keyakinan dgn harapan yg guru baik hati itu berikan, kata2 hinaan terus keluar dr seorang guru yg berpangkat. Lantas itu, Fakhri yg sdah tersungkur, aku lihat langsung tidak jadi bangun!!!... Kasihan anak aku.

Aku mengambil keputusan utk merujuk kembali Fakhri ke Pakar Psikiatri Wad Pediatrik HKL. Mungkin itu langkah terbaik. Malah jalan terbaik utk Fakhri juga telah aku ambil. Aku nekad melengkapkan borang pertukaran sekolah supaya anak aku boleh bertukar kpd suasana yg lebih baik. Bukan bermakna sekolah tersebut tidak baik, tapi mungkin sikap guru2 (tidak semua) disitu tidak sesuai dgn mental anak aku.

Ya Tuhan, kuatkanlah semangat aku untuk berdepan dgn ujian ini. Setiap ibu inginkan anak yg sempurna. Sembuhkanlah anakku & kuatkan hatinya supaya dia mampu menjalani kehidupan yang sempurna seperti anak2 yg lain..... Amin

Saturday, February 7, 2009

Fazly dah besor!

Lately Shahrul Zulfazly dah jarang nak ikut aku g balik TI. Selain bz dgn aktiviti sekolah, dia lebih rela tinggal dgn opah dia. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku tak nak lah membising dekat dia. Aku hormati pendirian anakku yg ternyata semakin dewasa tu. Selain tu, mungkin dia boleh temankan opah dia sementara aku berada di TI.

Inilah rupanya anak bujang aku yg semakin dewasa tu. Rasanya macam baru semalam jer aku beranakkan dia..... hehehe.......




Sesudah demam

Alhamdulilah. Keadaan kesihatan dah kembali pulih lepas Doctor Hakim kasi MC beberapa hari. Batuk masih ada & semput tu adalah saki baki sesikit. Since this week cuti bersambung sampai hari Isnin, aku pun ikut hubby balik TI. Kononnya nak berehatlah kan. Tapi rasanya tak de lah berehat sgt. Hubby pun keeping bz dgn projek baru. Dia nak tambah kolam dekat area rumah pulak. Aku jadi mandor tgk kerje2 meratakan tanah. Nasib baik ada gak 2-3 orang yg ringan tulang membantu. Harap2 projek baru hubby success !!..

P/S : sayangnye camera tertinggal pulak nak snap gambor2.. Adeh!......

Monday, February 2, 2009

Aku demamlah pulak..

Alhamdulilah segala urusan pengebumian pakcikku berjalan lancar tanpa halangan meskipun sebelum Asar tadi hujan turun sekejap. Sejuk hati melihat ramai yg sudi menziarahi serta memberi penghormatan terakhir & bersama2 menyembahyangkan jenazah. Paling menyejukkan hati along turut pulang. Dia dan adikku diantara yg mengusung jenazah hingga ke liang lahad.

Badan aku dah mula demam. Hidung dah tersumbat, tekak pun dah perit semacam. Rasa macam nak kena asthma pun ada. Nasib baik ubat Asthma Fakhri ada, aku pun amik sebijik & telan. Sekarang ni, badan pun dah start menggigil. Sebab tu aku memang tak suka makan pil comel yg colour pink tu!...

Hubby call sekejap tadi membuatkan airmata aku meleleh. Bukannya ape, aku takut tetiba tgh malam aku sesak nafas, saper yg nak hantar aku p hospital? Ayah duty malam ni. Along dah balik, Oli pun dah hilang..... Yg ada anak2 & ibu. Dorang bukannya boleh drive.....

Agaknya aku terlalu byk menangis siang tadi sampai demam2 & hampir nak kena asthma. Nampaknya, aku dah kena lelapkan mata sebab penangan pil comel tu dah sampai ke tahap maksima!

Oh ya, mlm ni ada bacaan Yassin kat rumah arwah. Aku tak dapat nak pergi dgn keadaan yg semput macam ni. Insyaalah, malam ni masih ramai tetamu yg sudi membacakan Yassin buat arwah pakcikku yg baik hati tu.....

Semoga arwah ditempatkan dikalangan insan yg beriman. Tak sangka arwah pergi dlm usia 69 tahun. Sesungguhnya ajal maut memang ditangan Tuhan. Soal umur bukan perkara utama. Baik muda ataupun tua, bila tertulis masanya kita akan kembali, maka kembalilah kita kepadaNya. Seperti sahabatku Efat yg telah pergi lebih awal ketika usianya baru mencecah 31 tahun.

Al-Fatihah buat mereka2 yg telah pergi....

Al-Fatihah

Pagi semalam, aku dimaklumkan bahawa pakcikku telah dimasukkan ke HUKM. Dia mengalami komplikasi buahpinggang yang begitu serius. Keadaannya kritikal dan dia disahkan koma. Semua anak2nya dah berkumpul & bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Sesungguhnya dari Allah kita datang & kepadaNya jua kita kembali. Sebentar tadi, aku dimaklumkan bahawa pakcikku telahpun menghembuskan nafasnya terakhir. Innalillah...

Kebetulannya, selepas Solat Subuh pagi tadi, ibu & ayah telah mengaturkan jemaah madrasah untuk membacakan Surah Yassin buat Pakcikku. Kami memohon supaya dia segera sembuh, namun ternyata Allah lebih menyayangginya.

Semasa hayatnya, arwah pakcikku ini adalah seorang insan yang berhati mulia. Dia tidak pernah berkira untuk menderma & berkongsi kesenangan kepada sesiapa yg memerlukan. Ramai dikalangan anak2 muda yg menghormati arwah kerana sejak bertahun2 lamanya dialah menjadi penaung bagi Pasukan Bolasepak yg dianggotai hubby aku. Selain itu, setiap pagi hari raya, pastinya ramai anak2 & fakir miskin akan bertandang ke rumahnya. Imbuhan yg diberi kpd anak2 & fakir miskin membuatkan kesemua mereka tersenyum lebar. Sebut sahaja apa sumbangan yg diperlukan, pastinya arwah tidak lokek menghulurkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kesihatan arwah semakin meruncing. Sejak disahkan mengidap buah pinggang, dia telah menjual syer syarikat kepada rakan kongsi kerana tiada anak2 yg ingin mewarisi perniagaannya. Anak2nya memilih bidang lain yang langsung tiada kena mengena dgn bisnes yg arwah jalankan. Arwah tidak pernah berkecil hati dgn anak2nya malah setiap anak dibelikan sebuah kereta dan sebuah rumah. Tiada yg lebih & tiada yg kurang, semuanya adil & saksama.

Aku sendiri punya byk kenangan bersama arwah. Semenjak kecil aku dimanja oleh arwah, malah hingga dewasa aku tetap memelihara hubungan persaudaraan yg terjalin. Meski aku difahamkan oleh ibu yg hubungan ibu dengan mak pah (isteri arwah) adalah sekadar sepupu sepapat yg hanya bau2 bacang, namun keluarga arwahlah yg banyak menghulurkan bantuan sewaktu ibu memerlukan. Mereka telah menjadi saudara kami disaat susah & senang.

Kala n3 ini aku tulis, aku terbayang wajah arwah yang serius (tapi sungguh penyayang). Malah aku teringat pertemuan kami yg terakhir sewaktu AidilAdha yg lepas. Sememangnya arwah suka bercerita perihalku masa kecil depan hubby & cerita itu meski kedengaran agak basi, namun ianya tetap membuatkan kami tertawa. Pastinya selepas ini, aku tidak akan bisa mendengar cerita yg sama dari mulut arwah. Malah aku tidak pasti apakah selepas ini aku mampu menjejakkan kaki kerumah arwah selepas ketiadaan dia.

Seperkara lagi yg pasti membuatkan aku terkenang arwah adalah komennya tentang gelagat anak2ku. Kata arwah..."lasak bonar, tak macam omaknyo maso kocik dulu. Cumo kuek nangis..... lain2 perfect!... Copeklah dapek anak pompuan sorang. Mesti baik macam ko & comey mcm anak Jopun. Ko dulu masa kocik sebijik mcm anak Jopun!".

Arwah sudah pergi, bersemadi ditempat yg damai. Semoga pemergiaannya dirahmati Allah & semoga dia ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman.

Al-Fatihah.........

Sunday, February 1, 2009

BUNGA LARANGAN (UG 14)

Bila dgr lagu ni, perasaan aku dibuai syahdu. Terbayang muka mamat tu. Mamat yg bernama H yg pernah hadir menghiasi dunia remajaku. Dia punya minat yg sama seperti aku. Kami selalu bertukar novel. Tapi sayang, bila aku menerima dia sekadar teman, dia menyimpan rasa indah didalam hatinya. Sudahnya, saat aku tahu dia kecewa, aku rasa bersalah sangat. Hingga kini, kalo aku ada berselisih faham dgn hubby, aku terkenang H. Lagu ni dia kata memang khas untuk aku.... Syahdunya.......

Bunga Larangan
Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah
Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa
Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang
Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan

Pertama & Terakhir (GET)

Baru2 ni aku terdengar lagu dendangan GET kat Sinar FM. Aku punyalah syok coz dah lama tak dengar lagu ni. Lagu ni ada kenangan tersendiri dalam hidup aku. Kenangan indah zaman remaja, zaman baru nak kenal cinta monyet dan zaman yg aku rasakan paling meriah dalam hidup aku....

Pertama Dan Terakhir
Kau pertama dan terakhir
Diselubungi rasa cinta
Yang suci
Kusirami pohon cinta
Kukira subur selamanya
Selama... pun jua...
Dan debunga wangi
Gugur tak berseri lagi ke bumi
Lalu tak lagi bersemi
( korus )
Dingin cinta ku rasa
Bak merpati hilang pasanganya
Terkulai pohon cinta
Jadi saksi cinta kita
Dengarlah rintihan hati
Sebelum kau pergi...
Ku berjanji kan setia
Pada cintaku selamanya selama...
Kuhimpunkan segalanya
Biarpun beribu musim melanda
Di jiwa...

Azam

Salam buat semua.

Dimulakan dgn bismillah & melangkah masuk dgn kaki kanan. Ku mengharapkan kedamaian & kesejahteraan akan senantiasa singgah & kekal diteratak baru ini.

Semakin bertambah usia, semakin berkurangan azam yg aku kumpulkan pada tahun baru. Meski January sudah berlalu, muncul pula February yang singkat, azamku tetap satu. Aku ingin mengekalkan kebahagiaan dlm hidupku. Bukan bermakna aku tidak pernah mengecapi nikmat bahagia ataupun sudah tiada azam. Memadailah jika sebelum ini azamku sekadar ingin tukar itu ini yg serba baru. Dari brg milik peribadi, brg2 rumah serta kereta baru, semuanya telah aku tulis dlm azam baruku yg lepas2. Alhamdulilah, meski tidak semua, kebnyakkannya telah dapat aku perolehi.

Jika zaman sekolah pula, azamku sekadar ingin menjadi pelajar yg lebih baik & dpt boyfriend yg hensem kat tempat tuisyen (miang sikitlah masa dolu2). Lepas tu, berderet kat dlm diary aku tulis senarai brg2 yg aku nak beli sepanjang tahun. Azam kan? Maknanya azam aku nak dptkan benda2 tulah.... Seingat aku, sampai Form 5, satu list yg tak pernah tinggal dari senarai adalah Jam tangan Swatch. Kenapa aku minat sgt dgn jam Swatch tu aku pun tak tahu. Kalau nak diikutkan, masa dpt duit elaun buat persembahan hari merdeka (masa form 4) aku dah boleh beli. Mungkin masa tu aku dah pandai nak menggatal, makanya kain baju lebih penting dari jam. Dapat jer duit (seratus lebih dah byk time tu!!) aku, Syasya & Liza bershopping sakan kat Petaling Street (PS adalah syurga shopping time tu!... hehehe). Sudahnya sampai sekarang aku tak beli2 jugak jam Swatch tu. Nasib baik aku tak carry forward senarai tu sampai sekarang. Nasib baik jugak aku tak minta kat hubby jam swatch sebagai hantaran dulu!!!... hehehe....

Zaman dah berubah, status pun dah berubah. Makanya, cara berazam & menunaikan azam pun dah berubah la kan?.... Tapi azamku tidak berubah. Aku ingin bahagia & terus mengecap bahagia hingga ke hujung nyawa.

Kenyataannya aku adalah aku. Semoga kebahagiaan yg melingkari akan terus berkekalan demi kesejahteraan putera2ku yg tersayang..... Amin