Majlis perkahwinan berjalan lancar & meriah. Kata adik2 sepupuku majlis disini lebih meriah drp di terengganu minggu lepas. Almaklumlah, Angah ni anak sulung lelaki pakcik aku, mestilah majlis kelihatan meriah.
Seronok & enjoy sepanjang berada disini. Selepas majlis menitik inai pada malam Sabtu, siap diadakan pertandingan Karaoke & Poco-Poco. Gamat suasana bila sepupu sepapat semua tunjuk kebolehan menari Poco-Poco. (aku terkecuali sebab hubby aku kureng sikit bab2 macam ni! hehehe.....)
Tapi sorry angah, coz aku & hubby tak dpt tunggu sampai majlis potong kek berakhir sebab hubby perlu bekejar balik ke TI pada petang Ahad itu juga. Buat Angah & Ros, Selamat Menjalani Kehidupan Berumahtangga. Semoga Berbahagia Sehingga Ke Akhir Nafas & dikurniakan cahayamata sebagai penyeri hidup....
Majlis Titik Inai (Pada Malam Sabtu). Pengantin bergaya dgn serba Purple...
Angah tetap tersenyum. Muka dia gelap sikit sebab baru naik dari laut. Cousin aku ni berkhidmat dgn TLDM.....
Aku memang ngam dgn Ros sebab dia ni peramah. Aku suka dia jadi wife cousin kesayangan aku!!... hehehe
Ahad - Bersanding dgn persalinan Pink.... Comelnyer....
No comments:
Post a Comment