Monday, June 8, 2009

Pergilah............

Sabtu lepas
Tanpa perancangan
Aku sampai ke TI
Niat hati cuma satu
Nak bertemu putera kedua yg amat dirindui

Alhamdulilah....
Perjalananku dipermudahkan
Bertemu si jantung hati
Melenyapkan rindu didada....

Sayangggggggggg anak ibu!!!.......

*************

Demi Tuhan
Aku akui aku masih sayangkan si dia
Bertahun hidup bersama mana mungkin kulupa segalanya
Memang kami tidak pernah bersumpah sehidup semati
Tapi kami pernah mengikat janji
Suka & duka dilalui bersama

Mungkin
Memaafkan adalah jalan terbaik
Meski parut dihati masih berbekas
Mungkin
Memberi peluang kedua
Keputusan yang adil dari aku untuk sidia
Mungkin juga
Pengorbananku ini demi anak2
Kerana perjalanan mereka masih jauh
Mana mungkin aku tega
Menyakiti hati mereka
Demi menjaga hati sendiri

**************

Perjalanan tanpa perancangan ini
Memberi sedikit ruang untuk aku
Mencari jalan penyelesaian
Bagi kekusutan antara aku dan si dia

Semoga mendung akan berarak pergi
Berganti sinar yg bisa menerangi langkah perjalanan ini....

Pergilah sepi
Pergilah duka
Pergilah.... pergi...............

Friday, June 5, 2009

Luahan dari sudut hatiku....

Ruangan ini sudah beberapa hari aku tinggalkan & biarkan sepi
Begitulah juga hati aku
Sengaja aku menyepikan diri
Mencari secebis ketenangan
Juga mengumpul kekuatan

***********

Hidup ini memang umpama roda
Bahagia atau derita
Suka ataupun duka
Hadirnya silih berganti
Meski demikian, siapalah kita
Untuk menolak kehendak Takdir

************

Kata ibu
Jika kita menangis semalam,
Belum tentu kita akan meratap sehingga esok
Kata ayah juga
Andai kita tertawa hari ini
Belum pasti sampai lusa kita akan gembira
Dugaan yg datang menguji keimanan
Redha & pasrahlah .....

*************

Beginilah kehidupan aku kebelakangan ini
Sedih & kecewa menjadi teman
Airmata pengubat nestapa
Gundah & gelana hanya aku yg mengadap!!!!...

*************

Ya Allah
Tetapkanlah hatiku
Kuatkanlah keimanan
Kurniakanlah kesabaran
Kerana aku tidak mahu gagal!!!..............