Tuesday, March 31, 2009

Dia

Dia, insan pertama yg bertakhta...
Dia, insan pertama yg kucinta...
Dia...........

Aku suka lagu DIA dendangan Fauziah Latif. Lagu tu menyentuh rasa & selalu buatkan aku teringat DIA. Heheee.....

Pagi ni secara kebetulan aku terserempak dgn dia (setelah bertahun2 tak bersua).... Sentul tu kecik aje, tapi memang susah sangat kami ni nak terserempak. Aku ingatkan dia dah berhijrah ke tempat lain. Tapi alih2 pagi ni, sewaktu lampu isyarat berwarna merah & police traffic menjadi "patung kertas" disimpang itu, aku terlihat dia.... Dia yg berada di dalam kereta Wajanya. Ah, benarkah dia yg disebelah aku tu?.... Cermin kereta aku yg terbuka separuh aku turunkan lagi utk memastikan benarkan itu dia. Sah! memang dia... Dia memandang aku, aku menjeling dia..... Kemudian, bibir aku jadi kaku sedangkan dia sudahpun menghadiahkan senyuman. Untuk akukah senyuman itu ?.... Kenapa aku dan dia clash dulu ye?..... Sebabnya along aku tak suka dia!!!!!....... waaaaaaaaa....

Sesekali terjumpa kekasih lama memang dlm keadaan stress memang seronok. Sekurang2nya aku boleh menggamit kenangan indah dimasa lalu. Walau zaman tu orang kata kalo bercinta dipanggil Cinta Monyet, namun kenangan indah itulah yg bisa membuatkan aku tersenyum pagi ni, walaupun sorang2....

Agaknya ada beberapa pemandu lain yg menganggap aku "gila" bila tgk aku senyum sorang2. Sudahlah tu, sampai kena horn dek kereta belakang!... Padan muka aku.... Jiwang lagi pepagi.....

Sham... lama betul tak jumpa yek??..... (Aku cakap sorang2 ajer dlm kereta...hehehe....)

Tahniah!

Tahniah utk Kak Erra yg baru menimang cahayamata pertama semalam. Pastinya hidup dia & suami akan lebih bahagia & yg paling penting kehadiran baby girl tu sudahpun melengkapi kehidupan Kak Erra sebagai seorang wanita. Aku tahu Kak Erra pasti teruja berpeluang menjadi seorang ibu setelah sekian lama menanti detik indah itu. Apa yg telah aku, Liza & Azreen lalui, kini berpindah kpd dia pula. Keindahan menjadi seorang ibu!!

Kak Erra yg aku kenali sejak dulu tidak pernah berubah. Walaupun sudah terkenal, dia masih mengekalkan sikap rendah diri & mudah didekati. Teringat masa dulu aksi dia yg selalu menjadi perhatian. Perangai dia yg gila2 & sering buat kami ketawa. Time tu Azreen lebih awal jadi artis, tapi tak sangka Kak Erra berjaya meraih populariti lebih hebat dari Azreen.

Buat Kak Erra, semoga berbahagia selalu!.... Didiklah Engku Aleesya menjadi anak yg solehah & berperibadi tinggi. Tahniah sekali lagi to both of you.... Kak Erra & Engku Emran........

Monday, March 30, 2009

Aku tak heran lah!

Petang ni sampai jer rumah, Faris sambut aku dgn senyuman berseri (macam iklan colgate). Bila aku hulurkan bateri kat dia, dia terus cium pipi aku. "Thank you girl..." (hehehe, semenjak dua menjak ni memang dia suka panggil aku girl & dia suruh aku panggil dia boy). Kalo dia dah ckp thank you, aku kena jawab welcome. Kalo tak jawab, memanjanglah bebel dia ngalahkan mulut janda tua!!!....

Lepas mandi, aku terus mengadap tv (nak tgk cerita ganti Spa Q tu). Then sebelum sempat aku soal, Faris dah jawab dulu. "Homework dah siap. Ibu kena sign buku spelling. Aish dapat very good." Sejuk hati dgn perlakuan Faris. Semenjak dia kena maki hamun dgn jiran aku yg gila meroyan tu, aku menangis cakap dgn dia supaya jgn nakal & buat hal. Kalo dia nakal, org akan marah & cakap benda yg tak elok pada aku. Drp dia main dekat luar, lebih baik duduk dlm rumah. Siapkan homework & baca buku supaya boleh jadi budak pandai. Alhamdulilah, Faris menjalani perintah berkurung dgn hati yg lapang...........

Tengok Faris main sorang2 dlm rumah bukan aku tak kesian. Tapi drp dia jadi mangsa kat luar rumah, biarlah dia main dalam rumah kan? Bukan main sorang, kalo aku belum balik kerja, ibu & ayah ada temankan dia. Petang giliran aku pulak. Malam, kalo Fazly ada mood, dia pulak yg layan adik dia.

Senja tadi, sementara aku bersihkan luar rumah kejap, dtglah jiran aku yg ok bertanyakan kenapa dah lama tak nampak Faris main kat luar. Aku jawab, kalo anak aku main kat luar, ada ajer harta benda org yg jahanam. Dia senyum tanda faham (sebab anak dia 5 org lelaki). Kata dia hal budak2, tak payahlah panjang2. Aku kata, aku tak pernah nak ambil kisah pasal budak2, tapi aku tak suka si meroyan tu maki anak aku sebabnya apa yg anak dia buat aku tak pernah maki. Aku sebagai seorang ibu tidak mengajar anak dgn memaki hamun, tapi kenapa dia sewenangnya nak memaki anak aku. Aku lahirkan anak aku bukan untuk jadi bahan makian orang.

Jiran aku yg baik ni kesiankan Faris yg aku kurung. Tapi aku suruh dia jenguk Faris yg ternyata happy bermain segala jenis mainan yg baru aku beli Saturday hari tu. Dia tak boring pun main kat dalam rumah....

Then dia pujuk aku supaya jgn merajuk lama2. Aku tak merajuk tapi aku terkilan. Anak orang lain juga buat silap, tapi kenapa hanya silap anak aku yg nampak? Aku tak heran anak aku tak bercampur dgn anak2 mereka sebabnya setiap hari Isnin - Jumaat, anak aku menghabiskan masa berfaedahnya disekolah dari jam 8 pagi hingga 3 petang dgn guru2 dan teman sekolahnya. Aku berbangga walau anak aku dipanggil "setan" oleh si meroyan tu, anak aku lebih bijak dr anak dia yg berumur 10 tahun!!!.... (ha amik ko!... inilah bahana kalo aku menulis dlm keadaan marah!!... Ye, aku memang masih marah dgn dia!!!!.....Ko tunggu hubby aku balik this week, aku ngadu dgn hubby aku ko panggil anak aku "setan"!!!!.....)

********maaf krn aku meluahkan rasa marah yg masih berapi disini utk tatapan kalian.....

Materialistik

Malam tadi Faris tak lena tidur. Sakit perut kata dia. Keluar masuk toilet, sampai menangis sebab mata di ngantuk. Agaknya siang tu dia makan rojak. Perut dia memang sensitif sikit. Sudahnya aku letak minyak angin & bagi dia minum air suam. Dekat 5 pagi baru dia tidur. Sudahnya, siang tu aku terlajak. Ibu kejut dah dekat pukul 7.30 a.m. Apalagi, kelam kabut la aku bersiap.



Sebenarnya aku dpt MC hari ni. Semalam aku dpt migrain, g klinik doctor kasi MC. Tapi aku tahu MC tu tak bermakna sebab aku kena gak masuk office. Zihan on maternity leave tak kan aku nak biarkan Amirul sorang2 buat keje. Lagipun dia baru sesangat masuk keje.



Sampai jer office, boss dah call tanya itu ini. Belum sempat minum air, technician nak service aircond pulak sampai. Terkangkang2 aku buat keje sengsorang. Fail2 Zihan ada dokumen yg nak difailkan, cari lawyer utk mob lagi... Adoi, bertambah berdenyut kepala aku....



Selesai keje2 tu, barulah aku tarik nafas pepanjang. Dalam aku memicit kepala menahan sakit, teringat tawaran hubby yg minta aku ikut dia duduk TI & berhenti kerja secepatnya.... Adoi.... memang kerja kat opis kadangkala memenatkan, tapi aku dah biasa bekerja. Aku bukan tak mahu jadi fulltime housewife, tapi aku tak yakin. X boring ke duduk rumah nanti? Lepas tu duit gaji yg sekarang ni dpt tiap hujung bulan boleh ke hubby cover 100%?.... hehehe, itulah persoalan utama. Sayang tau nak tinggalkan bos yg sporting mcm bos aku sekarang ni, rugi lagi nak biarkan tangan kosong setiap hujung bulan dgn jumlah RM$$$$ yg aku dpt sekarang ni!!!.... Materialistikkah aku????.....

Sunday, March 29, 2009

Syahdunya...

Senja tadi aku dpt panggilan dari anak aku. Adus, sedihnya dengar suara dia. Dia kata rindu nak jumpa aku. Rindu nak balik KL. Tak seronok duduk jauh dari aku. Yg paling menyebakkan hati, bila dngn tersedu sedan dia berjanji tak akan nakal lagi. Tak akan pergi CC. Tak akan malas ke sekolah. Tak akan bantai Faris. Tak akan gaduh dengan abang.

Fakhri tak faham. Aku tempatkan dia bersama hubby bukan krn dia nakal atau bukan krn aku tidak sayangkan dia. Tapi demi kebaikan dia. Dia perlukan rawatan untuk memulihkan dirinya. Alhamdulilah, keadaan dia sudah semakin pulih. Tiada masalah dgn persekolahan lagi. Tapi dia menyangka bahawa aku tempatkan dia disana hanya kerana kenakalan dia!

Syahdunya dengar rintihan dia yg meminta aku segera membawa dia pulang....

Jiran yg macam haprak!

Aku memang tak faham dgn perangai beberapa jiran yg suka cari hal dgn aku pasal anak2. Memang kebanyakan kanak2 kat area rumah aku, budak lelaki. Jadi kalo dah namanya budak lelaki, paham2 je lah perangai mereka. Ada yg lasak melampau batas, ada yg suka bergaduh, mencarut & sebagainya. Aku akui anak aku memang aktif & lasak. Tapi itu tidak bermakna mereka boleh sesedap mulut memanggil anak aku dgn panggilan yg bukan2 kerana aku tidak pernah memarahi anak org sesuka hati walaupun budak tu ada buat salah dgn aku.

Aku tidak pernah mengetuk pintu rumah jiran kalo anak aku balik menangis kerana dibelasah, ataupun berselisih faham. Bagi aku itu semua perkara biasa. Malah pernah kereta control yg baru satu hari dibeli tapi dijahanamkan oleh anak orang sebelah. Ada aku kisah? Aku tak pergi serang rumah sebelah memaki mehamun ataupun mengetuk kepala budak yg dah rosakkan kereta control anak aku! Aku tak mudah mengamuk kalo kereta aku beberapa kali menjadi mangsa tendangan bola mereka yg bermain didepan rumah aku.

Tapi tahap kesabaran aku tercabar bila ada seorang jiran aku yg perangai anaknya mengalahkan "Anakku Sazali" ataupun "Jin Afrit" ska sgt menyerang rumah aku. Anak dia yg buat hal, dituduhnya anak aku. Satu hari (last week), sampai ajer aku di rumah, dia terus menerpa ke arah aku. Katanya anak aku (Faris) mengajar anak dia membuka tayar kereta orang. Ya ampun... bukan aku tidak pernah melihat "kerja kreatif" anak dia yg membuka angin kereta orang & mengumpul penutup angin tayar tu. Anak dia ( umur 10 tahun) yg buat kerja, ditudingnya jari ke arah anak aku yg kecil tu.

Bagi aku budak2 memang tak pandai berbohong. Faris menunjukkan botol yg berisi penutup angin tayar yg didiberikan oleh budak "baik" tu untuk disimpannya. Tapi sebab aku dah berangin satu badan, anak aku yg menjadi pak sanggup menyimpan hasil kutipan tu yg jadi mangsa. Mana tidaknya, badan dahlah penat, sampai ajer kat rumah, ada mulut ##%%% yg menaikkan darjah kemarahan aku... Makanya, anak yg tak bersalah tu jadi mangsa. 2-3 liang gak Faris kena penangan. Tgk anak aku kena bantai, barulah anak dia buka mulut cerita hal yg sebenar. Dia dgn muka poyo, terus tarik anak dia balik. Tuan punya kereta yg menjadi mangsa minta maaf dgn aku. Tapi aku memang dah "naik hantu" masa tu, tak ingat dunia aku marahkan anak aku. Padahal, aku tak berniat nak marahkan anak aku sebab aku tahu bukan dia yg buat semua tu. Lepas tu 2 hari Faris dikenakan perintah berkurung. Tak boleh keluar rumah.

Hari ke3 perintah berkurung, ibu tak sampai hati. Dia lepaskan jugak anak aku keluar main dgn "malaikat2" kat luar tu. Tgh sedap duduk mengadap buah mangga lepas mandi, aku dgr bising2 kat luar. Anak aku dah menangis sambil memegang reket badminton. Nampak ajer muka aku, terus mak si anakku sazali tu menjerit. "Faris panjat kereta saya. Habis wefer patah!" Aku pun tarik telinga anak aku (temper naik lebih dari 100 darjah dah!). Masa tu adalah 2-3 budak yg main sama2 dgn anak aku bagitahu Faris nak amik buah badminton. Budak2 lain tak berani amik, so Faris ni nak tunjuk terror tanpa memikirkan perkara buruk yg bakal berlaku dia terus panjat kereta tu. Lepas tu pokpek2 mulut dia panggil anak aku "setan"... ada ke patut, budak kecik macam anak aku tu dipanggil setan? Kalo tak fikir positif memang dah kena ganyang mulut pu##### tu! Memang haram jadah betul, panggil anak aku macam tu.

Aku balik amik note RM50 terus campak kat pompuan tu. Bila orang dah tak ada budi bahasa, aku pun hilang budi bicara. Sopan santun yg terpelihara aku campakkan ke tepi sebab dah berdepan dgn seorang ibu yg tidak memiliki hati seorang wanita!

Apa perasaan dia agaknya kalo anak dia yg memang macam setan tu aku panggil setan???.... Aku rasa memang patut anak dia menyetan sebab mak dia pun macam setan!!!!... Tak payahlah aku ceritakan tahap kesetanan anak dia sebab aku tahu bila budak tu besar nanti dia akan berubah (insyallah...)...

Sabtu, aku ajak Fazly temankan aku cari mainan utk Faris sebab aku tak nak anak aku main dekat luar. Biarlah dia main sorang2 dalam rumah. Aku bukan nak suruh anak aku jadi kera sumbang, tapi dr bercampur dgn mak kera dekat luar tu yg boleh merosakkan mentality anak aku dgn sumpah seranah dia, aku rela anak aku duduk dalam rumah.

Mak kera tu memang tak sedar diri, awak tu pendatang (bukan pendatang asing, tapi penyewa) tapi berlagak macam dah berpuluh tahun duduk situ. Aku yg sejak kecik duduk kat situ tak de pn nak berlagak, serang2 orang sesuka hati. Memang jiran macam tu jiran yg haprak!!!!...

BABY



Last 2 weeks, Zihan selamat melahirkan baby boy. Tahniah untuk dia & suami. Bertambah meriahlah lagi dengan kehadiran sikecil yg tak lama lagi dah boleh main bola dgn abng Zikril dia!..



Inilah rupa baby Zihan yg comel tu. Tengok baby, sejuk jer rasa hati.


This year memang ada 2-3 org teman yg akan menambahkan bilangan ahli keluarga. Ibu ada juga minta aku tambah. Mana tahu this time dapat baby girl.... hehehe, aku gelak ajer. Bukan tak teringin nak baby, tapi entahlah. Fobia bersalinkan Faris 6 tahun lalu masih terasa sampai ke hari ni. Selain tu, aku kesiankan Faris yg manja semacam dgn aku. Takut pulak dia terasa hati bila ada adik nanti. Tambahan pula dia memang tak minat dgn baby.. Nanti tak pasal2 dia tunjuk perasaan macam Fakhri mula2 dapat adik dulu, lagi naye!!!....


Tapi kalo dapat baby macam ni best gak kan??..... hehehe..... layannnnnnnnnn...



Monday, March 23, 2009

Kisah di TI

Petang Jumaat, aku dah selamat sampai di TI. Hubby pun dah ready tunggu kami sampai. Malam tu we all g dinner kat Wana Cafe, TI. Aku suka makan kat situ, masakan dia sedap. AKu cakap dgn hubby, Fakhri nampak sedih, makanya 2-3 hari ni aku nak happykan dia.


Esoknya, aku teman Fakhri siapkan homework dia. Memang ada perubahan. Laju ajer dia siapkan Maths sampai habis. Habis bat homework, dia terus susun buku ikut jadual hari isnin. Lepas tu aku sembang2 dgn Fakhri. Dia kata tak seronok tinggal kat TI. Aku cuba susun ayat sebaik mungkin supaya dia tak merajuk. Sudahnya, aku nampak airmata dia bergenang. Satu persatu menitis dan dia terus tinggalkan aku sorang-sorang kat tangga.

Yong (kakak ipar aku) pun sambung sembang dgn aku. Dia kata, 2 -3 cikgu bagitahu Fakhri dah OK. Aktif juga dalam kelas, tapi dia ada mood. Paling pantang dia tak suka orang kacau dia. Bab kawan, memang dia memilih. Aku cakap dgn Yong, setahu aku Fakhri ni yang paling senang dapat kawan. Bila we all g mana2, mesti Fakhri yg dpt kawan baru lebih awal. Tapi tak sangka kat TI dia memilih kawan pulak.

Yang buat aku ketawa, Yong citer budak2 pompuan ramai yg admire anak aku ni. Sampaikan budak darajah 6, ramai yg nak amik dia jadi adik angkat. Ada pulak budak yg sampai dtg rumah ajak Fakhri g mengaji sama. Ada juga yg suka2 usik pipi anak aku & kata anak aku "hensem".


Satu hari, time dkt kantin, mujur sorang budak pompuan ni tak masuk longkang sebab kena tepis dgn Fakhri. Yong kata, budak tu pegang bahu Fakhri, on the spot Fakhri tepis tangan dia & mungkin "ter"tolak budak tu. Nasib baik tak masuk longkang, kalau tak mahu jadi kes! Cepat2 Yong pergi dekat Fakhri & tenangkan dia yg memang dah jelas dah dekat "naik hantu". Lepas tu Yong pun bagitahu kat bdak pompuan tu next time jgn suka2 kacau Fakhri. hehehe.... anak aku siap panggil budak pompuan kat situ.."mengelenyor"....

Cadangnya, we all nak g Teluk Batik, tapi teringat pulak yg Fazly tak de. Tak best la pulak bila si bujang sorang ni tak de. Tangguh lagi, next time lah pergi. Malam tu we all bawa fakhri & faris round2 kat pekan TI je. Singgah pasar malam beli barang2 yg dorang nak. Kan aku nak pancing hati Fakhri?.... hehehe...

Ahad tu, ingatkan pagi2 aku nak balik KL. Tak sampai hati pulak bila tgk muka Fakhri monyok. Since kat kg hubby dah start "pesta" bersihkan jirat Cina, hubby pun bawak we all g "melawat kawasan". Dulu2 akulah yg paling takut nak pandang apatah lagi dekat dgn jirat Cina. Bila tgk reramai bergotong royong, hilang pulak rasa takut..... Tp syok gak tgk bdak2 kg cari duit part time sambil keluarkan peluh. Beriadah lah konon!!!...

Petang tu balik KL dgn hati yg rawan. Sebabnya, terpaksa berjauhan lagi dgn jantung hati aku!... Nasib baik kat KL ni ada 2 lagi jantung hati. At least, terubat gak la hati yg lara ni.......

Friday, March 20, 2009

Nak balik TI

Pagi2 Fakhri dah mula buat hal coz dia tahu ptg ni aku dah nak hantar dia ke TI semula. Dia mula tunjuk perasaan. Yg paling aku tak tahan, bila Faris yg jadi mangsa. Pekak gak telinga dgr Faris nangis bila dikerjakan angah dia. Sudahnya, lepas simpan semua beg dlm kereta, aku terus berangkat ke office. Cepat siapkan kerja, lagi cepat aku balik TI. Lagipun aku takut petang nanti hujan pulak. Faham2 je lah kalo bawa kereta dlm hujan......

Thursday, March 19, 2009

Rahsia hati K Ayu

Semalam K Ayu & anak2 balik Sentul, makanya riuh rendahlah rumah aku. Hilang gak rindu kat anak2 sedara aku. Boboy pun nampak seronok bercerita tentang sekolah baru. (Anak sedara aku ni dah lebih 2 minggu masuk Sek Teknik kat Klang). Bila aku tanya pasal buli, dia senyum. Alhamdulilah, anak sedara aku tak kena buli. Mudah2an dijauhkanlah dr benda2 yg tak elok macam itu.

K Ayu pulak nampak makin kurus. Aku tahu dia makan hati. Almaklumlah, Along aku masih belum berubah. Namun K Ayu terus sabar & tabah melayan kerenah anak2 dia bersendirian. Simpati aku melaut, bila Tasya (4 tahun) yg dah pandai membebel bgtahu "papa tak ayik umah. Mama jeje, ayik umah. Papa jeje, tak ayik2".. (papa tak balik rumah. Mama kerja, balik rumah, papa kerja tak balik rumah). Aduhai, bilalah along aku ni insaf!

Aku ingatkan K Ayu stay lama kat Sentul. Tak puas rasanya berborak dgn dia. Tapi petang ni, bila aku sampai rumah, rumah dah lengang. Sunyi sepi. Tinggal anak2 aku dgn ibu ajer. Kata ibu, ayah dah hantar K Ayu balik. Ek eleh......

Lepas tu tiba2 aku tgk mata ibu berair. Then dia tanye.."Dik, ko tak tanye K Ayu kenapa dia tak buka skaf kat kepala dia smlam?". Aku jawablah tak. Agaknya K Ayu nak ubah imej, tutup aurat 24 jam.... Aku senyum.

Kemudiannya, airmata aku pulak yg menitis bila ibu ckp K Ayu pakai skaf sebab kepala dia botak!!!... Hah??.... K Ayu sakit ke? Kenapa kepala dia botak? Soal aku pada ibu pulak.

Ibu angkat bahu sambil jemarinya menyeka airmata yg menitis. Kemudiannya, ibu jawab.."Ko pun tahukan K Ayu tu penuh rahsia. Apa yg ada dlm hati, susah payah dia, jarang nak share dgn saper2.... Ibu sedih, kenapalah along sanggup sia2kan org baik macam K Ayu kau..."

Ya Allah.... Peliharalah kesejahteraan K Ayu. Kembalikanlah kebahagiaan dlm hidupnya. Aku mahu dia terus menjadi kakak aku krn aku tahu hanya dia yg terbaik yg dlm hidup kami.

Buat along, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlewat. Tidak salah andai ingin beristeri lebih, tapi berlaku adillah utk kebahagiaan semua pihak.

Tuesday, March 17, 2009

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA

Cuti sekolah sudah bermula. Fakhri pun sudah berada disisi aku sekarang ni. Inilah masanya nak melepaskan rindu dendam. Tapi kelihatan dia ni bengang dgn Faris. Sekejap2 ada ajer yg tak kena dgn Faris. Aku pun dah malas nak tegur lebih2, takut dia merajuk. Mujur faris boleh beralah dgn Angah dia. Mungkin sebab dia pun nak jaga hati angah dia.

Fazly pula terpilih mengikuti program Anak Angkat anjuran DBKL selama 3 hari. Time we all g PD hari tu, dia tak ikut. Nak cari pengalaman baru kata dia. Petang semalam, sewaktu aku ambil dia di Bangunan DBKL Jln Raja Laut, Fazly nampak happy semacam. Dia kata Homestay yg dia duduk tu memang cantik. Seronok dpt kenal dgn kawan2 baru.

Cuti kali ni singkat sangat. Aku pun tak dapat nak bw anak2 kemana2 sbb LA aku dah start her maternity. Lagipun Faris masih sekolah until this Wednesday. Kalau ada pun planning, bw budak g mandi-manda ajer bila aku hantar Fakhri balik TI this week!......

Selamat Berbahagia ... Angah & Ros

Jumaat lepas, hubby & Fakhri sampai KL dlm pukul 12. Lepas sembahyang Jumaat, we all semua berlepas ke PD nak meraikan majlis perkahwinan sepupu aku (Sarrul Izwan Abd Ghani). Aku panggil dia angah & anak2 aku panggil dia Pak Ngah. Hubungan kami agak akrab semenjak dulu.

Majlis perkahwinan berjalan lancar & meriah. Kata adik2 sepupuku majlis disini lebih meriah drp di terengganu minggu lepas. Almaklumlah, Angah ni anak sulung lelaki pakcik aku, mestilah majlis kelihatan meriah.

Seronok & enjoy sepanjang berada disini. Selepas majlis menitik inai pada malam Sabtu, siap diadakan pertandingan Karaoke & Poco-Poco. Gamat suasana bila sepupu sepapat semua tunjuk kebolehan menari Poco-Poco. (aku terkecuali sebab hubby aku kureng sikit bab2 macam ni! hehehe.....)

Tapi sorry angah, coz aku & hubby tak dpt tunggu sampai majlis potong kek berakhir sebab hubby perlu bekejar balik ke TI pada petang Ahad itu juga. Buat Angah & Ros, Selamat Menjalani Kehidupan Berumahtangga. Semoga Berbahagia Sehingga Ke Akhir Nafas & dikurniakan cahayamata sebagai penyeri hidup....

Majlis Titik Inai (Pada Malam Sabtu). Pengantin bergaya dgn serba Purple...

Angah tetap tersenyum. Muka dia gelap sikit sebab baru naik dari laut. Cousin aku ni berkhidmat dgn TLDM.....
Aku memang ngam dgn Ros sebab dia ni peramah. Aku suka dia jadi wife cousin kesayangan aku!!... hehehe
Ahad - Bersanding dgn persalinan Pink.... Comelnyer....

Semoga berbahagia selalu...

Pengantin diapit oleh aku serta adik & kakak iparnya...

Faris tetap jadi kesayangan MakNgah dia....

Fakhri baru ada mood nak bergambar....

Aku pun nak amik seri pengantin jugak!...

Hasil sentuhan ibu (dibantu oleh aku!)... Ahaks.....






















Wednesday, March 11, 2009

KITA

Seharusnya kau perlu mengerti
Mengapa aku harus membisu
Setiap kali kau bertanya

Bertanya tentang hati
Bertanya tentang perasaan
Bertanya tentang cinta
Bertanya tentang kita

Kerna bagiku antara kita
Tiada istilah cinta
Melainkan persahabatan yg suci!

Aku tak minum NESLO!

Tadi, Amirul tanya dgn aku nak minum "Neslo" tak. Aku terkedu sekejap dgr perkataan "Neslo" yg sudah agak lama aku lupakan. Beberapa saat kemudian, aku ckp dengan dia aku dah lama tak minum "Neslo". Dia tanya kenapa. Aku jawab, arwah temanku suka minum "Neslo". Semenjak kehilangan arwah, aku dah tak minum "Neslo". "Neslo" hanya membuat aku terkenang akan arwah.

Kemudiannya, malam ni aku ke pasar malam. Bertemu pula dengan ibu dan anak arwah. Sekali lagi aku terkenang dia. Tak sangka, anak arwah akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Kasihan anak itu, tak sempat lagi berkongsi segalanya dgn ibu tercinta.

Memangdang wajah anak itu, hati aku jadi sayu. Senyuman & gayanya persis arwah mummynya. Walau dia selincah arwah, aku tahu anak itu byk persamaan dgn arwah. Pastinya kini anak itu menjadi penawar segalanya buat ibu arwah sendiri.

Siapa sangka si lincah di dalam kelas yg selalu menggamatkan suasana kini sudah tiada lagi. Hampir 3 tahun dia sudah meninggalkanku. Yang tinggal hanya secebis kenangan yg pernah dikongsi bersama. Pemergiaannya menyedarkan aku betapa kematian memanggil tidak mengira umur dan waktu. Dia masih muda, namun Tuhan sudah menjemputnya kembali. Semoga dia ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman dan bertaqwa.

Al-Fatihah...

Akhirnya....

Alhamdulilah, akhirnya petang semalam aku dapat berbicara dgn Fakhri. Seronok rasanya dpt meluahkan rasa rindu yg terpendam sekian lama. Bila mendengar suara Fakhri, terbayang wajah & senyuman dia yg manja. Tapi hati aku sayu bila dia bertanya kenapa aku tinggalkan dia dgn ayah. Aduhai sedihnye...

Aku : Best ke sekolah kat sane? Homework banyak tak?

Fakhri : Ok lah.... Homework tak banyak. Tapi cikgu suka suruh adik lukis. Angah Nasa selalu tolong adik lukis..

(Fakhri memang membahasakan dirinya adik sejak dulu)

Aku : Tak pe lah. Adik sekolah rajin2, nanti cuti ibu balik.

Fakhri : Kenapa adik sorang je sekolah kat sini? Sampai bila adik kena duduk dgn ayah?

Aku : Bukan ibu sengaja htar adik duduk sana. Nanti Aish dah habis tadika, kita semua duduk sama2. Ibu, Aish dengan abg pun balik duduk dgn ayah kat sana.

Fakhri : Tak best la ibu. Kadang2 adik menangis ingat ibu. Adik pun rindu opah dgn atuk.

Oleh krn airmata aku dah meleleh, aku pun tukar topik. Lagipun aku dgr suara Fakhri dah semacam ajer.

Aku : Ibu ada beli baju baru. Nanti adik pakai masa kahwin pakngah. Jumaat ni ayah bawa adik balik KL.

Fakhri : Ok. Adik nak main bola! Bye

Fakhri anak yg lincah. Memang sikap dia sukar dijangka, tetapi dia anak yg paling sensitif. Walaupun brutal cukup cepat terasa hati. Jgn silap cakap, dia pasti akan merajuk. Cikgu darjah 2 dia pernah berkata anak aku ini kurang kasih sayang (memang aku rasa nak cili jer mulut cikgu tu). Padahal anak inilah yg mendapat lebih kasih syg & perhatian dari semua pihak krn dia sungguh special.

Sememangnya anak ini mula mendapat perhatian istimewa krn semenjak usia 3 bulan dia sering terkena sawan tarik. Pantang badan panas sikit, mulalah kena sawan. Sampaikan aku panic tak tentu hala. Sudahlah selalu kena sawan, asthma kronik pula. Keluar masuk hospital menjadi perkara biasa. Kerana itu jarak dia dgn Faris agak jauh (5 tahun) berbanding jarak Fakhri dengan Fazly (3 tahun).

Tapi aku tahu, setiap anak ada keistimewaan tersendiri. Begitulah anak ini. Sebagai ibu, aku terima seadanya. Namun demikian, aku pasti mahukan yg terbaik utk setiap anak2ku.

Aduhai, tak sabarnya nak tunggu Jumaat. Minggu ni dia pasti balik sebab kami nak ke PD!!!... Hoorey...........

Sunday, March 8, 2009

Istimewa

Dia, selalu buat aku tersenyum bila hati aku dilanda gundah. Dia selalu memberi kekuatan disaat aku sedang berdepan dgn segala bebanan perasaan. Dia selalu membayangkan yg indah2 dalam kehidupan kami. Tapi, dia juga selalu mengharapkan sesuatu yg tidak bisa aku berikan. Bagiku, dia hanya seorang sahabat, seorang teman yg begitu memahami. Paling tidak, bagiku dia hanya seorang abg yg selalu memberi nasihat berguna buat aku.

Aku pernah hampir2 kehilangan dia. Kala itu aku menyedari betapa berertinya dia dalam hidup aku. Meski dalam hati tiada istilah cinta buatnya, ternyata dia tetap istimewa. Kerana itu, aku terlalu takut kehilangan dia. Saban hari aku berdoa demi kesembuhan dia.

Alhamdulilah, kini dia telah kembali. Aku bersyukur krn Tuhan masih beri kesempatan utk dia bernafas & meneruskan kehidupan seperti dulu. Sesungghnya aku mahukan dia memiliki kebahagiaan seperti yg dia impikan. Dia pernah kehilangan wanita yg dia cintai, kerna itu aku selalu mendoakan agar dia bertemu dgn pengganti yg bisa membahagiakan dia. Sepertimana dia yg selalu ingin membuat aku tersenyum & berbahagia, begitu jugalah aku.

Buat Jay, selamat kembali! Bagiku, persahabatan kita terlalu istimewa. Semoga hari2 yg mendatang akan memberi kebahagiaan kepada kita......

Yg ditunggu tak kunjung tiba...

Apa rasanya kalo sesuatu yg kita tunggu & nantikan tidak kunjung tiba. Pasti kecewa kan? Itulah yg aku rasakan semalam. Hingga ke malam menunggu & terus menunggu, tapi hubby & anak aku tak sampai2 gak. Risau pun risau, bimbang ada sesuatu yg terjadi dlm perjalanan. Tp bila dpt panggilan dri hubby lepas pukul 9 pm, aku dah hangin satu badan. Mana tidaknya, dia kata tak jadi balik KL. Sibuk itu, sibuk ini.... bla..bla...bla..


Aku pulak nak balik TI macam mana? Sebabnya adik aku dah pinjam kereta aku sampai esok!!!... Wuaaaaaaaaaaa........

Hanya gambar pengubat rindu!!....

Friday, March 6, 2009

Tak sabar nak jumpa anak aku

Sejak akhir2 ni aku terlalu sibuk dgn hal2 family selain dari hal office. Memang family selalu menjadi keutamaan aku. Apatah lagi skrg ni, salah seorang dari anak aku terpaksa berjauhan dari aku. Kepada yg tidak memahami, akan menganggap aku terlalu emosi. Aku akui kebelakangan ini aku menjadi seorang yg terlalu sensitif hinggakan begitu mudah menangis, merajuk ataupun naik angin. Tapi salahkah? Salahkah aku jika aku merindui anak aku? Bagi aku tiada siapapun yg berhak menyalahkan aku kalo aku emo kerana merindui anak aku. Setiap hari aku terbayangkan kenakalan dia, kemanjaan dia dan segala2nya tentang dia. Bayangkanlah, semenjak seminggu lalu dia berada di TI, aku langsung tidak diberi peluang berbicara dgn dia di dalam telefon. Pada siapa aku nak mengadu?

Petang semalam, bila aku cl kakak ipar aku minta bercakap dgn Fakhri, niat aku gagal krn katanya anak aku belum pulang dr mengaji. Malam tadi, aku menangis semahunya bila hubby pula enggan menyerahkan telefon pada Fakhri. Kata hubby Fakhri tgh buat homework, & dia tak mahu aku mengganggu tumpuan anak aku. Tambah hubby lagi, Fakhri baru menyesuaikan diri dgn keadaan baru disitu & dia tak mahu Fakhri hanyut dlm kesedihan lepas dgr suara aku. Habis tu aku yg dah banjir dgn kesedihan & kerinduan ni, buat tak tahu ajer. Sudahnya aku ckp dgn hubby, aku tak mahu anak aku simpan perasaan dlm hati & memikirkan bhw aku sengaja tinggalkan dia disana jauh dr aku. Hubby terus memujuk & memujuk hingga akhirnya aku terus letkkan telefon dgn perasaan hampa.

Niat di hati aku nak balik TI lagi weekend ni. Tapi hubby awal2 dah cakap, dia yg akan balik KL dgn Fakhri. Betul atau tidak, aku pun tak tahu. Ya Allah, tak sabar nye nak tunggu weekend!!.... Nasib baik hari ni dah Jumaat...

Thursday, March 5, 2009

Erti persahabatan

Semalam, 7.20 mlm Fazly dah sampai kat rumah. Letak ajer beg, dia pun mula buka cerita.

Fazly : Ibu, Zamel (anak sya) tanye dgn abg kenapa mak dia sibuk tanya hal abg kat dia semalam.

Aku : Memang ibu yg call mak dia tanya pasal abang. Mana tahu Zamel tahu kenapa abg balik
lambat semalam.

Fazly : Tapi kenapa? Zamel kata, abg tak sampai rumah, mak dia yg risau.

Aku : Ada byk sebab. First, sebab mak dia pun sygkan abang. Mungkin abg tak ingat, masa
abg kecil dulu, abg panggil mak dia pun "emak". Zamel panggil ibu pun "Ibu".
Mcm mana ibu risau bila abg tak sampai rumah, mcm tu jugaklah mak dia risau. Kami
takut apa2 hal jadi kat abang.

Fazly : Lagi?

Aku : Apa yang lagi?

Fazly : Kata byk sebab. Ibu sebut 1.

(Isyh, budak ni, byk tanye pulak!)

Aku : Kami nak abg dgn Zamel jadi sahabat mcm kami. Saling ambik berat sesama sendiri.
Sebab, masa sekolah dulu. Bila ibu sampai rumah, ibu cl rumah dia, tanye dia dah
sampai ke belum. Kalau mak dia yg sampai cepat, mak di cl rumah ibu pulak.

Fazly : Oh.....

Fazly : Zamel kata, mak dia suruh dia jaga & tengok2 kan abg. Kelakarlah! Abg dah besar.
Abg & Zamel lelaki, kita org tahu jaga diri sendiri.

Aku : Bila mak dia suruh jaga, bukan bermakna nak kena jaga lebih2. Maksud kami, saling
tolong menolong. Cuba jalinkan persahabatan yg akrab mcm kami. Susah senang, share
sama2.

Fazly : Memang kita org kawan, sebab 1 class.

Aku : Mungkin satu masa nanti abg tahu beza antara kawan, teman & sahabat.

Aku memang berharap satu masa nanti mereka berdua boleh menjalin hubngan yg lebih baik. Mungkin juga mereka akan menghargai erti sebuah persahabatan.

Terhiris

Aku tak salah kan kamu
Andai ada bicara tidak semanis madu
Andai bahasamu tidak seindah pelangi
Tapi aku salahkan diriku
Kerana hati ini terlalu nipis
Hinggakan begitu mudah terhiris!

Wednesday, March 4, 2009

Banjir, Jammed & Duit Syiling

Semalam kat KL ni hujan lebat. Pukul 5 jer aku dah chow dah. Takut kalo keluar opis lewat, jln jem pulak. KL ni sekarang kalo hujan jer banjir, banjir jer hujan.... hehehee.....

Semalam jugak nyaris2 jantung aku nak tercabut. Mana tidaknya, anak bujang aku (Fazly) selalunya dah sampai rumah bila 7.30 malam. Tapi malam tadi, dekat pukul 10 malam baru dia sampai rumah. Sementara nak tunggu dia sampai rumah, nafas aku dah turun naik. Merata aku mencari. Telefon sesiapa ajer yg ada connection dgn anak aku. Driver bus yg selalu htr anak aku pun berkali2 aku kacau. Bila ajer driver to confirm dgn aku memang anak aku tak naik bas dia yg satu lagi, aku dah mula cuak. Manelah aku pergi ni. Dia tak pernah buat hal sampai macam ni.

Ibu pun dah keluar masuk & tak senang duduk. Sesiapa ajer yg lalu, dia tanya. Dlm kami sibuk2 dan kerisauan menunggu Fazly, adik aku pun sampai. Aku tahu dia penat sebab baru habis kerja, tapi kalo adik aku tak tlg aku cari anak aku, siapa lagi nak tolong kan? Tak kan aku nak call hubby aku suruh balik dari Perak? atau kacau ayah aku yg tgh duty ?

Alhamdulilah, baru jer aku nak start enjin kereta nak g cari anak aku kat sekolah sebelum singgah ke balai polis, aku nampak anak aku berjalan dgn longlai. Serta merta airmata yg aku tahan dari tadi turun. Rupa2 Fazly tertinggal bas sekolah. Lepas tu bas rapid yg dia tunggu asyik penuh. Kata dia lagi, bas yg ke-3 baru dia dpt naik, tapi stuck dlm jammed pulak sebab kat SentulRaya dah nak air. Adoi, kesiannye anak aku. Kalaulah dia call aku, dah tentu aku sanggup mengharuk jammed asalkan keselamatan anak aku terjamin. Tapi sah2 dia tak boleh cl aku sebab dia tak de duit syiling!!!

MORALNYA :- Mulai hari ni aku kena bekalkan duit syiling utk anak aku gunakan bila time emergency!

Tuesday, March 3, 2009

Rindu lagi

2-3 hari ni mungkin aku jadi sentimental sikit. Sorryla ye. Tapi penyakit rindu ni memang susah nak ubat. Dekat 10 tahun aku mengadap muka comel anak aku tu hari2, tapi sekarang ni hanya gambar dia yg jadi penawar. Pagi tadi aku cl hubby, tapi hubby tak nak pas dkt dia sebab takut spoil mood dia yg tgh bersiap nak g sekolah. Hubby tak sedar yg dia dah spoilkan mood aku pulak!...... ngeeeeeeeee

Faris pulak, bila dah siap2 nak g sekolah, tanye soalan cepumas kat aku. "Ibu, bila angah nak balik? Dia sekolah dgn ayah sampai bila?" .... huaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Ibu aku pun pagi2 dah sentimental. Fakhri memang suka makan nasi lemak yg ibu aku masak. So, sambil ibu aku mengupas kulit telur, air mata dia menitis & mulutnya asyik menyebut nama cucu kesayangan yg suka makan nasi lemak dia. Ek eleh..... tgk ibu aku yg dah banjir, dgn aku2 sekali banjir!!!..... ngaaaaaaaaaaaaaa

Monday, March 2, 2009

Rindu

Bangun pagi, aku rasa sayu bila tengok bantal teddy bear hijau yg selalu direbutkan oleh Faris dgn angah dia sebelum tidur. Sejak malam tadi, bantal tu tak jadi rebutan lagi sebab angah dah tak de kat KL. Faris pun, bila angah dah tak de, dia buat dek je kat bantal tu. Pelan2 aku amik bantal tu & bukak sarung dia, terus campak dalam bakul!!!!

Turun bawah, aku tgk ayah tgh makan roti canai dengan susu. Teringat Fakhri lagi. Sebab hanya dia dgn atuknya ajer yg suka cicah roti canai dgn susu!!....

Start enjin kereta, tgk spongebob kat sebelah aku yg terlentang, teringat Fakhri jugak. Spongebob tu baru beli sebab dia asyik berebut dgn adik dia. Kalau bergaduh pun, spongebob tu lah senjata dia menghentam adik dia.

Sampai kat office, terus kemas meja yg bersepah. Tengah susun fail, tangan ni tersentuh beberapa helai kertas A3. Ada lukisan gambar kartun & kereta sport. Gambar2 tu Fakhri lukis last week masa dia ikut aku g office. Satu lagi kertas, ada tertulis nama dia & tulisan.. "saya janji akan rajin pergi sekolah". Aku ingat, aku yg suruh dia tulis 100 kali tulisan tu last week masa aku tgh hangin satu badan sebab dia tak nak g sekolah. Tapi dia tulis lebih kurang 10 baris aje. Yg lain2 dia tulis nama ayah dia, nama aku, nama abg & adik dia & nombor 1 - 100.... hehehe, aku sengih sendiri sambil menyeka airmata yg mengalir.

Ya Allah.... aku rindu betul kat anak aku tu!....

Hari ni mungkin hubby pulak yg hangin dgn aku sebabnya berpuluh kali aku cl tanye pasal budak bertuah tu!... Saper tak sayang anak kan?.....

Sunday, March 1, 2009

Sedihnye

Pagi ni aku berangkat pulang ke Kl dari TI dgn hati yg rawan. Mana tidaknya, aku terpaksa meninggalkan Fakhri di sana. Melihat keadaan dia yg meraung, menyebakkan dada. Mana bisa aku nak tinggalkan dia dgn hubby. Hati ini sungguh berat, tapi terpaksa diteruskan. Melihat angahnya yg meraung, mata Faris turut merah. Dia duduk diam di dalam kereta sambil memegang spongebob. Spongebob yg satu lagi (milik Fakhri) diletakkan dikerusi depan. Airmata aku menitis laju, lantas hubby memujuk. Aku perlu kuat demi Fakhri. Meninggalkan Fakhri dgn hubby di TI bukan bermakna aku tidak menyayangi dirinya. Insyaallah, keadaan Fakhri akan berubah sedikit masa lagi.

Sampai di KL, aku termenung lama. Rumah ini sudah hilang serinya. Anak yg selalu menyemarakkan sunyi sudah jauh dari aku. Memang memelihara dia byk menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu, tetapi berjauhan dgn dia lebih menguji perasaan aku sebenarnya. Paling sedih, bila aku tgk mata ayah yg merah & airmata ibu yg menitis bila bertanyakan tentang Fakhri. Aku tahu ayah & ibu sayangkan Fakhri. Mereka berdua yg lebih byk menghabiskan masa dgn dia sewaktu aku & hubby sibuk bekerja. Bertahun bersama mereka, tiba2 cucu itu jauh dari mata, pastinya hati mereka turut bersedih.

Belum satu hari tanpa Fakhri, dunia terasa sepi sekali. Mampukah aku harungi hari2 seterusnya tanpa seorang dr 3 anakku? Entahlah...