Monday, March 30, 2009

Materialistik

Malam tadi Faris tak lena tidur. Sakit perut kata dia. Keluar masuk toilet, sampai menangis sebab mata di ngantuk. Agaknya siang tu dia makan rojak. Perut dia memang sensitif sikit. Sudahnya aku letak minyak angin & bagi dia minum air suam. Dekat 5 pagi baru dia tidur. Sudahnya, siang tu aku terlajak. Ibu kejut dah dekat pukul 7.30 a.m. Apalagi, kelam kabut la aku bersiap.



Sebenarnya aku dpt MC hari ni. Semalam aku dpt migrain, g klinik doctor kasi MC. Tapi aku tahu MC tu tak bermakna sebab aku kena gak masuk office. Zihan on maternity leave tak kan aku nak biarkan Amirul sorang2 buat keje. Lagipun dia baru sesangat masuk keje.



Sampai jer office, boss dah call tanya itu ini. Belum sempat minum air, technician nak service aircond pulak sampai. Terkangkang2 aku buat keje sengsorang. Fail2 Zihan ada dokumen yg nak difailkan, cari lawyer utk mob lagi... Adoi, bertambah berdenyut kepala aku....



Selesai keje2 tu, barulah aku tarik nafas pepanjang. Dalam aku memicit kepala menahan sakit, teringat tawaran hubby yg minta aku ikut dia duduk TI & berhenti kerja secepatnya.... Adoi.... memang kerja kat opis kadangkala memenatkan, tapi aku dah biasa bekerja. Aku bukan tak mahu jadi fulltime housewife, tapi aku tak yakin. X boring ke duduk rumah nanti? Lepas tu duit gaji yg sekarang ni dpt tiap hujung bulan boleh ke hubby cover 100%?.... hehehe, itulah persoalan utama. Sayang tau nak tinggalkan bos yg sporting mcm bos aku sekarang ni, rugi lagi nak biarkan tangan kosong setiap hujung bulan dgn jumlah RM$$$$ yg aku dpt sekarang ni!!!.... Materialistikkah aku????.....

No comments:

Post a Comment