Thursday, March 19, 2009

Rahsia hati K Ayu

Semalam K Ayu & anak2 balik Sentul, makanya riuh rendahlah rumah aku. Hilang gak rindu kat anak2 sedara aku. Boboy pun nampak seronok bercerita tentang sekolah baru. (Anak sedara aku ni dah lebih 2 minggu masuk Sek Teknik kat Klang). Bila aku tanya pasal buli, dia senyum. Alhamdulilah, anak sedara aku tak kena buli. Mudah2an dijauhkanlah dr benda2 yg tak elok macam itu.

K Ayu pulak nampak makin kurus. Aku tahu dia makan hati. Almaklumlah, Along aku masih belum berubah. Namun K Ayu terus sabar & tabah melayan kerenah anak2 dia bersendirian. Simpati aku melaut, bila Tasya (4 tahun) yg dah pandai membebel bgtahu "papa tak ayik umah. Mama jeje, ayik umah. Papa jeje, tak ayik2".. (papa tak balik rumah. Mama kerja, balik rumah, papa kerja tak balik rumah). Aduhai, bilalah along aku ni insaf!

Aku ingatkan K Ayu stay lama kat Sentul. Tak puas rasanya berborak dgn dia. Tapi petang ni, bila aku sampai rumah, rumah dah lengang. Sunyi sepi. Tinggal anak2 aku dgn ibu ajer. Kata ibu, ayah dah hantar K Ayu balik. Ek eleh......

Lepas tu tiba2 aku tgk mata ibu berair. Then dia tanye.."Dik, ko tak tanye K Ayu kenapa dia tak buka skaf kat kepala dia smlam?". Aku jawablah tak. Agaknya K Ayu nak ubah imej, tutup aurat 24 jam.... Aku senyum.

Kemudiannya, airmata aku pulak yg menitis bila ibu ckp K Ayu pakai skaf sebab kepala dia botak!!!... Hah??.... K Ayu sakit ke? Kenapa kepala dia botak? Soal aku pada ibu pulak.

Ibu angkat bahu sambil jemarinya menyeka airmata yg menitis. Kemudiannya, ibu jawab.."Ko pun tahukan K Ayu tu penuh rahsia. Apa yg ada dlm hati, susah payah dia, jarang nak share dgn saper2.... Ibu sedih, kenapalah along sanggup sia2kan org baik macam K Ayu kau..."

Ya Allah.... Peliharalah kesejahteraan K Ayu. Kembalikanlah kebahagiaan dlm hidupnya. Aku mahu dia terus menjadi kakak aku krn aku tahu hanya dia yg terbaik yg dlm hidup kami.

Buat along, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlewat. Tidak salah andai ingin beristeri lebih, tapi berlaku adillah utk kebahagiaan semua pihak.

2 comments:

  1. sedihnya... kesian kak Ayu... ada hikmahnya tu... harap kak Ayu dan anak2 sentiasa di rahmati Allah...

    ReplyDelete
  2. itulah yg selalu kami doakan utk K Ayu & anak2...

    ReplyDelete