Sunday, May 24, 2009

Korban rambutku

Ibu kata sejak kecil dia jaga rambut aku. Memang rambut aku panjang. Kalau nak potong, ibu bising, ayah membebel.... Lepas jer kahwin, hubby pulak yg kontrol. Kalau nak potong rambut setahun sekali pun susah. Sebab tu bila dpt offer potong rambut dr hubby, aku cepat2 g saloon. Sejak beranak pulak, rambut aku yg lebat makin berkurangan. Makin byk yg gugur.. (pertanda dah "tua" ke?..... hehehe)
Hari ini, atas sebab2 tertentu & rasa sakit hati kpd "dia", aku mengambil keputusan utk mengorbankan rambut aku yg baru nak panjang balik ni. Amoi saloon tu pun soal 2-3 kali bila aku ckp potong pendek. Dia tgk aku confident mengangguk, terus dia zappppppppp...... hah, comel gak rambt baru ni.... Kata Liza, macam anak cina sesat.... kahkahkah.....
Imej baru ni kukira akan merawat hatiku yg terluka...........

Terlerai rindu

Dlm seminggu ni, aku betul2 tak der mood nak menulis. Otakku berserabut!!!... Masalah kesihatan ibu & anak aku. Masalah office yg semakin memeningkan kepala.... dicampur pula dgn masalah keadaan sekeliling & semuanya menimpa atas kepala..... Adus....
Ibu dah ok sikit last wednesday, tp demam Faris berlanjutan sampai Friday. Rindu ayah dia agaknya sebab ayah dia sampai je petang tu, terus segar.......
Minggu ni rindu aku pada Fakhri terlerai. Meski cuma 2 hari bertemu, aku habiskan sebanyak masa yg ada bersama dia. Hati aku sebak waktu melepaskan dia balik pagi tadi. Sedih rasanya & tak sanggup lagi nak berpisah. Bagi aku biar otak ni berserabut byk mana, tapi bila ada anak2, hidup aku terus tenang. Anak2lah tonggak kekuatan utk aku terus bernafas walau dalm apa keadaan sekalipun!...

Monday, May 18, 2009

Bagi aku masa.....

Beberapa hari lepas along ada balik jumpa ibu, tapi aku tak sempat jumpa sebab balik kerja lambat. Ibu kata along bawa 3rd wife dia. Ibu tak pernah berkasar dgn anak2. Walau berkecil hati, dia tetap layan anak2b dgn baik. Ibu kata selepas 1/2 jam along berbual dgn ibu baru "menantu" baru dia turun dr kereta dan bersalam dgn ibu. Ibu kaget, tapi tak kan dia nak halau pulak perempuan itu. Meski hati ibu terguris dgn tindakan along berkahwin lagi tanpa pengetahuan dia, ibu tak mungkin tega memaki hamun jauh sekali menghalau anak sendiri. Itulah ibu aku, apa jua yg dia rasa #marah, benci, geram atau sakit hati semuanya disimpan dlm hatinya.

Mlm tu pula along call aku minta maaf sebab tak tunggu aku balik kerja. Dia kata nak cepat. Padahal aku tahu, along tak nak aku jumpa dgn "kakak ipar"baru. Dia tak nak hati aku pula yg terguris. Along tahu aku memang sensitif. Paling tidak, aku rasa along tak nak aku luahkan kemarahanku pd "perempuan" tu!..... (mmmm, tahu tak per.....)

Hari ni, balik je kerja, aku tgk ibu dah berbungkus. Demam katanya. Faris pun demam juga. Aduhai..... Oli pulak ada emergency, lepas htr aku, dia pinjam kereta kejap. Mcm mana nak bw ibu dgn Faris g klinik....

Aku call along. Lepas Maghrib, along sampai bw ibu dgn anak aku g klinik. Mula2 aku memang nak ikut sama, tp bila tgk ada "alien" dlm kereta, niat aku terbantut. Mata aku tiba2 berair. Kalaulah K Ayu yg berada dlm kereta tu, dah lama dia turun dan membantu aku memimpin ibu. Tapi ternyata dia "alien".... Lepas along bising2 sound dia, baru dia keluar dan memimpin ibu masuk kereta. Dia dtg dekat pada aku & menghulurkan salam. Cantik.... Dia memang cantik, tapi budi bahasa tak cantik langsung. Aku tak nak sambut tangan dia, tapi along "berdehem" penuh makna. Sikit je aku sentuh. Bukan aku sombong, tapi aku benar2 rasa benci!!!..... Tanpa sedar air mata aku menitis. Along mendekati aku dan bisik pd aku yg dia tetap sayang aku mcm dulu. Aku tersentuh....... Kalaulah aku boleh dpt balik along mcm dulu2.........

Tapi aku tersilap penilaian ke??..... Balik klinik, "perempuan" tu yg memimpin ibu, menyuap ibu makan dan memberi ubat. Hati aku tersentuh. Kebencian dah buat aku tersalah menilai dirinya. Mungkin dia dah merampas sebahagian kasih syg dr K Ayu, tapi aku tidak boleh 100% menyalahkan dia. Mungkin ada kebaikan dia yg aku tak nampak.

Apa yg aku harapkan along akan menemui kebahagiaan & terus menempatkan K Ayu & anak2, ibu & aku ditempat yg paling indah dlm hatinya.

Along kini dlm proses berpisah dgn yg no 2 sebabnya yg no 2 tu sombong & langsung tak boleh berbaik dgn K Ayu jauh sekali nak dtg rumah jenguk ibu. At least yg "baru" ni sedang berusaha memenangi hati ibu..... Mudah2an yg "baru" ni boleh membuka pintu hati along menjadi lebih adil dlm keluarga.....

Aku doakan segalanya yg terbaik utk kebahagiaan keluarga kami.....

Along, maafkan adik sebab belum dpt membuka hati sepenuhnya menerima "kakak ipar baru"... Bagi masa sikit yek!!!......

Thursday, May 14, 2009

Sakit hati tak?

Korang sakit hati tak kalau..............

1) org amik harta benda korang tanpa kebenaran & tak reti2 nak pulangkan.... bila kita call or sms dia ignore ajer..... (aku rasa mcm nak report police dah ni!!!!)

2) org pinjam duit & tak reti2 nak bayor. Bila kita minta, buat muka poyo mcm tak der dosa jer tak bayar hutang org..... (lain kali jgn harap aku nak bagi pinjam!!!)

3) org tak reti nak berterima kasih bila korang dah tolong buat keje2 dia yg melambak time dia cuti panjang........ lepas tu siap komplen itu ini.....potpet..... (kalau ada jarum, memang aku jahit mulut dia!!!)....

4) org yg suka mendesak minta anda buat keputusan bagi sesuatu yg tak masuk akal!!!.... (kalau tak dia masuk Tanjung Rambutan, akulah kena cari tempat kat sana kot!!!)

Aku memang sakit hati, dah tak tertahan2 lagi dah ni...... Kalaulah boleh, aku nak hantar "service" hati aku bagi hilang semua rasa sakit ni.............

Wednesday, May 13, 2009

Jika kau kekasih....

Saat hati berantakan, lagu ni makin sedap didengar. Bila dilihat pada senikata pula, nampak "sesuai" bonar!..... Layannnnnnnnnnnnnn

Linda - Jika Kau Kekasih

Tidak kau terasa beban yang aku pikul
Menyeksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan
Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidupku dalam kerunsingan kasih
Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Kasih…

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU...
Ucapan ini istimewa untuk semua wanita yg bergelar ibu.....

Semalam Faris hulurkan sesuatu yg istimewa buat aku. Dia buat di sekolah bersama cikgu. Ucapan ringkas tertulis... i love you mummy, from Faris membuatkan aku terharu. Anak kecil inilah sumber kekuatan aku masa kini. Thank you sayang!!...

Untuk ibu, sajak spontan ini khas untukmu.... Adik sayang ibu..................... Muaahhhhh....

Ibu,
Kasihmu sesegar embun pagi
Yg senantiasa memberi kesegaran
Pada diri ini

Ibu
Walau hatimu pernah dilukai
Kasih sayangmu tidak pernah terhakis
Saban hari kau titipkan kesabaran
Membesarkan kami tanpa merintih
Senyuman sentiasa terukir dibibir
Meski kami tahu kala itu hatimu sedang menangis....

Terima kasih Tuhan
Kerna memberi kekuatan pada ibu
Bersusah payah menempuh badai
Tanpa kekuatannya
Tidaklah kami bisa mengecap bahagia seperti hari ini

Ibu
Terima kasih atas kasih sayangmu
Terima kasih atas segalanya!!....

Thursday, May 7, 2009

Ikan bakar...

Balik dari Pangkor, mak mentua aku & adik ipar hubby sekeluarga ada kat TI. Penuhla seisi rumah. Kakak ipar aku suggested we all buat BBQ malam nanti. Kalo nak ikutkan memang badan penat. Tapi sesekali berkumpul reramai syok jugak. Lagipun aku pun masih terliur teringat keli bakar lela dlm N3 dia ari tu.... hehehe....

Anak sedare hubby & kengkawan pun nak join. They all g cari ayam la pulak. Kononnya nak happening malam nanti... Lantaklah kome......

Memang syok la bila berkumpul sekali sekala. Terasa macam hari raya la pulak. Aku nak tempek gak gambor 2-3 keping kat sini yek...... Memang sodap giler lah!!!....





ini model keli bakar!....
(naye kalo adik ipar aku tahu aku tempek gambor dia ni..)


Happy moment @ Pangkor 2009




















Wednesday, May 6, 2009

PULANGKAN!!!!!!!!!!!!!!!.....

Mangkuk hayun punya bedebus la.......
Kebetulan time aku nak balik TI hari tu, satu beg buku aku tertinggal. Sewaktu ketiadaan aku, sepupu aku (yg memang tak rapat dgn aku) tersesat. Ibu cakap, minah tu dgn selamba telah mengambil 3 novel baru yg belum aku habis baca...... huaaaaaaaaaaaaaaa......................
Kenapa minah selenga tu bawa balik buku aku walapun ibu cakap buku2 tu aku belum baca. Dia kata nanti dia pulangkan. Tapi bila? Sebabnya dia tu 10 tahun sekali pun susah nak jejak rumah aku. Hari tu pun entah angin mana yg hembus dia tuptup sampai kat rumah aku.....

Ooi, minah selenga..... kembalikan.... pulangkan..... pulangkan buku2 kau tu.....

Aku sayang JANGAN KAU TANGISI, sebab Ebriza yg manis tu dah tenyeh kat buku tu.
Aku sayang SALJU SAKINAH & BUKAN YG PERTAMA sebab buku2 tu buku PTS yg pertama menjadi koleksi aku..... Ketiga2 buku tu aku beli masa bookfair.....aku berpenat lelah meredah ribuan org, tuptup ko amik buku aku yg belum aku baca !!!!!..... Saper tak bengang????...

PULANGKANNNNNNNNNNNNNNNNNN.............. Pulangkan buku2 aku yg ko amik. Sengal!!!!......

Mcmana aku nak kasi otak clean? Balik ajer holiday, ada pulak minah sengal dah CURI harta aku tanpa izin!!!!....

Sesudah relax

Salam semua. Beberapa hari melepaskan lelah bertemu hubby & permata hati aku yg sorang lagi tu membuatkan segala rasa resah gelisah yg melanda ni hilang. Seronok tak terkata, rasanya macam malas nak balik KL teruskan kerja...... hehehe.... (mampus aku kena ketuk kalo bos baca !)....

Pagi Jumaat (01.05.2009), seawal 7.30 pagi aku & Faris dah bertolak balik TI. Hubby memang dah planning nak bawa kami bercuti ke Pangkor. Lagipun dah berapa kali postponed nak kesana kan?... Yg menyedihkan hati, si bujang aku tu, Shahrul Zulfazly tak dpt ikut coz Saturday dia ada something yg more important kena attend kat sekolah dia. Makanya dgn berat hati, aku meninggalkan anak aku dgn ibu. Aku meneruskan perjalanan ke TI utk bertemu hubby & Fakhri. Pukul 9 lebih aku sampai TI, salam2 dgn Yong & suami dia kejap. Then kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor. Hubby bising gak sebab aku tinggalkan Fazly. Tapi nak buat macam mana? Budak tu dah bujang. Lagipun dia utamakan hal2 yg berkaitan aktiviti sekolah, tentu aku tak kisah. Fakhri pun bising tak dpt jumpa abg kesayangan yg dia dah rindu giler...... Nak buat cemana dik, abg sekolah.........

Alhamdulilah, budak 2 org tu nampak happy. Aku pun terlebih happy. Rasanya memang dah lama sgt kami tak habiskan masa santai sebegini. Makan sama2, borak2, jejalan mencuci mata bersama, tertawa & bergurau senda bersama... dan segala mcm lagilah. Tetapi sesekali hati ni dok teringat kat Fazly yg ditinggalkan jauh kat KL. Terasa lain sebab tak cukup corum......

We all stay kat Purnama Beach Resort, Teluk Nipah. Nak dijadikan cerita, tanpa disangka2, malam tu blackout seluruh Pangkor. Gelapppp.... Faris memekak sebab panas. We all keluar ambil angin, dia bebel gelaplah,... itulah, inilah..... Nak makan, kebanyakkan tempat dah full. Alamatnya tukar planning. Drp nak makan yg sodap2, terpaksa makan burger. Ayah depa kata, postponed esok makan sesedap.... Kesian anak2 aku. Nasib baik gak elektrik ok sebelum tgh malam. Kalo tak naya anak2 aku tido berlengging...... hehehe.....

Keseluruhannya memang bestlah sebab dpt luangkan masa dgn anak2. Seluruh perhatian untuk dorang. Fakhri & Faris nasib baik tak lebam, asyik berjemur tepi pantai & mandi laut. Aku memang terus terang cakap, bukan jenis kaki melepak kat pantai jauh sekali nak mandi laut. Panas oooo..... kulit aku ni memangle sensitip bangat!!!!......Tapi demi anak2, aku rela memanaskan diri.

2 malam stay kat Pangkor. Sebelum balik TI semula, we all singgah jap Teluk Batik. Saje ajak bebudak tgk pantai kat situ pula. Amikla 2-3 keping gambor buat kenangan. Tapi apa yg pasti, Fakhri kata, cuti panjang nanti nak dtg Pangkor lagi ajak abg Fazly dia. Insyaallah anak2ku.....

Harap2 balik dr bercuti ini, otakku bisa clean. Buang semua rasa2 yg tdk enak itu...... hohoho.....