Wednesday, May 6, 2009

Sesudah relax

Salam semua. Beberapa hari melepaskan lelah bertemu hubby & permata hati aku yg sorang lagi tu membuatkan segala rasa resah gelisah yg melanda ni hilang. Seronok tak terkata, rasanya macam malas nak balik KL teruskan kerja...... hehehe.... (mampus aku kena ketuk kalo bos baca !)....

Pagi Jumaat (01.05.2009), seawal 7.30 pagi aku & Faris dah bertolak balik TI. Hubby memang dah planning nak bawa kami bercuti ke Pangkor. Lagipun dah berapa kali postponed nak kesana kan?... Yg menyedihkan hati, si bujang aku tu, Shahrul Zulfazly tak dpt ikut coz Saturday dia ada something yg more important kena attend kat sekolah dia. Makanya dgn berat hati, aku meninggalkan anak aku dgn ibu. Aku meneruskan perjalanan ke TI utk bertemu hubby & Fakhri. Pukul 9 lebih aku sampai TI, salam2 dgn Yong & suami dia kejap. Then kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor. Hubby bising gak sebab aku tinggalkan Fazly. Tapi nak buat macam mana? Budak tu dah bujang. Lagipun dia utamakan hal2 yg berkaitan aktiviti sekolah, tentu aku tak kisah. Fakhri pun bising tak dpt jumpa abg kesayangan yg dia dah rindu giler...... Nak buat cemana dik, abg sekolah.........

Alhamdulilah, budak 2 org tu nampak happy. Aku pun terlebih happy. Rasanya memang dah lama sgt kami tak habiskan masa santai sebegini. Makan sama2, borak2, jejalan mencuci mata bersama, tertawa & bergurau senda bersama... dan segala mcm lagilah. Tetapi sesekali hati ni dok teringat kat Fazly yg ditinggalkan jauh kat KL. Terasa lain sebab tak cukup corum......

We all stay kat Purnama Beach Resort, Teluk Nipah. Nak dijadikan cerita, tanpa disangka2, malam tu blackout seluruh Pangkor. Gelapppp.... Faris memekak sebab panas. We all keluar ambil angin, dia bebel gelaplah,... itulah, inilah..... Nak makan, kebanyakkan tempat dah full. Alamatnya tukar planning. Drp nak makan yg sodap2, terpaksa makan burger. Ayah depa kata, postponed esok makan sesedap.... Kesian anak2 aku. Nasib baik gak elektrik ok sebelum tgh malam. Kalo tak naya anak2 aku tido berlengging...... hehehe.....

Keseluruhannya memang bestlah sebab dpt luangkan masa dgn anak2. Seluruh perhatian untuk dorang. Fakhri & Faris nasib baik tak lebam, asyik berjemur tepi pantai & mandi laut. Aku memang terus terang cakap, bukan jenis kaki melepak kat pantai jauh sekali nak mandi laut. Panas oooo..... kulit aku ni memangle sensitip bangat!!!!......Tapi demi anak2, aku rela memanaskan diri.

2 malam stay kat Pangkor. Sebelum balik TI semula, we all singgah jap Teluk Batik. Saje ajak bebudak tgk pantai kat situ pula. Amikla 2-3 keping gambor buat kenangan. Tapi apa yg pasti, Fakhri kata, cuti panjang nanti nak dtg Pangkor lagi ajak abg Fazly dia. Insyaallah anak2ku.....

Harap2 balik dr bercuti ini, otakku bisa clean. Buang semua rasa2 yg tdk enak itu...... hohoho.....

No comments:

Post a Comment