Friday, July 10, 2009

Salam terakhir...

Mungkin ini N3 terakhirku diruangan ini....
Aku mengundur diri bukan kerana kecewa, tapi sekadar utk berehat seketika...
Ibu, terima kasih krn meminjamkan nama "Maya" untuk aku abadikan di ruangan ini.
Buat teman2 yg pernah bertandang disini, terima kasih atas kunjungan & huluran persahabatan kalian. Dina, tahniah atas kelahiran novel sulung. Aku akan dapatkan secepat mungkin & harap2 1 hari nanti ko sudi bg autograph kat aku yek!... hehehee..... Lela, 1 masa nanti mungkin aku nak pi terjah gak kolam keli ko tu..... hahaha...... Yg pastinya, meski aku tak memenuhi ruangan aku ni, aku akan menjenguk ruangan kalian. Kita tetap dekat meski tak pernah bersua (cewah!!)...
Kpd yg pernah terasa hati dgn coretan aku, maafkan diri ini yg serba kekurangan. Kadangkala sesuatu yg tidak terluah dgn kata2 hanya bisa dicoretkan utk melepaskan segala rasa yg terpendam......
Salam akhir, salam yg teristimewa buat semua..... Muahhhhhhhhhhhh.....

Wednesday, July 8, 2009

Kembali mencoret

Lama tidak menjengah ruangan yg makin berhabuk. Entah kenapa aku malas meluahkan rasa disini. Aku lebih senang menyimpan segalanya di dalam hati... Mungkin itulah yg terbaik.
Kehidupan masih berjalan seperti biasa. Novel2 cinta & motivasi yg makin memenuhi rak dikamarku adalah teman yg tak pernah jemu menemani hari2 sepiku.

Seorang teman berkata, walau sedalam mana hatimu karam kerna kesedihan & kepedihan, teruslah melangkah krn kekuatan itu dlm dalam dirimu. Semangat juang tidak akan patah selagi kau meniupkan api ketabahan. Sendirian tidak bermakna keseorangan. Terima kasih teman krn tidak pernah jemu memberi kekuatan meski dirimu sendiri sedang terluka.

Pejam celik, bulan Jun sudahpun berlalu. Jun yg berlalu bermakna telah 2 tahun arwah Efat pergi mengadap Ilahi. Kehilangannya secara tiba2 masih meninggalkan kesan yg mendalam. Al-Fatihah buatmu teman.....

Julai yg hadir turut membawa ingatan ini singgah pd detik kehilangan lalu.... Ye, 9 Julai tiba lagi. Bagai tidak percaya sudah 16 tahun abg F pergi. Kenangan bersamanya masih terpahat diruang ingatan. Kesedihan masih berbaki bila ingatan terhadap dia hadir. Namun aku pasti, dia telah aman disana. Al-Fatihah.....

Inilah yg dinamakan kehidupan. Selagi nadi masih berdenyut, suka & duka itu pasti datang silih berganti. Tertawa tidak bermakna kita gembira, menangis tidak bererti kita berduka. Kejarlah bahagia selagi kita terdaya.........

Monday, June 8, 2009

Pergilah............

Sabtu lepas
Tanpa perancangan
Aku sampai ke TI
Niat hati cuma satu
Nak bertemu putera kedua yg amat dirindui

Alhamdulilah....
Perjalananku dipermudahkan
Bertemu si jantung hati
Melenyapkan rindu didada....

Sayangggggggggg anak ibu!!!.......

*************

Demi Tuhan
Aku akui aku masih sayangkan si dia
Bertahun hidup bersama mana mungkin kulupa segalanya
Memang kami tidak pernah bersumpah sehidup semati
Tapi kami pernah mengikat janji
Suka & duka dilalui bersama

Mungkin
Memaafkan adalah jalan terbaik
Meski parut dihati masih berbekas
Mungkin
Memberi peluang kedua
Keputusan yang adil dari aku untuk sidia
Mungkin juga
Pengorbananku ini demi anak2
Kerana perjalanan mereka masih jauh
Mana mungkin aku tega
Menyakiti hati mereka
Demi menjaga hati sendiri

**************

Perjalanan tanpa perancangan ini
Memberi sedikit ruang untuk aku
Mencari jalan penyelesaian
Bagi kekusutan antara aku dan si dia

Semoga mendung akan berarak pergi
Berganti sinar yg bisa menerangi langkah perjalanan ini....

Pergilah sepi
Pergilah duka
Pergilah.... pergi...............

Friday, June 5, 2009

Luahan dari sudut hatiku....

Ruangan ini sudah beberapa hari aku tinggalkan & biarkan sepi
Begitulah juga hati aku
Sengaja aku menyepikan diri
Mencari secebis ketenangan
Juga mengumpul kekuatan

***********

Hidup ini memang umpama roda
Bahagia atau derita
Suka ataupun duka
Hadirnya silih berganti
Meski demikian, siapalah kita
Untuk menolak kehendak Takdir

************

Kata ibu
Jika kita menangis semalam,
Belum tentu kita akan meratap sehingga esok
Kata ayah juga
Andai kita tertawa hari ini
Belum pasti sampai lusa kita akan gembira
Dugaan yg datang menguji keimanan
Redha & pasrahlah .....

*************

Beginilah kehidupan aku kebelakangan ini
Sedih & kecewa menjadi teman
Airmata pengubat nestapa
Gundah & gelana hanya aku yg mengadap!!!!...

*************

Ya Allah
Tetapkanlah hatiku
Kuatkanlah keimanan
Kurniakanlah kesabaran
Kerana aku tidak mahu gagal!!!..............

Sunday, May 24, 2009

Korban rambutku

Ibu kata sejak kecil dia jaga rambut aku. Memang rambut aku panjang. Kalau nak potong, ibu bising, ayah membebel.... Lepas jer kahwin, hubby pulak yg kontrol. Kalau nak potong rambut setahun sekali pun susah. Sebab tu bila dpt offer potong rambut dr hubby, aku cepat2 g saloon. Sejak beranak pulak, rambut aku yg lebat makin berkurangan. Makin byk yg gugur.. (pertanda dah "tua" ke?..... hehehe)
Hari ini, atas sebab2 tertentu & rasa sakit hati kpd "dia", aku mengambil keputusan utk mengorbankan rambut aku yg baru nak panjang balik ni. Amoi saloon tu pun soal 2-3 kali bila aku ckp potong pendek. Dia tgk aku confident mengangguk, terus dia zappppppppp...... hah, comel gak rambt baru ni.... Kata Liza, macam anak cina sesat.... kahkahkah.....
Imej baru ni kukira akan merawat hatiku yg terluka...........

Terlerai rindu

Dlm seminggu ni, aku betul2 tak der mood nak menulis. Otakku berserabut!!!... Masalah kesihatan ibu & anak aku. Masalah office yg semakin memeningkan kepala.... dicampur pula dgn masalah keadaan sekeliling & semuanya menimpa atas kepala..... Adus....
Ibu dah ok sikit last wednesday, tp demam Faris berlanjutan sampai Friday. Rindu ayah dia agaknya sebab ayah dia sampai je petang tu, terus segar.......
Minggu ni rindu aku pada Fakhri terlerai. Meski cuma 2 hari bertemu, aku habiskan sebanyak masa yg ada bersama dia. Hati aku sebak waktu melepaskan dia balik pagi tadi. Sedih rasanya & tak sanggup lagi nak berpisah. Bagi aku biar otak ni berserabut byk mana, tapi bila ada anak2, hidup aku terus tenang. Anak2lah tonggak kekuatan utk aku terus bernafas walau dalm apa keadaan sekalipun!...

Monday, May 18, 2009

Bagi aku masa.....

Beberapa hari lepas along ada balik jumpa ibu, tapi aku tak sempat jumpa sebab balik kerja lambat. Ibu kata along bawa 3rd wife dia. Ibu tak pernah berkasar dgn anak2. Walau berkecil hati, dia tetap layan anak2b dgn baik. Ibu kata selepas 1/2 jam along berbual dgn ibu baru "menantu" baru dia turun dr kereta dan bersalam dgn ibu. Ibu kaget, tapi tak kan dia nak halau pulak perempuan itu. Meski hati ibu terguris dgn tindakan along berkahwin lagi tanpa pengetahuan dia, ibu tak mungkin tega memaki hamun jauh sekali menghalau anak sendiri. Itulah ibu aku, apa jua yg dia rasa #marah, benci, geram atau sakit hati semuanya disimpan dlm hatinya.

Mlm tu pula along call aku minta maaf sebab tak tunggu aku balik kerja. Dia kata nak cepat. Padahal aku tahu, along tak nak aku jumpa dgn "kakak ipar"baru. Dia tak nak hati aku pula yg terguris. Along tahu aku memang sensitif. Paling tidak, aku rasa along tak nak aku luahkan kemarahanku pd "perempuan" tu!..... (mmmm, tahu tak per.....)

Hari ni, balik je kerja, aku tgk ibu dah berbungkus. Demam katanya. Faris pun demam juga. Aduhai..... Oli pulak ada emergency, lepas htr aku, dia pinjam kereta kejap. Mcm mana nak bw ibu dgn Faris g klinik....

Aku call along. Lepas Maghrib, along sampai bw ibu dgn anak aku g klinik. Mula2 aku memang nak ikut sama, tp bila tgk ada "alien" dlm kereta, niat aku terbantut. Mata aku tiba2 berair. Kalaulah K Ayu yg berada dlm kereta tu, dah lama dia turun dan membantu aku memimpin ibu. Tapi ternyata dia "alien".... Lepas along bising2 sound dia, baru dia keluar dan memimpin ibu masuk kereta. Dia dtg dekat pada aku & menghulurkan salam. Cantik.... Dia memang cantik, tapi budi bahasa tak cantik langsung. Aku tak nak sambut tangan dia, tapi along "berdehem" penuh makna. Sikit je aku sentuh. Bukan aku sombong, tapi aku benar2 rasa benci!!!..... Tanpa sedar air mata aku menitis. Along mendekati aku dan bisik pd aku yg dia tetap sayang aku mcm dulu. Aku tersentuh....... Kalaulah aku boleh dpt balik along mcm dulu2.........

Tapi aku tersilap penilaian ke??..... Balik klinik, "perempuan" tu yg memimpin ibu, menyuap ibu makan dan memberi ubat. Hati aku tersentuh. Kebencian dah buat aku tersalah menilai dirinya. Mungkin dia dah merampas sebahagian kasih syg dr K Ayu, tapi aku tidak boleh 100% menyalahkan dia. Mungkin ada kebaikan dia yg aku tak nampak.

Apa yg aku harapkan along akan menemui kebahagiaan & terus menempatkan K Ayu & anak2, ibu & aku ditempat yg paling indah dlm hatinya.

Along kini dlm proses berpisah dgn yg no 2 sebabnya yg no 2 tu sombong & langsung tak boleh berbaik dgn K Ayu jauh sekali nak dtg rumah jenguk ibu. At least yg "baru" ni sedang berusaha memenangi hati ibu..... Mudah2an yg "baru" ni boleh membuka pintu hati along menjadi lebih adil dlm keluarga.....

Aku doakan segalanya yg terbaik utk kebahagiaan keluarga kami.....

Along, maafkan adik sebab belum dpt membuka hati sepenuhnya menerima "kakak ipar baru"... Bagi masa sikit yek!!!......