Ruangan ini sudah beberapa hari aku tinggalkan & biarkan sepi
Begitulah juga hati aku
Sengaja aku menyepikan diri
Mencari secebis ketenangan
Juga mengumpul kekuatan
***********
Hidup ini memang umpama roda
Bahagia atau derita
Suka ataupun duka
Hadirnya silih berganti
Meski demikian, siapalah kita
Untuk menolak kehendak Takdir
************
Kata ibu
Jika kita menangis semalam,
Belum tentu kita akan meratap sehingga esok
Kata ayah juga
Andai kita tertawa hari ini
Belum pasti sampai lusa kita akan gembira
Dugaan yg datang menguji keimanan
Redha & pasrahlah .....
*************
Beginilah kehidupan aku kebelakangan ini
Sedih & kecewa menjadi teman
Airmata pengubat nestapa
Gundah & gelana hanya aku yg mengadap!!!!...
*************
Ya Allah
Tetapkanlah hatiku
Kuatkanlah keimanan
Kurniakanlah kesabaran
Kerana aku tidak mahu gagal!!!..............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment