Wednesday, March 11, 2009

Akhirnya....

Alhamdulilah, akhirnya petang semalam aku dapat berbicara dgn Fakhri. Seronok rasanya dpt meluahkan rasa rindu yg terpendam sekian lama. Bila mendengar suara Fakhri, terbayang wajah & senyuman dia yg manja. Tapi hati aku sayu bila dia bertanya kenapa aku tinggalkan dia dgn ayah. Aduhai sedihnye...

Aku : Best ke sekolah kat sane? Homework banyak tak?

Fakhri : Ok lah.... Homework tak banyak. Tapi cikgu suka suruh adik lukis. Angah Nasa selalu tolong adik lukis..

(Fakhri memang membahasakan dirinya adik sejak dulu)

Aku : Tak pe lah. Adik sekolah rajin2, nanti cuti ibu balik.

Fakhri : Kenapa adik sorang je sekolah kat sini? Sampai bila adik kena duduk dgn ayah?

Aku : Bukan ibu sengaja htar adik duduk sana. Nanti Aish dah habis tadika, kita semua duduk sama2. Ibu, Aish dengan abg pun balik duduk dgn ayah kat sana.

Fakhri : Tak best la ibu. Kadang2 adik menangis ingat ibu. Adik pun rindu opah dgn atuk.

Oleh krn airmata aku dah meleleh, aku pun tukar topik. Lagipun aku dgr suara Fakhri dah semacam ajer.

Aku : Ibu ada beli baju baru. Nanti adik pakai masa kahwin pakngah. Jumaat ni ayah bawa adik balik KL.

Fakhri : Ok. Adik nak main bola! Bye

Fakhri anak yg lincah. Memang sikap dia sukar dijangka, tetapi dia anak yg paling sensitif. Walaupun brutal cukup cepat terasa hati. Jgn silap cakap, dia pasti akan merajuk. Cikgu darjah 2 dia pernah berkata anak aku ini kurang kasih sayang (memang aku rasa nak cili jer mulut cikgu tu). Padahal anak inilah yg mendapat lebih kasih syg & perhatian dari semua pihak krn dia sungguh special.

Sememangnya anak ini mula mendapat perhatian istimewa krn semenjak usia 3 bulan dia sering terkena sawan tarik. Pantang badan panas sikit, mulalah kena sawan. Sampaikan aku panic tak tentu hala. Sudahlah selalu kena sawan, asthma kronik pula. Keluar masuk hospital menjadi perkara biasa. Kerana itu jarak dia dgn Faris agak jauh (5 tahun) berbanding jarak Fakhri dengan Fazly (3 tahun).

Tapi aku tahu, setiap anak ada keistimewaan tersendiri. Begitulah anak ini. Sebagai ibu, aku terima seadanya. Namun demikian, aku pasti mahukan yg terbaik utk setiap anak2ku.

Aduhai, tak sabarnya nak tunggu Jumaat. Minggu ni dia pasti balik sebab kami nak ke PD!!!... Hoorey...........

No comments:

Post a Comment