Sunday, March 29, 2009

Syahdunya...

Senja tadi aku dpt panggilan dari anak aku. Adus, sedihnya dengar suara dia. Dia kata rindu nak jumpa aku. Rindu nak balik KL. Tak seronok duduk jauh dari aku. Yg paling menyebakkan hati, bila dngn tersedu sedan dia berjanji tak akan nakal lagi. Tak akan pergi CC. Tak akan malas ke sekolah. Tak akan bantai Faris. Tak akan gaduh dengan abang.

Fakhri tak faham. Aku tempatkan dia bersama hubby bukan krn dia nakal atau bukan krn aku tidak sayangkan dia. Tapi demi kebaikan dia. Dia perlukan rawatan untuk memulihkan dirinya. Alhamdulilah, keadaan dia sudah semakin pulih. Tiada masalah dgn persekolahan lagi. Tapi dia menyangka bahawa aku tempatkan dia disana hanya kerana kenakalan dia!

Syahdunya dengar rintihan dia yg meminta aku segera membawa dia pulang....

2 comments:

  1. huhuhu... kdg2 anak hanya menganggap kita memberi dia hukuman bkn pengajaran. aku harap dia akan faham pengorbanan kau maya...

    ReplyDelete
  2. betul dina, aku sekadar ingin memberi yg terbaik utk dia. Semoga satu hari nanti dia benar2 faham kenapa aku bertindak sedemikian.

    ReplyDelete