Monday, May 18, 2009

Bagi aku masa.....

Beberapa hari lepas along ada balik jumpa ibu, tapi aku tak sempat jumpa sebab balik kerja lambat. Ibu kata along bawa 3rd wife dia. Ibu tak pernah berkasar dgn anak2. Walau berkecil hati, dia tetap layan anak2b dgn baik. Ibu kata selepas 1/2 jam along berbual dgn ibu baru "menantu" baru dia turun dr kereta dan bersalam dgn ibu. Ibu kaget, tapi tak kan dia nak halau pulak perempuan itu. Meski hati ibu terguris dgn tindakan along berkahwin lagi tanpa pengetahuan dia, ibu tak mungkin tega memaki hamun jauh sekali menghalau anak sendiri. Itulah ibu aku, apa jua yg dia rasa #marah, benci, geram atau sakit hati semuanya disimpan dlm hatinya.

Mlm tu pula along call aku minta maaf sebab tak tunggu aku balik kerja. Dia kata nak cepat. Padahal aku tahu, along tak nak aku jumpa dgn "kakak ipar"baru. Dia tak nak hati aku pula yg terguris. Along tahu aku memang sensitif. Paling tidak, aku rasa along tak nak aku luahkan kemarahanku pd "perempuan" tu!..... (mmmm, tahu tak per.....)

Hari ni, balik je kerja, aku tgk ibu dah berbungkus. Demam katanya. Faris pun demam juga. Aduhai..... Oli pulak ada emergency, lepas htr aku, dia pinjam kereta kejap. Mcm mana nak bw ibu dgn Faris g klinik....

Aku call along. Lepas Maghrib, along sampai bw ibu dgn anak aku g klinik. Mula2 aku memang nak ikut sama, tp bila tgk ada "alien" dlm kereta, niat aku terbantut. Mata aku tiba2 berair. Kalaulah K Ayu yg berada dlm kereta tu, dah lama dia turun dan membantu aku memimpin ibu. Tapi ternyata dia "alien".... Lepas along bising2 sound dia, baru dia keluar dan memimpin ibu masuk kereta. Dia dtg dekat pada aku & menghulurkan salam. Cantik.... Dia memang cantik, tapi budi bahasa tak cantik langsung. Aku tak nak sambut tangan dia, tapi along "berdehem" penuh makna. Sikit je aku sentuh. Bukan aku sombong, tapi aku benar2 rasa benci!!!..... Tanpa sedar air mata aku menitis. Along mendekati aku dan bisik pd aku yg dia tetap sayang aku mcm dulu. Aku tersentuh....... Kalaulah aku boleh dpt balik along mcm dulu2.........

Tapi aku tersilap penilaian ke??..... Balik klinik, "perempuan" tu yg memimpin ibu, menyuap ibu makan dan memberi ubat. Hati aku tersentuh. Kebencian dah buat aku tersalah menilai dirinya. Mungkin dia dah merampas sebahagian kasih syg dr K Ayu, tapi aku tidak boleh 100% menyalahkan dia. Mungkin ada kebaikan dia yg aku tak nampak.

Apa yg aku harapkan along akan menemui kebahagiaan & terus menempatkan K Ayu & anak2, ibu & aku ditempat yg paling indah dlm hatinya.

Along kini dlm proses berpisah dgn yg no 2 sebabnya yg no 2 tu sombong & langsung tak boleh berbaik dgn K Ayu jauh sekali nak dtg rumah jenguk ibu. At least yg "baru" ni sedang berusaha memenangi hati ibu..... Mudah2an yg "baru" ni boleh membuka pintu hati along menjadi lebih adil dlm keluarga.....

Aku doakan segalanya yg terbaik utk kebahagiaan keluarga kami.....

Along, maafkan adik sebab belum dpt membuka hati sepenuhnya menerima "kakak ipar baru"... Bagi masa sikit yek!!!......

4 comments:

  1. aku harap, kak ayu semakin tabah hadapi hidup. aku selalu baca kisah kau dgn kak ayu... sedih siot maya, aku terasa je cam aku ditempat kak ayu, satu hari nanti, adakah aku boleh setabah dia? kita tak tahu kan?

    ReplyDelete
  2. pagi tadi baru saya dengar lagu Pahit Akan Manis Akhirnya nyanyian Ukays

    ReplyDelete
  3. dina, aku pun tak tahu apakah aku boleh setabah K Ayu kalo aku berada di tempat dia.

    jieda,.. harap2, hidup K Ayu akan menemui kemanisan jugak akhirnya nanti yek!..

    ReplyDelete