Monday, February 2, 2009

Al-Fatihah

Pagi semalam, aku dimaklumkan bahawa pakcikku telah dimasukkan ke HUKM. Dia mengalami komplikasi buahpinggang yang begitu serius. Keadaannya kritikal dan dia disahkan koma. Semua anak2nya dah berkumpul & bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Sesungguhnya dari Allah kita datang & kepadaNya jua kita kembali. Sebentar tadi, aku dimaklumkan bahawa pakcikku telahpun menghembuskan nafasnya terakhir. Innalillah...

Kebetulannya, selepas Solat Subuh pagi tadi, ibu & ayah telah mengaturkan jemaah madrasah untuk membacakan Surah Yassin buat Pakcikku. Kami memohon supaya dia segera sembuh, namun ternyata Allah lebih menyayangginya.

Semasa hayatnya, arwah pakcikku ini adalah seorang insan yang berhati mulia. Dia tidak pernah berkira untuk menderma & berkongsi kesenangan kepada sesiapa yg memerlukan. Ramai dikalangan anak2 muda yg menghormati arwah kerana sejak bertahun2 lamanya dialah menjadi penaung bagi Pasukan Bolasepak yg dianggotai hubby aku. Selain itu, setiap pagi hari raya, pastinya ramai anak2 & fakir miskin akan bertandang ke rumahnya. Imbuhan yg diberi kpd anak2 & fakir miskin membuatkan kesemua mereka tersenyum lebar. Sebut sahaja apa sumbangan yg diperlukan, pastinya arwah tidak lokek menghulurkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kesihatan arwah semakin meruncing. Sejak disahkan mengidap buah pinggang, dia telah menjual syer syarikat kepada rakan kongsi kerana tiada anak2 yg ingin mewarisi perniagaannya. Anak2nya memilih bidang lain yang langsung tiada kena mengena dgn bisnes yg arwah jalankan. Arwah tidak pernah berkecil hati dgn anak2nya malah setiap anak dibelikan sebuah kereta dan sebuah rumah. Tiada yg lebih & tiada yg kurang, semuanya adil & saksama.

Aku sendiri punya byk kenangan bersama arwah. Semenjak kecil aku dimanja oleh arwah, malah hingga dewasa aku tetap memelihara hubungan persaudaraan yg terjalin. Meski aku difahamkan oleh ibu yg hubungan ibu dengan mak pah (isteri arwah) adalah sekadar sepupu sepapat yg hanya bau2 bacang, namun keluarga arwahlah yg banyak menghulurkan bantuan sewaktu ibu memerlukan. Mereka telah menjadi saudara kami disaat susah & senang.

Kala n3 ini aku tulis, aku terbayang wajah arwah yang serius (tapi sungguh penyayang). Malah aku teringat pertemuan kami yg terakhir sewaktu AidilAdha yg lepas. Sememangnya arwah suka bercerita perihalku masa kecil depan hubby & cerita itu meski kedengaran agak basi, namun ianya tetap membuatkan kami tertawa. Pastinya selepas ini, aku tidak akan bisa mendengar cerita yg sama dari mulut arwah. Malah aku tidak pasti apakah selepas ini aku mampu menjejakkan kaki kerumah arwah selepas ketiadaan dia.

Seperkara lagi yg pasti membuatkan aku terkenang arwah adalah komennya tentang gelagat anak2ku. Kata arwah..."lasak bonar, tak macam omaknyo maso kocik dulu. Cumo kuek nangis..... lain2 perfect!... Copeklah dapek anak pompuan sorang. Mesti baik macam ko & comey mcm anak Jopun. Ko dulu masa kocik sebijik mcm anak Jopun!".

Arwah sudah pergi, bersemadi ditempat yg damai. Semoga pemergiaannya dirahmati Allah & semoga dia ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman.

Al-Fatihah.........

No comments:

Post a Comment