Tuesday, February 17, 2009

Opss..... macam2 cerite....

Semalam aku uruskan pendaftaran Fakhri ke sekolah baru. Mula2 dia nampak OK. Tapi, bila cikgu bawa dia ke kelas 4 Marikh, muka dia dah berubah. Aku tgk mata dia merah. Time cikgu suruh masuk kelas, dia pandang muka aku & terus memeluk aku erat. "Adik malu"... slow jer suara dia aku dgr. Then, guru Hal Ehwal Murid datang kepada aku. Aku menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan MUHAMMAD SYAZRUL FAKHRI ni. Kemudiannya, guru tersebut mencadangkan aku membawa Fakhri ke kelas pemulihan. Katanya guru di kelas pemulihan punyai kelebihan yang tersendiri untuk memantau murid seperti Fakhri. Ke hulu ke hilir lah jugak aku time tu. Dari pejabat ke kelas, kemudian ke kelas pemulihan, pusing ke pejabat, balik ke kelas... tup tup, kaki yg dah longlai bagai tak terpijak lagi dah. Bayangkanlah, entah macam mana aku boleh jatuh kat depan bebudak sekolah menengah yg tgh perhimpunan. Malunyer..... Time tu aku agak mesti SHAHRUL ZULFAZLY nampak aku jatuh sebabnya dia diantara pelajar yg sedang dalam perhimpunan tu. Ah lantaklah!, dah nak jatuh kan, aku nak buat macam mane. Tapi dek "keterjatuhan" yg dah memalukan tu, terus badan yg longlai jadi segar balik..... hehehe.....

Aku tinggalkan Fakhri bersama guru di kelas pemulihan. Hampir pukul 3 baru aku masuk office. Petangnya, aku kembali semula ke sekolah untuk mengambil Fakhri seperti yg dijanjikan. Menurut guru kelas pemulihan, Fakhri tidak layak untuk terus berada di kelas itu. Katanya lagi, IQ Fakhri tidak lemah. Segala latihan yg diberi dapat disempurnakan. Cumanya, guru tersebut memaklumkan kepada aku yg Fakhri ada masalah emosi. Dia seakan trauma dengan herdikan guru.

Sebabnya guru tersebut (Cikgu N) mengatakan demikian, selepas Fakhri berjaya melepasi ujian di kelas pemulihan, Cikgu N telah menempatkan Fakhri ke kelas 4 Marikh. Salah seorang guru kelas tersebut (memang seorang yg tegas) telah memarahi seorang student di kelas Fakhri. Kemudiannya, serta merta Fakhri berlari keluar dari kelas dan terus menuju semula ke kelas pemulihan. Wajahnya jelas ketakutan. Beberapa minit kemudian, barulah dia menjelaskan rasa takutnya kepada Cikgu N. Cikgu yg garang tadi turut terkejut & dia telah meminta maaf kepada Fakhri. Tetapi Fakhri enggan kembali semula ke kelas. Sudahnya sehingga ke petang dia duduk bersama Cikgu N.

Sebelum pulang, aku nampak Fakhri benar2 serasi dgn Cikgu N. Aku sampaikan ucapan terima kasih tidak terhingga kerana Cikgu N mampu "tackle" anak aku tu. Sampai ke rumah Fakhri asyik bercerita tentang Cikgu N yang baik, Cikgu N yang cantik.... & beberapa perkara yg baik2 tentang Cikgu N. Kata Fakhri dia mahu teruskan persekolahan dengan Cikgu N. Permintaan Fakhri itu adalah sesuatu yg mustahil untuk aku tunaikan. Mudah2an secara perlahan2 Fakhri akan membiasakan diri di sekolah baru & bergaul dgn teman2 yg baru.

Hah! Berbalik kisah aku jatuh.... Fazly sampai jer rumah, terus tanya macam mana aku boleh jatuh.. Sah! memang dia nampak aku jatuh!.. Pergh,.... malunye aku...... aku pun buat muka seposen....."inilah pengorbanan seorang ibu, nak uruskan hal2 anak, tak ingat makan minum, sampai terjatuh2... kalo anak2 tak hargai kasih sayang & perngorbanan ibu, tak tahulah nak cakap ape...."..... (hehehe,.... luahan perasaan nak cover malu!!)..... kikikiki...

No comments:

Post a Comment