Tuesday, February 10, 2009

Dugaan buat seorang ibu...

Pernah tak kalian bayangkan, anak kesayangan anda yg disangka sudah pulih masalah psikologinya, dimaklumkan pernah cuba membahayakan nyawanya? Atau paling mudah, anak yg disangka sudah sihat, cuba mengakhiri nyawanya... Ya Allah, nauzubillah....!!!

Namun itulah yg terjadi padaku. Hampir luruh jantung aku bila berita ini dimaklumkan. Serta merta airmataku menitis, saat seorang guru mengkhabarkan berita ini lewat sehari dari hari kejadian. Aku tidak dpt membayangkan, andai malapetaka itu benar2 meragut nyawa anak aku...

Aku simpati pada Fakhri. Dia kelihatan seperti anak2 normal yg lain. Tapi ternyata, psikologinya tetap ada gangguan. Yg pasti, selepas Fazly bertukar sekolah, Fakhri tidak ceria lagi. Dia kesunyian, hilang mood utk ke sekolah. Mungkin selama ini, abangnya sentiasa dekat dengannya. Pergi dan pulang sekolah bersama-sama. Namun hakikat sebenar, anakku ini merasa kehilangan. Keyakinannya semakin goyah & membuatkan dia semakin murung.

Aku salahkan diri sendiri, krn sangkaku aku benar2 mengenali anakku ini. Namun ternyata tidak. Doktor juga sahkan anakku sudah pulih, tidak perlu menjalani terapi lagi. Tapi keadaan Fakhri sebenarnya tidak berubah. Bahkan semakin parah. Kerana baru2 ini, tanpa pengetahuanku, dia nekad terjun dari jambatan dihadapan sekolahnya. Apa masalah anakku ini? Paginya aku hantar ke sekolah. Dia salam tangan aku. Selepas dia masuk ke dalam kawasan sekolah, baru aku berlalu. Memang langkahnya longlai & tidak bersemangat, tapi aku memang tidak pernah menyangka dia menanggung tekanan yg maha hebat hingga membuatkan dia nekad bertindak demikian.

Apa yg membuatkan aku tidak berpuas hati dengan sikap guru2 sekolahnya adalah perkara seserius ini tidak dimaklumkan kepada aku. Kebetulannya, sehari selepas kejadian, Fakhri enggan ke sekolah. Aku pula tidak berpuas hati dengan keengganannya & bercadang utk bertemu guru utk mengetahui permasalahan yg melanda anak aku. Rupanya kehadiran aku ke sekolah Fakhri pagi itu mengundang cerita yg mengejutkan. Terbongkar segala kejadian yg hampir meragut nyawa anak aku! Aku kesal, mengapa gurunya tidak boleh menelefon aku sewaktu kejadian semalam. Alasannya, nombor telefon aku tiada dlm simpanan. Alasan tersebut tidak dapat aku terima, krn setiap tahun aku pasti melengkapkan borang maklumat data pelajar, (malah baru2 ini borang data pelajar yg lengkap tlh aku isi & htr).

Fakhri masih trauma. Dia tetap enggan ke sekolah. Guru meletakkan kesalahan atas bahunya. Pastinya aku turut disalahkan krn anakku bertindak mengikut emosi. Sepatutnya golongan profesional sperti itulah yg membantu aku, berkongsi beban anakku supaya tekanan tidak terus mengimpit dirinya hingga menjatuhkan dia lagi. Namun ternyata mereka tidak sanggup menambah beban dibahu, membantu aku sama2 menyelamatkan anak aku.

Aku sedih, sungguh sedih dgn sikap guru yg membidas anak aku menggunakan bahasa kasar. Memang tidak semua guru bersikap sedemikian. Ada seorang guru yg sudi menghulurkan tangan. Namun disaat Fakhri temui keyakinan dgn harapan yg guru baik hati itu berikan, kata2 hinaan terus keluar dr seorang guru yg berpangkat. Lantas itu, Fakhri yg sdah tersungkur, aku lihat langsung tidak jadi bangun!!!... Kasihan anak aku.

Aku mengambil keputusan utk merujuk kembali Fakhri ke Pakar Psikiatri Wad Pediatrik HKL. Mungkin itu langkah terbaik. Malah jalan terbaik utk Fakhri juga telah aku ambil. Aku nekad melengkapkan borang pertukaran sekolah supaya anak aku boleh bertukar kpd suasana yg lebih baik. Bukan bermakna sekolah tersebut tidak baik, tapi mungkin sikap guru2 (tidak semua) disitu tidak sesuai dgn mental anak aku.

Ya Tuhan, kuatkanlah semangat aku untuk berdepan dgn ujian ini. Setiap ibu inginkan anak yg sempurna. Sembuhkanlah anakku & kuatkan hatinya supaya dia mampu menjalani kehidupan yang sempurna seperti anak2 yg lain..... Amin

2 comments:

  1. Maya, sedihnya baca entri Maya kali ni. Semoga Fakhri akan sembuh, insyaAllah. Sama2lah kita berdoa ye. Maya juga harus tabah. Tak dinafikan, memang ada sesetengah guru yang perangainya menjelikkan. Saya dah jumpa banyak kali. Mungkin keputusan Maya untuk tukarkan Fakhri ke sekolah lain adalah lebih baik...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih lela. Sy takut tidak mampu menahan rasa hati, apatah lagi kala ni hubby jauh!... Dugaan ini terlalu berat utk ditanggung sendirian......

    ReplyDelete