Wednesday, February 11, 2009

Jiwa kaco.....

This year, tahun ke-6 aku keje dgn AP. Sehingga ke hari ini aku masih memanggilnya "bos", meski dia dah bergelar "Tuan Haji". Geli geleman nak panggil "haji" kata dia!... hehehe. Itulah bos aku, seorang yg low profile. Sikap sporting dia membuatkan hubungan kami makin akrab. Malah, ramai dikalangan teman2 yg dah mengenali bos aku ni, tak sangka kepala dia yg "ting tong".....

Lately, byk masalah yg menimpa aku. Keje yg semakin menambun, memikirkan hal anak, runsing dgn kesihatan ibu yg semakin merosot... Segalanya menyesakkan dada. Keadaan dah berubah. Dulu, masa ada hubby, at least bebanan yg aku tanggung berkurangan bila dikongsi bersama dia. Sekarang ni bukan bermakna aku & hubby tidak berkongsi masalah, tetapi kejauhan membataskan sesetengah perkara. Aku tidak mahu menambah bebanan hubby dgn masalah aku.

Alhamdulilah, bos begitu memahami. Dia tidak pernah berubah. Senantiasa meminjamkan telinganya untuk aku. Nasihatnya sungguh bernilai. Hinggakan aku rasa, aku tidak mampu untuk bertahan, tetapi dia senantiasa memberi harapan. Katanya, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Dia yakin aku seorang yg kuat. Dugaan kali ini mungkin terselindung hikmah yg tidak aku ketahui.

Hari ini aku rasa bersalah sgt2 dgn bos. Aku hanyut dgn emosi sendiri. Melayan perasaan memikirkan hal Fakhri & beberapa faktor lain yg menyesakkan dada. Malah berkali2 airmata ini mengalir tanpa disedari. Aku juga tidak menyedari betapa kelalaian aku telah membuatkan prestasi kerjaku terganggu. Hari ini sahaja, lebih dr 5 kali bos menegur kesilapan demi kesilapan yg aku lakukan. Ya Allah.... kenapa dgn aku ni? Bukan aku mengatakan yg selama ini aku cukup perfect hinggakan tidak pernah melakukan kesilapan. Tetapi teguran bos hari ini adalah untk beberapa perkara yg kecil yg selama ini pejam mata pun aku settlekan tanpa silap!..

Teguran bos tidak menyakitkan hati. Malah penuh dgn senda gurau. Tapi aku malu dgn diri sendiri. Tidak sepatutnya aku terus melayan perasaan hinggakan segalanya jadi tak menentu. Sudahnya, aku sahut usikan bos yg sememangnya sedaya upaya berusaha tidak menyinggung perasaanku dgn teguran ikhlasnya. Jawabku.... "biasala bos, budak jiwa kaco memang macam ni!. Insyaallah, esok bos dpt balik sexytari bos yg hilang hari ni!!!..."

Aku nekad untuk bangkit dr lena. Aku tidak mahu kalah dgn emosi yg lemah. Aku perlu kuat untuk memastikan aku tidak akan gagal dlm hidup!!!!....

No comments:

Post a Comment