Friday, February 13, 2009

Tukar sekolah

Beberapa hari ini aku byk memerhatikan sikap Fakhri. Kemurungan dia semakin berkurangan. Setelah beberapa hati tidak kesekolah, semalam dia bertanya kepada aku bila dia akan memulakan persekolahan di tempat baru. Aku tersenyum pada dia. Dalam hati aku berkata mungkin dia rindukan alam persekolahan. Sengaja aku katakan pada dia yg dia boleh ke sekolah pada bila2 masa. Kembali dia memandang ke arah lain. Kala itu jelas pada raut wajahnya yang dia tidak mahu kembali ke sekolah lama. Dia ingin ke sekolah baru, sekolah yang lain dari yang sekarang ini.
Setelah mengambil kira beberapa nasihat terbaik serta kepentingan emosi Fakhri, pagi ini aku ke sekolah dia untuk menguruskan pertukarannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Insyaallah hari Isnin nanti Fakhri akan memulakan persekolahan di tempat baru. Semoga penghijrahan ini akan memberi sinar baru buat anakku ini. Apa yg penting perkembangan emosinya akan sentiasa positif & dia bisa keluar dari kemurungan yg melanda dirinya.

No comments:

Post a Comment