Saturday, February 14, 2009

Memuaskan hati sendiri

Dah lama benor aku tak berjalan kat jalan TAR. Hari ni, aku teman Ros (tunang cousin aku) bershopping kat Jalan TAR. Dia mencari beberapa barang utk majlis perkahwinan yg tak lama lagi. Cantek2 belaka design2 barangan utk majlis perkahwinan masa kini. Geram pulak aku tengok. Ros pulak asyik komplen yg duit dah banyak habis. Hehehe........ Teringat pulak time aku nak kawin dulu. Mementang aku kahwin masa umur tak sampai 20 tahun. So, aku tak penat memikir pasal duit nak berbelanja itu ini. Semua duit tu ibu & hubby yg sediakan. Yg aku tahu, dorang bawa aku pilih bebarang ajer. Senang jer kan???.....



Honestly aku cakap, bila tengok barang2 kat kedai tadi, aku rasa teringin nak buat majlis perkahwinan sekali lagi!.... kuang3x......... (dalam mimpi jer la kot!!)......



Lepas berejam mengghabiskan masa memilih brg2 utk majlis Ros, aku ajak dia pulak teman aku "perabih" duit kat Sogo. Ini adalah adengan lepas geram. Supposed last week aku nak g cari new handbag dgn hubby. Dek sebab kebzan dia yang tak bersempadan, aku g sendiri la kan. Nasib baik Ros ada kat KL, ada gak kawan aku merambu. Yahooo.............



Kekadang aku ni memang tak faham dgn diri aku sendiri. Bila bengang atau sakit hati dgn "si dia", aku akan perabihkan duit (membeli barang2 aku la kan!!). Dialog Ros yg melalikan telinga aku hari ni... "biar betul Kak Su?"....Hahahaa, dia pasti terkezut bila aku sambar 3 handbag sekaligus & 4 pasang kasut!!!!.... eleh,.... itu sikit jer..... tak sampai 10 pasang pun!. Apa yg penting lepas dpt jer brg2 tu, aku sengih kepuasan. Sebab marahkan hubby, duit yg dia bagi last week aku "laburkan" kat Sogo hari ni!!..... (Mujur dia tak nampak apa yg aku buat hari ni).

Hari ni aku tersenyum kepuasan kerana berjaya "memujuk" hati aku sendiri.

2 comments:

  1. biar benar maya 3handbeg 4kasut? ni yg aku jeles ni...hehhee... tu baru marah sikit ye, kalau marah banyak mau satu Sogo kau angkut letak kat depan rumah...hahahaa...

    ReplyDelete
  2. tahu tak per... Moralnye :- jangan kasi aku marah!..... kuang3x.....

    ReplyDelete