Monday, March 30, 2009

Aku tak heran lah!

Petang ni sampai jer rumah, Faris sambut aku dgn senyuman berseri (macam iklan colgate). Bila aku hulurkan bateri kat dia, dia terus cium pipi aku. "Thank you girl..." (hehehe, semenjak dua menjak ni memang dia suka panggil aku girl & dia suruh aku panggil dia boy). Kalo dia dah ckp thank you, aku kena jawab welcome. Kalo tak jawab, memanjanglah bebel dia ngalahkan mulut janda tua!!!....

Lepas mandi, aku terus mengadap tv (nak tgk cerita ganti Spa Q tu). Then sebelum sempat aku soal, Faris dah jawab dulu. "Homework dah siap. Ibu kena sign buku spelling. Aish dapat very good." Sejuk hati dgn perlakuan Faris. Semenjak dia kena maki hamun dgn jiran aku yg gila meroyan tu, aku menangis cakap dgn dia supaya jgn nakal & buat hal. Kalo dia nakal, org akan marah & cakap benda yg tak elok pada aku. Drp dia main dekat luar, lebih baik duduk dlm rumah. Siapkan homework & baca buku supaya boleh jadi budak pandai. Alhamdulilah, Faris menjalani perintah berkurung dgn hati yg lapang...........

Tengok Faris main sorang2 dlm rumah bukan aku tak kesian. Tapi drp dia jadi mangsa kat luar rumah, biarlah dia main dalam rumah kan? Bukan main sorang, kalo aku belum balik kerja, ibu & ayah ada temankan dia. Petang giliran aku pulak. Malam, kalo Fazly ada mood, dia pulak yg layan adik dia.

Senja tadi, sementara aku bersihkan luar rumah kejap, dtglah jiran aku yg ok bertanyakan kenapa dah lama tak nampak Faris main kat luar. Aku jawab, kalo anak aku main kat luar, ada ajer harta benda org yg jahanam. Dia senyum tanda faham (sebab anak dia 5 org lelaki). Kata dia hal budak2, tak payahlah panjang2. Aku kata, aku tak pernah nak ambil kisah pasal budak2, tapi aku tak suka si meroyan tu maki anak aku sebabnya apa yg anak dia buat aku tak pernah maki. Aku sebagai seorang ibu tidak mengajar anak dgn memaki hamun, tapi kenapa dia sewenangnya nak memaki anak aku. Aku lahirkan anak aku bukan untuk jadi bahan makian orang.

Jiran aku yg baik ni kesiankan Faris yg aku kurung. Tapi aku suruh dia jenguk Faris yg ternyata happy bermain segala jenis mainan yg baru aku beli Saturday hari tu. Dia tak boring pun main kat dalam rumah....

Then dia pujuk aku supaya jgn merajuk lama2. Aku tak merajuk tapi aku terkilan. Anak orang lain juga buat silap, tapi kenapa hanya silap anak aku yg nampak? Aku tak heran anak aku tak bercampur dgn anak2 mereka sebabnya setiap hari Isnin - Jumaat, anak aku menghabiskan masa berfaedahnya disekolah dari jam 8 pagi hingga 3 petang dgn guru2 dan teman sekolahnya. Aku berbangga walau anak aku dipanggil "setan" oleh si meroyan tu, anak aku lebih bijak dr anak dia yg berumur 10 tahun!!!.... (ha amik ko!... inilah bahana kalo aku menulis dlm keadaan marah!!... Ye, aku memang masih marah dgn dia!!!!.....Ko tunggu hubby aku balik this week, aku ngadu dgn hubby aku ko panggil anak aku "setan"!!!!.....)

********maaf krn aku meluahkan rasa marah yg masih berapi disini utk tatapan kalian.....

3 comments:

  1. Adehhhh...fobia betul la kalau ada jiran camni, Maya. Kat sebelah rumah aku ni ada jiran baru pindah. Dia memang orang sini, cuma aku la kiranya orang luar. Aku tak berani nak benarkan anak2 aku main ngan anak2 dia. Aku takut perkara camni la. Aku ni lak jenis yang takleh dengar kalau orang luar marah anak2 aku. Aku marah anak2 aku, takpe. Aku tanak jadi hulk, nanti panjang lak citenya.

    Bagi aku, apa yang ko buat tu memang dah betul dah. Orang panggil anak aku jakun pun, aku boleh putus kawan ngan dia. Inikan pula gelaran setan. Mau aku smack down lak orang tu nanti...huhuhu. Ko sabar, Maya. Bagi aku, anak2 duduk dalam rumah lebih banyak faedahnya daripada bercampur ngan budak2 nakal...

    ReplyDelete
  2. wahh..rasa mcm muda la bila anak kak panggil girl kat kak hehehe...mcm couple jerkk

    ReplyDelete
  3. Lela, sebab tak nak tukar jadi "hulk", aku kurung anak aku. Letih rasanya melayan kerenah jiran yg macam org gila meroyan ni!..

    Intan,... jgn jeles Faris panggil akak "girl".. Rasa muda sokmo!... hehehe

    ReplyDelete