Sunday, March 29, 2009

Jiran yg macam haprak!

Aku memang tak faham dgn perangai beberapa jiran yg suka cari hal dgn aku pasal anak2. Memang kebanyakan kanak2 kat area rumah aku, budak lelaki. Jadi kalo dah namanya budak lelaki, paham2 je lah perangai mereka. Ada yg lasak melampau batas, ada yg suka bergaduh, mencarut & sebagainya. Aku akui anak aku memang aktif & lasak. Tapi itu tidak bermakna mereka boleh sesedap mulut memanggil anak aku dgn panggilan yg bukan2 kerana aku tidak pernah memarahi anak org sesuka hati walaupun budak tu ada buat salah dgn aku.

Aku tidak pernah mengetuk pintu rumah jiran kalo anak aku balik menangis kerana dibelasah, ataupun berselisih faham. Bagi aku itu semua perkara biasa. Malah pernah kereta control yg baru satu hari dibeli tapi dijahanamkan oleh anak orang sebelah. Ada aku kisah? Aku tak pergi serang rumah sebelah memaki mehamun ataupun mengetuk kepala budak yg dah rosakkan kereta control anak aku! Aku tak mudah mengamuk kalo kereta aku beberapa kali menjadi mangsa tendangan bola mereka yg bermain didepan rumah aku.

Tapi tahap kesabaran aku tercabar bila ada seorang jiran aku yg perangai anaknya mengalahkan "Anakku Sazali" ataupun "Jin Afrit" ska sgt menyerang rumah aku. Anak dia yg buat hal, dituduhnya anak aku. Satu hari (last week), sampai ajer aku di rumah, dia terus menerpa ke arah aku. Katanya anak aku (Faris) mengajar anak dia membuka tayar kereta orang. Ya ampun... bukan aku tidak pernah melihat "kerja kreatif" anak dia yg membuka angin kereta orang & mengumpul penutup angin tayar tu. Anak dia ( umur 10 tahun) yg buat kerja, ditudingnya jari ke arah anak aku yg kecil tu.

Bagi aku budak2 memang tak pandai berbohong. Faris menunjukkan botol yg berisi penutup angin tayar yg didiberikan oleh budak "baik" tu untuk disimpannya. Tapi sebab aku dah berangin satu badan, anak aku yg menjadi pak sanggup menyimpan hasil kutipan tu yg jadi mangsa. Mana tidaknya, badan dahlah penat, sampai ajer kat rumah, ada mulut ##%%% yg menaikkan darjah kemarahan aku... Makanya, anak yg tak bersalah tu jadi mangsa. 2-3 liang gak Faris kena penangan. Tgk anak aku kena bantai, barulah anak dia buka mulut cerita hal yg sebenar. Dia dgn muka poyo, terus tarik anak dia balik. Tuan punya kereta yg menjadi mangsa minta maaf dgn aku. Tapi aku memang dah "naik hantu" masa tu, tak ingat dunia aku marahkan anak aku. Padahal, aku tak berniat nak marahkan anak aku sebab aku tahu bukan dia yg buat semua tu. Lepas tu 2 hari Faris dikenakan perintah berkurung. Tak boleh keluar rumah.

Hari ke3 perintah berkurung, ibu tak sampai hati. Dia lepaskan jugak anak aku keluar main dgn "malaikat2" kat luar tu. Tgh sedap duduk mengadap buah mangga lepas mandi, aku dgr bising2 kat luar. Anak aku dah menangis sambil memegang reket badminton. Nampak ajer muka aku, terus mak si anakku sazali tu menjerit. "Faris panjat kereta saya. Habis wefer patah!" Aku pun tarik telinga anak aku (temper naik lebih dari 100 darjah dah!). Masa tu adalah 2-3 budak yg main sama2 dgn anak aku bagitahu Faris nak amik buah badminton. Budak2 lain tak berani amik, so Faris ni nak tunjuk terror tanpa memikirkan perkara buruk yg bakal berlaku dia terus panjat kereta tu. Lepas tu pokpek2 mulut dia panggil anak aku "setan"... ada ke patut, budak kecik macam anak aku tu dipanggil setan? Kalo tak fikir positif memang dah kena ganyang mulut pu##### tu! Memang haram jadah betul, panggil anak aku macam tu.

Aku balik amik note RM50 terus campak kat pompuan tu. Bila orang dah tak ada budi bahasa, aku pun hilang budi bicara. Sopan santun yg terpelihara aku campakkan ke tepi sebab dah berdepan dgn seorang ibu yg tidak memiliki hati seorang wanita!

Apa perasaan dia agaknya kalo anak dia yg memang macam setan tu aku panggil setan???.... Aku rasa memang patut anak dia menyetan sebab mak dia pun macam setan!!!!... Tak payahlah aku ceritakan tahap kesetanan anak dia sebab aku tahu bila budak tu besar nanti dia akan berubah (insyallah...)...

Sabtu, aku ajak Fazly temankan aku cari mainan utk Faris sebab aku tak nak anak aku main dekat luar. Biarlah dia main sorang2 dalam rumah. Aku bukan nak suruh anak aku jadi kera sumbang, tapi dr bercampur dgn mak kera dekat luar tu yg boleh merosakkan mentality anak aku dgn sumpah seranah dia, aku rela anak aku duduk dalam rumah.

Mak kera tu memang tak sedar diri, awak tu pendatang (bukan pendatang asing, tapi penyewa) tapi berlagak macam dah berpuluh tahun duduk situ. Aku yg sejak kecik duduk kat situ tak de pn nak berlagak, serang2 orang sesuka hati. Memang jiran macam tu jiran yg haprak!!!!...

2 comments:

  1. aku penah hadapi jiran gile gini. penah anak jiran aku tu main bola, sepak bola kuat2 kete laki aku jadi tiang gol diorg. habis kemek2. laki aku tegur la -main jauh sikit-. bapak bdk tu dtg siap sinsing lengan ajak laki aku gaduh. nasib baik laki aku jenis penyabar. tapi laki aku cakap dpn je -nak bertumbuk boleh, tapi biarle kena dgn sebabnya- lps tu, bini dia lak msm2 muka dgn aku... hek eleh! aku memang fobia dpt jiran gini. nasib baik diorg dah pindah tu pun sebab tak byr sewa 6 bulan...

    ReplyDelete
  2. jiran macam ni aku rasa yg memang tak reti semangat kejiranan. Rasanye tempat yg sesuai utk dorang adalah hutan. Duduk dlm hutan, kawan dgn ketek, baru sesuai!!.... eei, geram aku tak habis lagi ni.....

    ReplyDelete