Friday, March 6, 2009

Tak sabar nak jumpa anak aku

Sejak akhir2 ni aku terlalu sibuk dgn hal2 family selain dari hal office. Memang family selalu menjadi keutamaan aku. Apatah lagi skrg ni, salah seorang dari anak aku terpaksa berjauhan dari aku. Kepada yg tidak memahami, akan menganggap aku terlalu emosi. Aku akui kebelakangan ini aku menjadi seorang yg terlalu sensitif hinggakan begitu mudah menangis, merajuk ataupun naik angin. Tapi salahkah? Salahkah aku jika aku merindui anak aku? Bagi aku tiada siapapun yg berhak menyalahkan aku kalo aku emo kerana merindui anak aku. Setiap hari aku terbayangkan kenakalan dia, kemanjaan dia dan segala2nya tentang dia. Bayangkanlah, semenjak seminggu lalu dia berada di TI, aku langsung tidak diberi peluang berbicara dgn dia di dalam telefon. Pada siapa aku nak mengadu?

Petang semalam, bila aku cl kakak ipar aku minta bercakap dgn Fakhri, niat aku gagal krn katanya anak aku belum pulang dr mengaji. Malam tadi, aku menangis semahunya bila hubby pula enggan menyerahkan telefon pada Fakhri. Kata hubby Fakhri tgh buat homework, & dia tak mahu aku mengganggu tumpuan anak aku. Tambah hubby lagi, Fakhri baru menyesuaikan diri dgn keadaan baru disitu & dia tak mahu Fakhri hanyut dlm kesedihan lepas dgr suara aku. Habis tu aku yg dah banjir dgn kesedihan & kerinduan ni, buat tak tahu ajer. Sudahnya aku ckp dgn hubby, aku tak mahu anak aku simpan perasaan dlm hati & memikirkan bhw aku sengaja tinggalkan dia disana jauh dr aku. Hubby terus memujuk & memujuk hingga akhirnya aku terus letkkan telefon dgn perasaan hampa.

Niat di hati aku nak balik TI lagi weekend ni. Tapi hubby awal2 dah cakap, dia yg akan balik KL dgn Fakhri. Betul atau tidak, aku pun tak tahu. Ya Allah, tak sabar nye nak tunggu weekend!!.... Nasib baik hari ni dah Jumaat...

2 comments:

  1. Masa baca cerita Maya ni, rasa macam seorang bapa tak benarkan anak perempuannya bercakap dengan jejaka pilihan hati lak...hehehe. Sabar bebanyak ye Maya. InsyaAllah, balik la nanti mereka tu. Kalau tak jadi balik, Maya menyusul la ke TI pulak...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Lela, kalo aku punya sayap, skrg jgak aku terbang!! huaaaaaaa

    ReplyDelete