Friday, April 24, 2009

Hero dihati aku...

Kebelakangan ni rasa rindu pada along membuak2. Ibu pun sama. Hari2 sebut nama along. Bising mulut ibu bila muka along masih nak nampak2 walau aku dah berkali2 call dia.

Malam tadi, mata ni susah nak lelap. Aku pun kemaslah rak2 buku aku. Terjumpa pulak album lama yg ada gambor2 aku dgn along masa kecik2 dulu. Syahdu jer rasa. Terimbas semula kenangan zaman kita org kecik2 dulu. Time tu, along jaga aku macam "princess"... Saper2 yg buli aku, dia bantai. Aku pun mula naik tocang. Bila ade jer budak yg usik, aku report dkt along. Padan muka deme yg suka buli aku tu!!!....

Lepas tu aku terjumpa gambor along dgn best friend dia masa sekolah kat Bt 9 Cheras. Abg Faiz nama dia (kat mana agaknya abang faiz ni?).... Kawan2 along dulu sume layan aku dgn baik. Teringak gak bila time raya, seronok berjalan ramai2 g beraya. Puas beraya dlm kem, we all g berjalan lak sampai ke Tmn Cuepacs.... hehehe.... memandangkan aku yg paling kecik, sumer org amik berat sgt kat aku... Terasa benar2 disayangi!!...

Aku dgn along ada simpan kenangan yg sukar utk dilupakan jugak (selain kes kena kejar anjing giler... hehehe)...

Ayah aku dulu polis hutan. Kami duduk kat Kem PPH Cheras. Ibu pulak masih mengajar kat area Sentul. Bila balik dr sekolah, kami tumpang rumah Cik Pah sampai ibu balik. Suatu hari, Cik Pah balik kg, balik ajer dr sekolah, aku dgn along & beberapa org teman dia merancang nak pergi ke jeram. Sebelum sampai jeram, kami kena melalui pagar yg dijaga oleh beberapa org polis hutan. Entah macam mana time tu, line betul2 clear. Kami 6 orang dpt menyusup bawah pagar & terus masuk ke hutan (kat atas bukit).... Tak sangka air terjun dia cantik. Kami main bergayut2 pada akar pokok macam tarzan, sambil terjerit2... Syok tak ingat dunia!!!...

Tiba2...... along Nora (kawan along aku) jatuh dr akar tu. Kepala dia terhentak batu & berdarah. Aku panik & menangis. Nasib baik along aku cekap. Kebetulan juga luka tu tak besar sangat. Lepas je along nora ok, kami pun cepat2 le berangkat pulang. Kena tahan la pulak dkt gate tu. Nasib baik, kawan ayah (Abg Alwi) yg jaga pagar. Dia lepaskan kami dgn "last warning". Kata dia nasib baik dpt luka kecik, kalo mati atau jumpa harimau dlm hutan, saper yg nak jawap?... betul juga la kata dia.... eei... nauzubillah

Zaman kanak2 kami penuh dgn kisah adventure... (hehehe, along aku lasak ngalahkan komando!)... Tabik kat along, mana dia g tak pernah lupakan aku. Bila bahaya dtg, dia cepat2 mencari jaln keluar selamatkan keadaan. Along aku memang hero!!!...

Tapi sayang. Masa berlalu, along pun berubah. Keadaan kini tidak lagi seperti dulu. Aku pernah cemburukan along bila dia kahwin dgn K Ayu. Tapi alhamdulilah, K Ayu baik sgt dan membuatkan hati aku berubah. Sudahnya aku menerima & menyayangi K Ayu lebih dr segalanya. Dia kakak yg paling baik didunia ini. Kini along semakin hanyut dgn dunianya sendiri.... dia bukan sahaja lupakan aku, adik kesayangan dia, tapi dia bagai melupakan ibu, K Ayu & juga anak2nya....

Salah siapa semua ini berlaku? Aku pernah berbicara hati ke hati dgn along. Penyesalan nampak dari wajahnya. Tapi dia kata, andai Tuhan dah takdirkan jodohnya melebihi dari 1, salah diakah?.. Kataku, tak salah andai dia berlaku adil........

Mungkin along semakin jauh dari aku. Tapi kasih sayang kami tetap hangat. Aku tetap sayangkan along, & aku yakin dia masih sayangkan aku. Mengapa aku yakin?... Sebabnya, pagi tadi along call aku pukul 4.30 pagi semata2 bertanyakan keadaan aku & ibu.

Aku tahu along rindukan kami. Dia malu dgn kesilapan yg telah dilakukan membuatkan dia menjauhkan diri..... Bagi aku, walau apapun yg berlaku, dia tetap abang aku, darah daging aku... dan juga hero dihati aku yg paling hebat!!....

No comments:

Post a Comment