Wednesday, April 8, 2009

Tragedi Kari Telur


Aku sedey betul hari ni......


Pagi2 tadi, lepas siapkan Faris, aku terus g keje coz aku kena g awal hari ni. Faris pulak nak breakfast dulu. Kebetulan ibu masak nasi goreng ayam kesukaan Faris. Berselera betul tgk dia makan pepagi. Lepas cium pipi gebu Faris, aku pun g keje.


Sampai jer kat opis, client yg kata nak dtg sign doc pukul 9.00 a.m tu x jadi dtg. Memang siot!!... Aku dah la terkejar2 sampai tak sempat htr anak aku g sekolah. Lepas tu sesenang jer ckp x jadi dtg. Time aku kata jgn dtg pepagi, sibuk nak dtg pagi. Kononnya pagi2 senang.......Tapi apa nak buat, itulah ragam customer kan?....


Tgh aku keluarkan fail utk mention next week, hubby call. Dia bagitahu yg dia dpt urgent call dr cikgu Faris. Aku pun terkezut la. Selalunya kalo ada apa2 hal Karen teacher akan call aku terus. Agaknya dia dah kelam kabut, "ter"call hubby aku!....


Cuba bayangkan perasaan aku bila hubby cakap Faris on the way g clinic. Dia jatuh kat sekolah, dagu dia luka & perlu dijahit.... Kesiannya anak aku. Macammana boleh jadi begitu???....


Aku terus call ayah minta dia cepat2 g sekolah Faris. On the same time aku call Karen Teacher. Dia kata anak aku ditolak & terjatuh. Dagu dia luka & perlu dijahit. Doctor Gill pun cakap dgn aku utk minta permission jahit dagu anak aku....


Bila insiden macam ni berlaku disekolah, aku tidak cepat melatah. Aku tidak menyalahkan anak sesiapa yg memang aku tahu telah tanpa sengaja TERTOLAK anak aku. Kanak2 seusia Faris memang sdg dialam keseronokan. Aku tidak mahu mematahkan semangat keriangan mereka dgn menyergah teman Faris yg telah melukakan dia.


Tengah hari tadi aku bergegas pulang untuk menjenguk Faris. Kasihan hensem boy, dah bertampal dagu dia. Dia pun bgtahu yg dia tak boleh ckp banyak & tak boleh makan. Aku senyum ajer... Time tu ibu tgh pujuk Faris makan.


"Opah masak kari telur...."


Aku rasa bersalah. Benar2 bersalah. Kerana semenjak hari Isnin Faris meminta aku masakkan kari telur untuk dia. Aku berjanji untuk masak pada hari Sabtu nanti. Tapi sebelum sempat aku masakkan untuk dia anak aku dah ditimpa tragedi... Ya Allah, akukah yg bersalah?


Maafkan ibu, anakku......

Faris time montel & gebu......

2 comments:

  1. ish, maya, takde sebabkan kari telur lak. jangan le rasa gitu, kemalangan ni berlaku di mana2.

    ReplyDelete
  2. ye la dina, selalu apa yg anak aku nak makan, aku terus masak.... bila dah jadi macam ni, aku rasa macam teruk sgt...... Tapi alhamdulilah, anak aku kuat semangat. Mudah2an cepat kering jahitan dia tu...

    ReplyDelete