Wednesday, April 8, 2009

Ibu & ayahku melenting kerana......

Tengah hari tadi aku g sekolah Faris. Tujuan aku nak bertanyakan pasal bayaran bil klinik. Tiada sebab lain. Kebetulan sewaktu aku sampai, murid2 tgh berkumpul. Terus ajer budak pompuan yg tertotak Faris tadi dtg minta maaf. Muka dia nampak pucat sekali. Kasihan aku tengok. Aku sekadar senyum sambil mengusap kepala dia dgn penuh kasih. Aku tidak meletakkan kesalahan pada kanak2 itu kerana aku tahu dia sendiri tidak pernah minta agar kejadian buruk itu berlaku.

Aku dimaklumkan bahawa Karen Teacher sdg menguruskan claim insurance utk Faris. Dia juga minta maaf kiranya kelalaian dr pihak guru2 membuatkan kejadian seperti hari ini berlaku. Apa yg perlu aku katakan lagi. Cuma aku berpesan dgn baik agar mereka perlu lebih berhati2 krn peristiwa sprt hari ni akan berlaku pd bila2 masa. Kanak2 seusia mereka tidak pernah memikirkan akan perkara negatif kalo kita tidak menerangkan kpd mereka. Mungkin aku bersikap terbuka tidak meletakkan beban kesalahan pd bahu mereka. Andaikata ada parents lain yg mungkin tidak bersikap terbuka. Apa implikasi kepada para guru? Silap haribulan, guru2 akan disalahkan krn lalai, kanak2 yg menyebabkan kecederaan kpd kanak2 lain turut disembur.

Kerna itulah yg terjadi kpd aku bertahun dulu. Waktu itu Fakhri baru berusia 6 tahun. Teman tadika Fakhri terluka sedikit krn ditolak sewaktu mereka bersenam diluar kelas. Mungkin kanak2 itu anak emas ibu & ayahnya (bagi aku kesemua anak aku anak emas! hehehe). Mereka menyerang anak aku sampaikan anak aku takut hendak ke sekolah. Kemudiannya dtg ke rumah aku menyerang ibuku yg hampir pitam dgn kata2 kesat mereka. Akibat dr kejadian itu, berbulan Fakhri tidak kesekolah. Sampaikan aku terpaksa minta adik aku jadi bodyguard supaya anak aku tidak diserang oleh parents budak tadi yg sememangnya cetek pemikiran! Sudahnya anak aku langsung tidak menghabiskan tadikanya !...

Berbalik pada hal Faris tadi. Emosi aku mampu dikawal. Tapi rupanya ayah sudah melenting. Dia benar2 bimbangkan cucunya. Ibu juga membebel bila dpt tahu aku tidak complaint apa2. Malah ibu siap mengungkit perihal bayaran yuran yg tinggi yg aku keluarkan setiap bulan untuk Faris. Aku pun tak faham kenapa lately ibu & ayah cepat naik angin. Ibu juga pernah mengajar tadika suatu ketika dulu, patunya ibu fahamlah kan.....

Rupa2nya,... ibu & ayah bengang. Bila time anak aku kena, kami diam. Bila time anak org lain kena seluruh pelusuk alam membising!!.... hahaha,.... aku ckp dgn ibu & ayah. Kejadian kat sekolah, tiada kena mengena dgn keadaan kejiranan kita yg memang haprak tu!....Kalo anak aku cedera angkara anak jiran aku yg mcm sial tu, cepat2 la aku g report police terus. Baru padan muka dia!!!........

2 comments:

  1. anak aku penah kena baling dgn mainan yg keras di dahinya oleh kwnnya di sekolah sampai berdarah. aku pun mcm kau tak reti nak melenting, hal budak2. tapi rupanya abah dia tak nak diamkan hal tu, dia jumpa cikgu anak aku dan cikgu taski tu pula yang komplen kat aku laki aku garang sangat. huhuhu... tapi kdg2 kerana anak ni kita boleh jadi emosi...

    ReplyDelete
  2. agaknya kalo hubby aku ada kat sini, dia pun melenting sama mcm hubby ko.... mlm tadi dia bebel kat aku, tanye kenapa aku x sound cikgu anak aku or jumpa mak budak yg tolak anak aku tu..... isyh, x kosa aku nak panjangkan citer.... anak aku tetap nak sekolah kat situ gak....

    ReplyDelete