Friday, July 10, 2009
Salam terakhir...
Aku mengundur diri bukan kerana kecewa, tapi sekadar utk berehat seketika...
Ibu, terima kasih krn meminjamkan nama "Maya" untuk aku abadikan di ruangan ini.
Buat teman2 yg pernah bertandang disini, terima kasih atas kunjungan & huluran persahabatan kalian. Dina, tahniah atas kelahiran novel sulung. Aku akan dapatkan secepat mungkin & harap2 1 hari nanti ko sudi bg autograph kat aku yek!... hehehee..... Lela, 1 masa nanti mungkin aku nak pi terjah gak kolam keli ko tu..... hahaha...... Yg pastinya, meski aku tak memenuhi ruangan aku ni, aku akan menjenguk ruangan kalian. Kita tetap dekat meski tak pernah bersua (cewah!!)...
Kpd yg pernah terasa hati dgn coretan aku, maafkan diri ini yg serba kekurangan. Kadangkala sesuatu yg tidak terluah dgn kata2 hanya bisa dicoretkan utk melepaskan segala rasa yg terpendam......
Salam akhir, salam yg teristimewa buat semua..... Muahhhhhhhhhhhh.....
Wednesday, July 8, 2009
Kembali mencoret
Kehidupan masih berjalan seperti biasa. Novel2 cinta & motivasi yg makin memenuhi rak dikamarku adalah teman yg tak pernah jemu menemani hari2 sepiku.
Seorang teman berkata, walau sedalam mana hatimu karam kerna kesedihan & kepedihan, teruslah melangkah krn kekuatan itu dlm dalam dirimu. Semangat juang tidak akan patah selagi kau meniupkan api ketabahan. Sendirian tidak bermakna keseorangan. Terima kasih teman krn tidak pernah jemu memberi kekuatan meski dirimu sendiri sedang terluka.
Pejam celik, bulan Jun sudahpun berlalu. Jun yg berlalu bermakna telah 2 tahun arwah Efat pergi mengadap Ilahi. Kehilangannya secara tiba2 masih meninggalkan kesan yg mendalam. Al-Fatihah buatmu teman.....
Julai yg hadir turut membawa ingatan ini singgah pd detik kehilangan lalu.... Ye, 9 Julai tiba lagi. Bagai tidak percaya sudah 16 tahun abg F pergi. Kenangan bersamanya masih terpahat diruang ingatan. Kesedihan masih berbaki bila ingatan terhadap dia hadir. Namun aku pasti, dia telah aman disana. Al-Fatihah.....
Inilah yg dinamakan kehidupan. Selagi nadi masih berdenyut, suka & duka itu pasti datang silih berganti. Tertawa tidak bermakna kita gembira, menangis tidak bererti kita berduka. Kejarlah bahagia selagi kita terdaya.........
Monday, June 8, 2009
Pergilah............
Tanpa perancangan
Aku sampai ke TI
Niat hati cuma satu
Nak bertemu putera kedua yg amat dirindui
Alhamdulilah....
Perjalananku dipermudahkan
Bertemu si jantung hati
Melenyapkan rindu didada....
Sayangggggggggg anak ibu!!!.......
*************
Demi Tuhan
Aku akui aku masih sayangkan si dia
Bertahun hidup bersama mana mungkin kulupa segalanya
Memang kami tidak pernah bersumpah sehidup semati
Tapi kami pernah mengikat janji
Suka & duka dilalui bersama
Mungkin
Memaafkan adalah jalan terbaik
Meski parut dihati masih berbekas
Mungkin
Memberi peluang kedua
Keputusan yang adil dari aku untuk sidia
Mungkin juga
Pengorbananku ini demi anak2
Kerana perjalanan mereka masih jauh
Mana mungkin aku tega
Menyakiti hati mereka
Demi menjaga hati sendiri
**************
Perjalanan tanpa perancangan ini
Memberi sedikit ruang untuk aku
Mencari jalan penyelesaian
Bagi kekusutan antara aku dan si dia
Semoga mendung akan berarak pergi
Berganti sinar yg bisa menerangi langkah perjalanan ini....
Pergilah sepi
Pergilah duka
Pergilah.... pergi...............
Friday, June 5, 2009
Luahan dari sudut hatiku....
Begitulah juga hati aku
Sengaja aku menyepikan diri
Mencari secebis ketenangan
Juga mengumpul kekuatan
***********
Hidup ini memang umpama roda
Bahagia atau derita
Suka ataupun duka
Hadirnya silih berganti
Meski demikian, siapalah kita
Untuk menolak kehendak Takdir
************
Kata ibu
Jika kita menangis semalam,
Belum tentu kita akan meratap sehingga esok
Kata ayah juga
Andai kita tertawa hari ini
Belum pasti sampai lusa kita akan gembira
Dugaan yg datang menguji keimanan
Redha & pasrahlah .....
*************
Beginilah kehidupan aku kebelakangan ini
Sedih & kecewa menjadi teman
Airmata pengubat nestapa
Gundah & gelana hanya aku yg mengadap!!!!...
*************
Ya Allah
Tetapkanlah hatiku
Kuatkanlah keimanan
Kurniakanlah kesabaran
Kerana aku tidak mahu gagal!!!..............
Sunday, May 24, 2009
Korban rambutku
Hari ini, atas sebab2 tertentu & rasa sakit hati kpd "dia", aku mengambil keputusan utk mengorbankan rambut aku yg baru nak panjang balik ni. Amoi saloon tu pun soal 2-3 kali bila aku ckp potong pendek. Dia tgk aku confident mengangguk, terus dia zappppppppp...... hah, comel gak rambt baru ni.... Kata Liza, macam anak cina sesat.... kahkahkah.....
Imej baru ni kukira akan merawat hatiku yg terluka...........
Terlerai rindu
Ibu dah ok sikit last wednesday, tp demam Faris berlanjutan sampai Friday. Rindu ayah dia agaknya sebab ayah dia sampai je petang tu, terus segar.......
Minggu ni rindu aku pada Fakhri terlerai. Meski cuma 2 hari bertemu, aku habiskan sebanyak masa yg ada bersama dia. Hati aku sebak waktu melepaskan dia balik pagi tadi. Sedih rasanya & tak sanggup lagi nak berpisah. Bagi aku biar otak ni berserabut byk mana, tapi bila ada anak2, hidup aku terus tenang. Anak2lah tonggak kekuatan utk aku terus bernafas walau dalm apa keadaan sekalipun!...
Monday, May 18, 2009
Bagi aku masa.....
Mlm tu pula along call aku minta maaf sebab tak tunggu aku balik kerja. Dia kata nak cepat. Padahal aku tahu, along tak nak aku jumpa dgn "kakak ipar"baru. Dia tak nak hati aku pula yg terguris. Along tahu aku memang sensitif. Paling tidak, aku rasa along tak nak aku luahkan kemarahanku pd "perempuan" tu!..... (mmmm, tahu tak per.....)
Hari ni, balik je kerja, aku tgk ibu dah berbungkus. Demam katanya. Faris pun demam juga. Aduhai..... Oli pulak ada emergency, lepas htr aku, dia pinjam kereta kejap. Mcm mana nak bw ibu dgn Faris g klinik....
Aku call along. Lepas Maghrib, along sampai bw ibu dgn anak aku g klinik. Mula2 aku memang nak ikut sama, tp bila tgk ada "alien" dlm kereta, niat aku terbantut. Mata aku tiba2 berair. Kalaulah K Ayu yg berada dlm kereta tu, dah lama dia turun dan membantu aku memimpin ibu. Tapi ternyata dia "alien".... Lepas along bising2 sound dia, baru dia keluar dan memimpin ibu masuk kereta. Dia dtg dekat pada aku & menghulurkan salam. Cantik.... Dia memang cantik, tapi budi bahasa tak cantik langsung. Aku tak nak sambut tangan dia, tapi along "berdehem" penuh makna. Sikit je aku sentuh. Bukan aku sombong, tapi aku benar2 rasa benci!!!..... Tanpa sedar air mata aku menitis. Along mendekati aku dan bisik pd aku yg dia tetap sayang aku mcm dulu. Aku tersentuh....... Kalaulah aku boleh dpt balik along mcm dulu2.........
Tapi aku tersilap penilaian ke??..... Balik klinik, "perempuan" tu yg memimpin ibu, menyuap ibu makan dan memberi ubat. Hati aku tersentuh. Kebencian dah buat aku tersalah menilai dirinya. Mungkin dia dah merampas sebahagian kasih syg dr K Ayu, tapi aku tidak boleh 100% menyalahkan dia. Mungkin ada kebaikan dia yg aku tak nampak.
Apa yg aku harapkan along akan menemui kebahagiaan & terus menempatkan K Ayu & anak2, ibu & aku ditempat yg paling indah dlm hatinya.
Along kini dlm proses berpisah dgn yg no 2 sebabnya yg no 2 tu sombong & langsung tak boleh berbaik dgn K Ayu jauh sekali nak dtg rumah jenguk ibu. At least yg "baru" ni sedang berusaha memenangi hati ibu..... Mudah2an yg "baru" ni boleh membuka pintu hati along menjadi lebih adil dlm keluarga.....
Aku doakan segalanya yg terbaik utk kebahagiaan keluarga kami.....
Along, maafkan adik sebab belum dpt membuka hati sepenuhnya menerima "kakak ipar baru"... Bagi masa sikit yek!!!......
Thursday, May 14, 2009
Sakit hati tak?
1) org amik harta benda korang tanpa kebenaran & tak reti2 nak pulangkan.... bila kita call or sms dia ignore ajer..... (aku rasa mcm nak report police dah ni!!!!)
2) org pinjam duit & tak reti2 nak bayor. Bila kita minta, buat muka poyo mcm tak der dosa jer tak bayar hutang org..... (lain kali jgn harap aku nak bagi pinjam!!!)
3) org tak reti nak berterima kasih bila korang dah tolong buat keje2 dia yg melambak time dia cuti panjang........ lepas tu siap komplen itu ini.....potpet..... (kalau ada jarum, memang aku jahit mulut dia!!!)....
4) org yg suka mendesak minta anda buat keputusan bagi sesuatu yg tak masuk akal!!!.... (kalau tak dia masuk Tanjung Rambutan, akulah kena cari tempat kat sana kot!!!)
Aku memang sakit hati, dah tak tertahan2 lagi dah ni...... Kalaulah boleh, aku nak hantar "service" hati aku bagi hilang semua rasa sakit ni.............
Wednesday, May 13, 2009
Jika kau kekasih....
Linda - Jika Kau Kekasih
Tidak kau terasa beban yang aku pikul
Menyeksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan
Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti
(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidupku dalam kerunsingan kasih
Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti
(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Bilakah kau akan mengerti
(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Kasih…
Sunday, May 10, 2009
SELAMAT HARI IBU
Ucapan ini istimewa untuk semua wanita yg bergelar ibu.....
Semalam Faris hulurkan sesuatu yg istimewa buat aku. Dia buat di sekolah bersama cikgu. Ucapan ringkas tertulis... i love you mummy, from Faris membuatkan aku terharu. Anak kecil inilah sumber kekuatan aku masa kini. Thank you sayang!!...
Untuk ibu, sajak spontan ini khas untukmu.... Adik sayang ibu..................... Muaahhhhh....
Ibu,
Kasihmu sesegar embun pagi
Yg senantiasa memberi kesegaran
Pada diri ini
Ibu
Walau hatimu pernah dilukai
Kasih sayangmu tidak pernah terhakis
Saban hari kau titipkan kesabaran
Membesarkan kami tanpa merintih
Senyuman sentiasa terukir dibibir
Meski kami tahu kala itu hatimu sedang menangis....
Terima kasih Tuhan
Kerna memberi kekuatan pada ibu
Bersusah payah menempuh badai
Tanpa kekuatannya
Tidaklah kami bisa mengecap bahagia seperti hari ini
Ibu
Terima kasih atas kasih sayangmu
Terima kasih atas segalanya!!....
Thursday, May 7, 2009
Ikan bakar...
Anak sedare hubby & kengkawan pun nak join. They all g cari ayam la pulak. Kononnya nak happening malam nanti... Lantaklah kome......
Memang syok la bila berkumpul sekali sekala. Terasa macam hari raya la pulak. Aku nak tempek gak gambor 2-3 keping kat sini yek...... Memang sodap giler lah!!!....
Wednesday, May 6, 2009
PULANGKAN!!!!!!!!!!!!!!!.....
Kebetulan time aku nak balik TI hari tu, satu beg buku aku tertinggal. Sewaktu ketiadaan aku, sepupu aku (yg memang tak rapat dgn aku) tersesat. Ibu cakap, minah tu dgn selamba telah mengambil 3 novel baru yg belum aku habis baca...... huaaaaaaaaaaaaaaa......................
Kenapa minah selenga tu bawa balik buku aku walapun ibu cakap buku2 tu aku belum baca. Dia kata nanti dia pulangkan. Tapi bila? Sebabnya dia tu 10 tahun sekali pun susah nak jejak rumah aku. Hari tu pun entah angin mana yg hembus dia tuptup sampai kat rumah aku.....
Ooi, minah selenga..... kembalikan.... pulangkan..... pulangkan buku2 kau tu.....
Aku sayang JANGAN KAU TANGISI, sebab Ebriza yg manis tu dah tenyeh kat buku tu.
Aku sayang SALJU SAKINAH & BUKAN YG PERTAMA sebab buku2 tu buku PTS yg pertama menjadi koleksi aku..... Ketiga2 buku tu aku beli masa bookfair.....aku berpenat lelah meredah ribuan org, tuptup ko amik buku aku yg belum aku baca !!!!!..... Saper tak bengang????...
PULANGKANNNNNNNNNNNNNNNNNN.............. Pulangkan buku2 aku yg ko amik. Sengal!!!!......
Mcmana aku nak kasi otak clean? Balik ajer holiday, ada pulak minah sengal dah CURI harta aku tanpa izin!!!!....
Sesudah relax
Pagi Jumaat (01.05.2009), seawal 7.30 pagi aku & Faris dah bertolak balik TI. Hubby memang dah planning nak bawa kami bercuti ke Pangkor. Lagipun dah berapa kali postponed nak kesana kan?... Yg menyedihkan hati, si bujang aku tu, Shahrul Zulfazly tak dpt ikut coz Saturday dia ada something yg more important kena attend kat sekolah dia. Makanya dgn berat hati, aku meninggalkan anak aku dgn ibu. Aku meneruskan perjalanan ke TI utk bertemu hubby & Fakhri. Pukul 9 lebih aku sampai TI, salam2 dgn Yong & suami dia kejap. Then kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor. Hubby bising gak sebab aku tinggalkan Fazly. Tapi nak buat macam mana? Budak tu dah bujang. Lagipun dia utamakan hal2 yg berkaitan aktiviti sekolah, tentu aku tak kisah. Fakhri pun bising tak dpt jumpa abg kesayangan yg dia dah rindu giler...... Nak buat cemana dik, abg sekolah.........
Alhamdulilah, budak 2 org tu nampak happy. Aku pun terlebih happy. Rasanya memang dah lama sgt kami tak habiskan masa santai sebegini. Makan sama2, borak2, jejalan mencuci mata bersama, tertawa & bergurau senda bersama... dan segala mcm lagilah. Tetapi sesekali hati ni dok teringat kat Fazly yg ditinggalkan jauh kat KL. Terasa lain sebab tak cukup corum......
We all stay kat Purnama Beach Resort, Teluk Nipah. Nak dijadikan cerita, tanpa disangka2, malam tu blackout seluruh Pangkor. Gelapppp.... Faris memekak sebab panas. We all keluar ambil angin, dia bebel gelaplah,... itulah, inilah..... Nak makan, kebanyakkan tempat dah full. Alamatnya tukar planning. Drp nak makan yg sodap2, terpaksa makan burger. Ayah depa kata, postponed esok makan sesedap.... Kesian anak2 aku. Nasib baik gak elektrik ok sebelum tgh malam. Kalo tak naya anak2 aku tido berlengging...... hehehe.....
Keseluruhannya memang bestlah sebab dpt luangkan masa dgn anak2. Seluruh perhatian untuk dorang. Fakhri & Faris nasib baik tak lebam, asyik berjemur tepi pantai & mandi laut. Aku memang terus terang cakap, bukan jenis kaki melepak kat pantai jauh sekali nak mandi laut. Panas oooo..... kulit aku ni memangle sensitip bangat!!!!......Tapi demi anak2, aku rela memanaskan diri.
2 malam stay kat Pangkor. Sebelum balik TI semula, we all singgah jap Teluk Batik. Saje ajak bebudak tgk pantai kat situ pula. Amikla 2-3 keping gambor buat kenangan. Tapi apa yg pasti, Fakhri kata, cuti panjang nanti nak dtg Pangkor lagi ajak abg Fazly dia. Insyaallah anak2ku.....
Harap2 balik dr bercuti ini, otakku bisa clean. Buang semua rasa2 yg tdk enak itu...... hohoho.....
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Andai itu takdirnya.....
Aku akui aku & dia telah lama mengaku saudara. Sedih dia, terlukalah aku, gembira dia, tersenyum jugalah aku. Apa yg aku kesalkan disaat dia dirundung duka & nestapa, tiada sesiapa keluarga terdekat yg sudi menghulur tangan. Kadangkala aku lihat dia terkapai2 sendirian mencari erti bahagia. Senyuman dia beberapa hari ini sekadar dipaksa2, sedangkan gelora dihati hanya dia seorang yg mengerti.....
Buatmu sahabatku, apa jua ketentuanNya terimalah dgn hati yg tabah. Andai perpisahan itu takdir dariNya, kuatkanlah semangatmu demi kebahagiaan mendatang. Aku tetap disini, akan menemani dirimu, memberi kekuatan & sokongan seadanya.
"Aku sayang kau. Kita tak ade sesiapa... Kau ada aku & aku ada kau.........." Itulah yg selalu kami ucapkan bila ada diantara kami yg sedang terluka hatinya....
Monday, April 27, 2009
PBAKL @ Part 2
13 buku baru (alamak, Salju Sakinah Liza dah bawa lari dulu.....)......Mmm... buku2 yg beli last week, baru baca 1 1/2.... (Aku Ada Kamu dah habis... Jgn Kau Tangisi, tgh baca.... hihihi)...
4 buku yg aku beli kali ke-2 krn tak dipulangkan oleh peminjam terdahulu... Lepas ni, kirim salam aku nak bagi pinjam lagi....
Tgh aku cuci mata kat booth PTS, terdengar annoucement akan kehadiran penulis buku Ayat2 Cinta.... Fullamak.... rezeki aku la hari ni. Aku ajak Liza stay, nak tengok rupa penulis tersohor tu.... Habiburrahman EL-Shirazy (Kang Abid)...
Sementara menanti kehadiran Kang Abid, kami tengok persembahan kanak2 dari Akedemi Bingkas kebayan. Seronok melihat persembahan mereka yg menarik. memangberbakat betul budak2 tu....
Berbakat tau budak2 ni!....
Pukul 5 lebih,..... Kang Abid pun sampai. Seblum dia sampai, aku terbayang muka dia ala2 si Fahri (yg berlakon AAC tu.......). Ternyata itu cuma khayalan aku. Muka Kang Abid rasanya lebih mirip kpd pelakon Mahmud Ali Bashah (pendapat aku la....) Tapi memang muka dia muka org beriman, sampaikan aku segan nak minta bergambar sama. Sebabnya, aku tak menutup aurat...hehehe (sedar pun!!!)....
Sewaktu menunggu pelancaran Filem Ketika Cinta Bertasbih, (Kang Abid masih belum naik pentas), aku nampak ada seorang wanita berseluar (tapi bertudung) dtg menghampiri Kang Abid. Dia memberi salam & menghulurkan tangan. Aku terkezut dgn tindakan wanita itu krn sudah pastinya dia tahu penulis novel Islamik seprti Kang Abid pasti membataskan segala pergerakannya. Kang Abid tidak menyambt huluran tangannya tetapi menundukkan kepala (macam org Jepun pulak) sbg tanda hormat. Isyh... pompuan tu pun satu, kalo ye pun excited, jgn la sampai memalukan diri sendiri. 2-3 orang pompuan kat belakang aku pun sok-sek (macm aku dgn Liza) hal yg sama. Maaf, aku termengumpat!......
Cuba korang tgk, ada rupa Mahmud Ali Bashah tak?....
Balik dr PWTC aku singgah The Mall (memangla sebab aku parking kat situ!). Hubby dah call & mula membising. Aku takut hubby tak bagi aku keluar lagi nx time, makanya aku ckp aku dah nak balik dah...... Dia bagi 1/2 jam utk call dia semula & time tu aku mesti dah sampai rumah!!... hehehe...... itulah hubby aku, susah sgt nak lepaskan bini dia keluar kandang (tapi 2 minggu ni aku dah terlepas....) Dekt pukul 8, aku pun sampai rumah dgn selamatnya. Call hubby & report aku dah sampai..... Suara dia mcm bengang jer. Nx time mesti susah aku nak keluar lagi. X per, book fair pun dah habis!!.....
Liza pulak komplen, aku tak amik gambor dia last week. Kesian, macam mana aku boleh lupa yek??..... Sudahnya hari ni dia amik sendiri gambor aku & dia......
Inilah 2 orang mak budak & bini orang yg 2 minggu terlepas "kandang".... hehehe... sesekali, apa salahnya kan?......
Saturday, April 25, 2009
Jogging
Tetiba aku ternampak neighbour lama aku. Dia bawa anak dia yg debab & comel, Daniel. Dapat gak Faris kawan. Tak der la boring anak aku tu. Berpeluh sakan dia berlari sana sini dgn abg Daniel dia. Akak x-neighbour aku ni siap tanya petua macam mana aku kuruskan Faris. Apa nak jawab ye? sebab tak de petua. Apa yg aku tahu, Faris kurus sebab hubby buang botol susu. Bila dah tak de botol, Faris tak nak minum susu & kurang makan nasi. Kalau ada botol, boleh dikatakan 4-5 botol dia minum susu dlm masa 1 jam. Bayangkan susu Enfagrow 3+ tu aku kena beli 4 tin sebulan utk Faris!!... Berat dia pun lebih dr 30kg masa umur dia 5 tahun.... Tgk Daniel tu buat aku geram, rasa nak cubit2 badan dia. Montel... mana taknya berat dia 64kg (umur 8 tahun)....fuh dasyat!!!!....
Dekat 9.30 a.m kami dah balik rumah. Faris terus tersadai... Penat betul dia..... Sudahnya kalori dia yg byk terbakar dr kalori ibu dia....Mcm mana ibu dia nak kurus pulak ye??... hehehe
Friday, April 24, 2009
Hero dihati aku...
Malam tadi, mata ni susah nak lelap. Aku pun kemaslah rak2 buku aku. Terjumpa pulak album lama yg ada gambor2 aku dgn along masa kecik2 dulu. Syahdu jer rasa. Terimbas semula kenangan zaman kita org kecik2 dulu. Time tu, along jaga aku macam "princess"... Saper2 yg buli aku, dia bantai. Aku pun mula naik tocang. Bila ade jer budak yg usik, aku report dkt along. Padan muka deme yg suka buli aku tu!!!....
Lepas tu aku terjumpa gambor along dgn best friend dia masa sekolah kat Bt 9 Cheras. Abg Faiz nama dia (kat mana agaknya abang faiz ni?).... Kawan2 along dulu sume layan aku dgn baik. Teringak gak bila time raya, seronok berjalan ramai2 g beraya. Puas beraya dlm kem, we all g berjalan lak sampai ke Tmn Cuepacs.... hehehe.... memandangkan aku yg paling kecik, sumer org amik berat sgt kat aku... Terasa benar2 disayangi!!...
Aku dgn along ada simpan kenangan yg sukar utk dilupakan jugak (selain kes kena kejar anjing giler... hehehe)...
Ayah aku dulu polis hutan. Kami duduk kat Kem PPH Cheras. Ibu pulak masih mengajar kat area Sentul. Bila balik dr sekolah, kami tumpang rumah Cik Pah sampai ibu balik. Suatu hari, Cik Pah balik kg, balik ajer dr sekolah, aku dgn along & beberapa org teman dia merancang nak pergi ke jeram. Sebelum sampai jeram, kami kena melalui pagar yg dijaga oleh beberapa org polis hutan. Entah macam mana time tu, line betul2 clear. Kami 6 orang dpt menyusup bawah pagar & terus masuk ke hutan (kat atas bukit).... Tak sangka air terjun dia cantik. Kami main bergayut2 pada akar pokok macam tarzan, sambil terjerit2... Syok tak ingat dunia!!!...
Tiba2...... along Nora (kawan along aku) jatuh dr akar tu. Kepala dia terhentak batu & berdarah. Aku panik & menangis. Nasib baik along aku cekap. Kebetulan juga luka tu tak besar sangat. Lepas je along nora ok, kami pun cepat2 le berangkat pulang. Kena tahan la pulak dkt gate tu. Nasib baik, kawan ayah (Abg Alwi) yg jaga pagar. Dia lepaskan kami dgn "last warning". Kata dia nasib baik dpt luka kecik, kalo mati atau jumpa harimau dlm hutan, saper yg nak jawap?... betul juga la kata dia.... eei... nauzubillah
Zaman kanak2 kami penuh dgn kisah adventure... (hehehe, along aku lasak ngalahkan komando!)... Tabik kat along, mana dia g tak pernah lupakan aku. Bila bahaya dtg, dia cepat2 mencari jaln keluar selamatkan keadaan. Along aku memang hero!!!...
Tapi sayang. Masa berlalu, along pun berubah. Keadaan kini tidak lagi seperti dulu. Aku pernah cemburukan along bila dia kahwin dgn K Ayu. Tapi alhamdulilah, K Ayu baik sgt dan membuatkan hati aku berubah. Sudahnya aku menerima & menyayangi K Ayu lebih dr segalanya. Dia kakak yg paling baik didunia ini. Kini along semakin hanyut dgn dunianya sendiri.... dia bukan sahaja lupakan aku, adik kesayangan dia, tapi dia bagai melupakan ibu, K Ayu & juga anak2nya....
Salah siapa semua ini berlaku? Aku pernah berbicara hati ke hati dgn along. Penyesalan nampak dari wajahnya. Tapi dia kata, andai Tuhan dah takdirkan jodohnya melebihi dari 1, salah diakah?.. Kataku, tak salah andai dia berlaku adil........
Mungkin along semakin jauh dari aku. Tapi kasih sayang kami tetap hangat. Aku tetap sayangkan along, & aku yakin dia masih sayangkan aku. Mengapa aku yakin?... Sebabnya, pagi tadi along call aku pukul 4.30 pagi semata2 bertanyakan keadaan aku & ibu.
Aku tahu along rindukan kami. Dia malu dgn kesilapan yg telah dilakukan membuatkan dia menjauhkan diri..... Bagi aku, walau apapun yg berlaku, dia tetap abang aku, darah daging aku... dan juga hero dihati aku yg paling hebat!!....
Tuesday, April 21, 2009
Stok setahun ke sebulan ?
Monday, April 20, 2009
Kenangan di PBAKL 2009
Aku jumpa Rose (Nora Ismail) kat booth NB Kara. 2 novel baru dia aku sambor.
Sunday, April 19, 2009
DATING..
Aku n Liza menyambung terapi merawati stress kami dgn mencuci mata disekitar The Mall sementara menunggu Ebriza sampai. Dr niat window shopping nak cuci mata yg dah lama bertaik ni, bertukar tetiba...... Mata yg bertaik tu tak tahan nengok baju yg cantik. Kalo hati dah berkenan, poket kenalah dikorbankan..... Makanya terapi kami semakin lengkap & sempurna. Buku dapat, baju dapat....... poket dekat nak kosong dah!!!! kuang3x.......
Keseronokan berganda2 kata kami.
We all dinner kat Chicken Hut. Seronok aku nengok si Liza menginterview Ebriza. Mcm2 soalan yg dia tanya. Ebriza pun kelihatan serasi dgn kami. Meski inilah pertama kali kami bertemu, keramahan dia mendekatkan kami. Aku bagai terlupa dgn apa sahaja masalah negara yg melanda diri aku.
Apa yg pasti hari ni merupakan hari yg bahagia dlm hidup aku. Rasanya memang dah terlalu lama aku tak rasa bahagia macam hari ni. Maklumlah sejak 14 tahun jadi bini orang, rasanya inilah first time aku "terlepas sangkar" & menikmati kebebasan tanpa batasan!!!!.... Mungkin korang juga tak percaya, inilah saatnya aku & liza melepaskan geram nak "dating" bersama sbbnya lepas kahwin dgn hubby, aku & liza memang tak pernah nak melepak gedik santai macam hari ni!!.... wow... best!!!
DAN yg paling menyeronokkan, kami ditemani simanis Ebriza yg terbang jauh dari Penang.... Sis, thanks for everything. Mengenali u adalah anugerah terindah dlm hidup ini....... Luv u sis!...
Terapi stress (versi aku tersendiri)
Kaki lenguh mengjelajah segenap penjuru dr tingkat bawah hingga ke atas. Dari 1 booth ke 1 booth.... belum lagi kes aku terjerit sebab kaki aku beberapa kali menjadi mangsa dipijak!!.. Tapi semangat mencari bahan bacaan & novel2 yg terhangat di pasaran membuatkan aku x kisah dgn org x de mata yg dah terpijak kaki aku tu..... Ditambah dgn semangat nak jumpa Cik Ebriza yg comey & beberapa novelis yg aku suker!!!.... hehehe....seronok tak dpt nak citer.......
Aku stuck kat Booth Alaf21..... org punye la ramai kat situ, beratur panjang time nak bayor. Tgh sibuk2 cari novel, ternampak pulak anak sedara kesayangan aku. Si boboy ditemani girlfriend dia pun menyinggah kat situ. Dah besor anak sedara aku tu rupanya... Boy,.. bawa anak dara org tu bebaik ye... Cari buku jer, lepas tu terus balik rumah!!... (Ye sangat la tu.....bebudak zaman sekarang ni.......)
Aku sempat beramah mesra dgn Kak Aina & Mimi Afnie kat Booth KarnaDya. Byk gak novel yg aku sambar kat situ.... Aku ckp kat Liza, terapi stress aku baru bermula... hehehe.....
Lepas tu singgah lama sikit kat Booth NBKara...Apa lagi, jumpa la Kak Yati. Kak Lily Haslina & Rose Harissa (opps... Nora Ismail) pun ada kat situ. Tak sangka Kak Lily boleh ingat bila aku sebut nama aku yg glamer tu..... hehehe, thanks Kak Lily atas ingatan. Senyuman K Lily memang sweet!!!....
Sememangnya aku menjalani terapi stressku dgn begitu baik sekali. Kepala terasa ringan, melihat novel2 idaman yg dah berada dlm genggaman. Novel2 itu adalah ubat penahan sakit yg paling mujarab!
Bertemu si manis Ebriza, memang sudah lama diidamkan. Akhirnya kami bertemu dlm kemeriahan. Hari ni pasti menjadi kenangan indah utk diabadikan bersama. Senyumannya memang manis & memikat hati. Keramahannya benar2 menambat jiwa!...
Aku menjalani terapiku dgn begitu sempurna sekali. Senyuman memang tak lekang dr bibir aku. Liza pulak yg asyik menggeleng nengok aku memborong buku sampai x ingat dunia!...
Apa yg pasti,..... aku menjalani terapi membang stress aku begitu sempurna sekali .... Pergi book fair, beli buku2 yg aku suka & bertemu dgn insan yg istimewa......... fuh, bahagia tak terhingga.....
Tapi,... kenangan dgn Cik Ebriza tak berakhir di situ..... Kami ada date lagi mlm minggu tu.... hehehe..... Sessi beramah mesra pulak la kan...... ahaks!..... Sayang u sis!!!...
Friday, April 17, 2009
Makin stress
Mata aku masih berpinau nengok fail2 yg x surut ni....
Udah le pepagi dah kena hamput dgn bagidol yg langsng tak de kena mengena dgn hidup aku!!!.. Memang mangkuk hayun betui!!!.....
Aku makin stress.... makin.... stress................... dan stresssssssssss......
Ah! Malas nak tulis dah..........
Thursday, April 16, 2009
Sepanas MATAHARI
Sememangnya hati ini umpama kerak nasi,... lembut kala disiram pujukan manis yg bagaikan titisan embun pagi melenyapkan segala rasa marah yg terpendam.
Aku tahu bukan niat sebenarnya nak melepaskan segala kemarahan kpd aku. Dia juga stress. Tapi stress dia tidak seperti aku...... kerna dia masih punyai masa utk memukul bola golf ditgh padang sedangkan aku terus2an berperang dgn fail2 bongok kat opis ni!!!....
Hati ini sudah jadi panas bagai MATAHARI bila aku menyedari sampah2 itu masih belum berkurangan meski esok sudahpun hari JUMAAT!!!!!.......
Minggu Stress
Hati aku sakit sebabnya segala kerja2 aku selama ini aku sendirianlah yg tunggang langgang siapkan walau banyak mana sekalipun. Orang pandai itu tidak mahu langsung mengambil tahu walau pernah sesekali aku minta bantuannya. Aku sedar kelulusan aku tidak setaraf dia. Makanya setiap kata2nya yg kadangkala menghiris hati, aku telan sendiri.... Aku simpan sendirian dlm hati.
Bila dia bercuti panjang, segalanya aku yg terpaksa ngadap walau suka ataupun tidak. Itu x siap, ini x sudah..... ada ajer yg problem. Bos mula bising2, complaint itu & ini.... salah aku ke?... Aku dah tak dpt tahan lagi. Sudahnya semalam, aku tarik muka.... (memang buroks sgt!!)...
Aku memang paling x suka bila salah org lain aku yg kena hentam!!!....
Thursday, April 9, 2009
9 April kembali lagi
Bertahun dah berlalu. Tarikh ni masih tersemat dihati & sanubari. Tarikh yg indah 9493 sudah pun berlalu terlalu lama. Kini hadir 9409..... yg tinggal hanya kenangan. Aku masih disini, tetap mengingati kenangan indah yg terpahat dihati. Aku pasti, walau dimana dia berada, dia tetap bahagia kerana itulah doaku.
H, andai perpisahan ini satu kesilapan, jgn salahkan aku kerna satu ketika dulu aku pernah memberi ruang untukmu menghiasi taman hati ini.
Akukah yg terlalu cepat memilih dia atau kau yg terlewat dlm meluahkan rasa hati?....
9493 masih segar dlm ingatan.
Bunga larangan ini masih kekal mekar dihalaman orang!
Anak lelaki kena kuat
Tapi pagi ni, anak aku tu bersemangat waja nak g sekolah. Aku cuma pesan jgn main over2 takut nanti terkena jahitan tu, tambah lagi satu hal pulak.
Hubby pulak bagitahu yg dia akan balik hari ni. Tak sabo dia nak nengok anak dia agaknya. Selalunya, bila aku membising pasal anak aku kena itu ini dibantai dek anak orang, hubby akan cakap dgn aku..."biarla, anak lelaki. Kalo dr sekarang x belajar jd kuat, sampai bila2 lembik"
Ah yela tu. Semalam bila dgr anak dia kena tolak sampai berjahit (itupun budak pompuan yg buat), dia dah bebel.Aku jawab jer kat hubby,... "anak kita kan lelaki, kalo dr sekarang lembik, sampai kebesor lembik....."
Tunggu je lah apa yg hubby nak bebel bila dia sampai petang nanti!...
Wednesday, April 8, 2009
Ibu & ayahku melenting kerana......
Aku dimaklumkan bahawa Karen Teacher sdg menguruskan claim insurance utk Faris. Dia juga minta maaf kiranya kelalaian dr pihak guru2 membuatkan kejadian seperti hari ini berlaku. Apa yg perlu aku katakan lagi. Cuma aku berpesan dgn baik agar mereka perlu lebih berhati2 krn peristiwa sprt hari ni akan berlaku pd bila2 masa. Kanak2 seusia mereka tidak pernah memikirkan akan perkara negatif kalo kita tidak menerangkan kpd mereka. Mungkin aku bersikap terbuka tidak meletakkan beban kesalahan pd bahu mereka. Andaikata ada parents lain yg mungkin tidak bersikap terbuka. Apa implikasi kepada para guru? Silap haribulan, guru2 akan disalahkan krn lalai, kanak2 yg menyebabkan kecederaan kpd kanak2 lain turut disembur.
Kerna itulah yg terjadi kpd aku bertahun dulu. Waktu itu Fakhri baru berusia 6 tahun. Teman tadika Fakhri terluka sedikit krn ditolak sewaktu mereka bersenam diluar kelas. Mungkin kanak2 itu anak emas ibu & ayahnya (bagi aku kesemua anak aku anak emas! hehehe). Mereka menyerang anak aku sampaikan anak aku takut hendak ke sekolah. Kemudiannya dtg ke rumah aku menyerang ibuku yg hampir pitam dgn kata2 kesat mereka. Akibat dr kejadian itu, berbulan Fakhri tidak kesekolah. Sampaikan aku terpaksa minta adik aku jadi bodyguard supaya anak aku tidak diserang oleh parents budak tadi yg sememangnya cetek pemikiran! Sudahnya anak aku langsung tidak menghabiskan tadikanya !...
Berbalik pada hal Faris tadi. Emosi aku mampu dikawal. Tapi rupanya ayah sudah melenting. Dia benar2 bimbangkan cucunya. Ibu juga membebel bila dpt tahu aku tidak complaint apa2. Malah ibu siap mengungkit perihal bayaran yuran yg tinggi yg aku keluarkan setiap bulan untuk Faris. Aku pun tak faham kenapa lately ibu & ayah cepat naik angin. Ibu juga pernah mengajar tadika suatu ketika dulu, patunya ibu fahamlah kan.....
Rupa2nya,... ibu & ayah bengang. Bila time anak aku kena, kami diam. Bila time anak org lain kena seluruh pelusuk alam membising!!.... hahaha,.... aku ckp dgn ibu & ayah. Kejadian kat sekolah, tiada kena mengena dgn keadaan kejiranan kita yg memang haprak tu!....Kalo anak aku cedera angkara anak jiran aku yg mcm sial tu, cepat2 la aku g report police terus. Baru padan muka dia!!!........
Tragedi Kari Telur
.jpg)
Faris time montel & gebu......